Tuesday, October 20, 2009

Kembali ke sana...


Seusai SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), penulis dah berhijrah (bukan tetap) ke Penang. Tinggal bersama kakak yang ke-4 (k.za). Sambil itu, bekerja sementara bersama kakak ke-5 (kak ah) yang tinggal tak jauh daripada rumah kak za.. Kemudian sambung pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.(KMPP). Semasa di UPSI pun lebih kerap balik Penang berbanding Kedah, kerana pengangkutan yang lebih mudah. Kalau balik kedah terpaksa naik 4 buah bas untuk sampai rumah berbanding 2 buah bas sahaja nak ke Penang.

Dua Minggu lepas, apabila keputusan penempatan untuk bakal guru (GSST) sudah diketahui di seluruh Malaysia melalui Laman web KPM, penulis disahkan ditempatkan di Negeri Pulau Pinang. Penempatan di penang ini, sudah tentu menggembirakan keluarga kerana tak jauh dengan rumah. Tatkala majoriti sahabat akan diterbangkan ke Sabah dan ada juga yang akan berjauhan dengan keluarga, Penulis dikira beruntung. Walaupun hakikatnya penulis ingin merantau jauh. Kalau ikutkan hati ingin ke Selangor atau Sabah. Mungkin ingin mengembara mencari pengalaman sebelum berbakti di tanah kelahiran sendiri. Pun begitu, kuasa Allah mengatasi segalanya. Kita sebagai hambaNya, kena akur dan redha dengan apa yang telah ditetapkan. Kerana ia adalah terbaik untuk HambaNya. Penulis yakin, penempatan di Penang ini, mempunyai banyak hikmahnya. Sudah pasti salah satunya mudah untuk menjenguk mak dan ayah yang telah berusia di kampong.


Sebagai bakal pendidik yang masih belum banyak pengalaman, sudah tentu agak bimbang, terutamanya terpaksa mengajar di penang. Kakak pernah cerita bahawasanya pelajar di sana tidak banyak bezanya dengan Kuala Lumpur. Penang ibarat ‘Kuala Lumpur Utara’. Walaupun belum diketahui sekolah apa yang bakal memberikan pengalaman yang pahit dan manis, penulis sentiasa mendoakan Allah bagi yang terbaik untuk penulis. Apapun semoga redha mengiringi diri.

Buat sahabat-sahabat yang akan dipostingkan minggu depan ; 26 October 2009, bermulalah lembaran hidup kita yang baru. Pasti penuh dengan warna-warni ibarat warna pelangi. Semoga semua mampu menjadi muallim/muallimah yang dedikasi dan proaktif. Semoga bertemu lagi..jika tidak di dunia, InsyaAllah di ‘sana’.

'Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta'
(aku adalah anak panah daripada panahan Islam,

 kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang)

3 comments:

  1. salam sayang buat kak rus....
    alhamdulillah...
    syukur kehadrat Illahi krn bakal memegang status mualimah...
    semoga sentiasa berada dalam keredhaanNYa..
    insYaAllah...

    ReplyDelete
  2. salam robithoh rus syg..
    InsyaAllah mg kita sume jd mu'allimah wa murabbiah yg diredhai..huhu dah nk fly ke sabah..xsempat dh nk jumpa nti..doakan kami istiqamah di sna. InsyaAllah mg jumpa lg..xsempat di dunia, InsyaAllah di alam y lbh tenang di sana.wallahukhoirul makirin..Allah lebih mengetahui ape yg terbaik utk kita sume..di mana pun kita berad..y penting ISLAM terus terpelihara..barokallufik.slamat mengaut redha Ilahi..

    salam sayang,,salam rindu
    jauh di mata dkt d hati
    "ALLAHUGHOYATUNA"

    ReplyDelete
  3. Salam sayang buat wana. thankzz dik. perkenalan yang sekejap itu membuatkan ukhwah ini terus kekal atas perjuangan Islam. Teruskan 'memberi' melalui pena maya ini.

    Salam rabithoh kembali ejah.. ana rindu baaangat sama nti. Apabila tgk gambar terasa macam nti dan sahabat2 lain ada dekat ja dgn ana..walaupun hakikatnya jauh dimata, tapi tak pernah luput dijiwa..ejah, selamat berjuang. jgn lupa balik tau..orang semenanjung menanti..hehe..jangan lupakan ana, kerana ana tak pernah, tak akan dan tak mungkin melupakan enti..kenangan bersama nti terlalu banyak..iskk..iskk..huhu. Jaga diri baik2 yer bila berada ditempat orang.
    "Salam perjuangan ya muallimah berjiwa perjuang"

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)