Saturday, March 10, 2012

Sekian lama

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menghirup oksigen di Bumi Allah ini. Setelah sekian lama menyepi 'sepantas kilat' tampil dengan wajah baru. Harapnya ia mampu menjadi wadah dalam penyampaian dakwah. Dewasa ini, media baru seperti facebook dan twitter lebih menjadi santapan umum, natijahnya sepantas kilat dibiarkan kesepian tanpa penulisan. Semoga post kali ini merupakan pemangkin untuk meneruskan penulisan selepas ini. Buat semua golongan pendidik selamat bercuti,. Gunakanlah ruang masa yang Allah beri ini digunakan sebaik mungkin.. Maassalamah.. (^_^).

Monday, March 14, 2011

Pelajar Terbaik


Salam pertemuan. Setelah sebulan 'Sepantas Kilat' ditinggalkan. Kini jari jemari ini lincah kembali menari di atas keyboard laptop kesayangan. Alhamdulillah kesempatan yang diberi. Sambil mengisi masa menunggu Lembaga Pengawas Kebersihan Sekolah (LPKS) yang sedang ber'camping'. Satu perkongsian buat semua pembaca. Semoga kita menjadi pelajar yang terbaik dan cemerlang.


Who has created death and life that He may test you which of you is best in deed? And He is the All Might, the oft forgiving. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (QS Al-Mulk : 2)

Kita lahir di dunia, sudahlah pasti kita kan mati jua, sebab kita telah menempuh hidup, dan di antara waktu hidup dan mati itulah kita anak adam menentukan nilai diri.

Yang menjadi pertanyaan besar, apa yang dilakukan dan diperjuangkan hamba-Nya menghadapi peperiksaan Allah dalam kehidupan ini, untuk tampil sebagai Juara, Pemenang, atau Pelajar Terbaik. Ya semua orang amat mengidamkan sebutan ini, As Syahid Sayyid Qutb seorang ulama’ Mesir, menyebutkan bahawa ciri-ciri Pemenang adalah hamba Allah yang mewakafkan seluruh kehidupannya hanya untuk beribadah kepada-Nya, memperjuangkan aqidah serta agama yang dimilikinya, mempertahankan aqidah di tengah percaturan hidup, mempertahankan aqidah untuk tidak goncang kerana godaan nikmatnya dunia mahupun ancaman daripada pihak-pihak yang tidak menginginkan aqidah tersebut tumbuh. Dengan memperjuangkan aqidahnya, jiwa menjadi bebas dari perhambaan hidup, aqidahnya tidak dikorbankan kerana cinta hidup, bahkan lebih suka mati, berkorban kerana aqidah dan lepas bebas daripada ikatan dunia dengan segala kenikmatannya demi mempertahankan aqidah.

Nilai markah peperiksaan terbesar dalam perhitungan Allah adalah kemenangan aqidah, perniagaan yang beruntung di pasar Allah adalah perniagaan Iman, kemenangan dalam bentuknya tertinggi ialah kemenangan mental asas dasar material, kemenangan aqidah atas penderitaan, kemenangan Iman atas fitnah, maka dalam hal ini jiwa sang pemenang adalah menang atas ketakutan dan penderitaan, menang atas kemewahan hidup duniawi, menang atas fitnah, menang kerana keyakinan yang difikirkan dalam kehidupan, suatu kemenangan yang mengangkat darjat manusia universal.

Pelajar Cemerlang ialah hamba Allah yang selalu melaksanakan apa yang dikehendaki Allah, di mana saja, bila masa saja dan bagaimana saja. Mereka akan terus bekerja layaknya laksana seorang buruh Sang Pemilik Segala Urusan untuk memperolehi hasil yang telah tertentu, dan Allah memberikan imbalan yang indah khusus untuk mereka yang menjadi Sang Pemenang atau "Best Student".

Begitulah perjalanan kehidupan yang selalu terbentang dengan peperiksaan Allah, suatu saat berhasil menghadapinya, tetapi kadangkala pula manusia tidak terhindar dari kesalahan dan gagal menghadapi peperiksaan itu, yang penting kemampuannya untuk dapat bangkit kembali, seseorang yang mampu bangkit kembali setelah terjerumus tidak akan putus asa, tetapi menyedihkan bila mendengar bahawa banyak orang yang gagal dan terjerumus dalam kemaksiatan, tetapi diam dan menetap sebagai orang yang nista, tersungkur dan tidak bangkit lagi.

Yakinlah Allah akan memberi pertolongan-Nya sesuai kepada hamba-Nya yang ingin berbuat baik sesuai ketentuan-Nya. Tidak ada kebimbangan terhadap hamba yang selalu berjuang dan meniti Peperiksaan Allah, bangkitlah dan impikan akhir yang baik di akhirat kelak, itulah yang dinantikan oleh Pelajar Terbaik!

"Ya Allah pimpinlah kami ke jalan kebenaran... Bentuklah kami menjadi orang beriman"

Thursday, February 10, 2011

sejambak bunga cinta

Merungkai kekusutan..menambah kefahaman.. Bersamalah kita menutup ruang yang membolehkan hati kita terjebak kepada budaya orang yahudi. Sepertimana Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah: 120 yang bermaksud "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka........"
Tidak usahlah kita terlalu ikutkan budaya mereka. Tanamkanlah rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tercinta kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukakn oleh Baginda. Apalah perlu diagungkan St. Valentino sayugia hari Valentine disambut bagai nak gila. Buktikan cinta kita kepada Rasul junjungan..bukan hanya pada tanggal 12 Rabiulawwal sahaja. Malah setiap hari.. Ingati perjuangan dan pengorbanan Baginda...
     Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada November 2005 telah menyatakan bahawa menyambut Hari Valentine adalah haram malah memberi hadiah pada hari tersebut juga haram. Nah apa lagi!! Sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul tinggalkanlah budaya ini.. Ingatlah Rasulullah merupakan Bapa Kasih Sayang bukan St. Valentino yang diagugkan oleh remaja pasca moden ini.."Ya Rasullullah Ya Habiballah kami rindu padamu."

Thursday, January 6, 2011

....???....



Sudah lama jari jemari ini tidak menari di atas keyboard untuk memastikan blog ini sentiasa diupdate. Sepantas Kilat terus dibiarkan menyepi tanpa santapan. Ruang masa yang diberikan ini, sekadar mengingatkan diri untuk terus kuat menghadapi hari mendatang. Semoga kesempatan ini terus ada dimasa mendatang. Kepala sudah pening, tetapi mata tidak mahu memejamkan kelopaknya, Mungkin kerana penangan kopi RADIX seusai balik sekolah tadi.. Rancangan Tahunan Science sudah berjaya disiapkan setelah dua hari tertangguh...Syukur Alhamdulillah...Minggu pertama persekolahan mengundang pelbagai kesibukan dengan pelbagai taklifan. Sebagai manusia kita perlu bijak mengatur masa dan merancang supaya kerja tidak menjadi cerca merba. Jiwa yang kaya akan terus sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Segala ujian yang datang walaupun pahit terpaksa ditelan. Inilah hakikat sebuah kehidupan. Ingatlah misi penting kita sebagai manusia di dunia ini.. Kita hamba kita jugalah pemimpin (khalifah).

"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaku"  (Surah al-Dhariyat:56)

Misi inilah yang membuatkan kita sentiasa sibuk..sibuk dan sibuk sehinggakan tiada masa untuk bergelumang dengan maksiat. Allahurabbi..

Thursday, September 30, 2010

Wednesday, August 18, 2010

Motivasi @ Ramadhan

JIKA KAU BERASA LELAH DAN TAK BERDAYA
DARI USAHA YANG SEPERTI SIA-SIA…
ALLAH TAHU BETAPA KUAT ENGKAU TELAH BERUSAHA



KETIKA KAU SUDAH MENANGIS SEKIAN LAMA
DAN HATIMU TERASA PEDIH…
ALLAH SUDAH MENGHITUNG AIR MATAMU



JIKA KAU FIKIR BAHAWA HIDUPMU SEDANG MENUNGGU SESUATU
DAN WAKTU TERASA BERLALU BEGITU SAHAJA…
ALLAH SEDANG MENUNGGU SERSAMA-SAMAMU



KETIKA KAU BERSA SENDIRIAN DAN
TEMAN-TEMAN TERLALU SIBUK UNTUK MENELEFON DIRIMU…
ALLAH SENTIASA BERADA DISAMPINGMU

KETIKA KAU FIKIR BAHAWA KAU SUDAH BERUSAHA SESUNGGUHNYA DAN TIDAK TAHU HENDAK BERBUAT APA LAGI…
ALLAH MEMPUNYAI JAWAPANNYA



KETIKA SEGALANYA MENJADI SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL
DAN KAU BERASA TERTEKAN…
ALLAH BERSAMAMU UNTUK MENENANGKANMU



JIKA TIBA-TIBA KAU DAPAT MELIHAT JEJAK-JEJAK HARAPAN…
SEBENARNYA ALLAH SEDANG BERBISIK KEPADA MU
KETIKA SEGALA SESUATU BERJALAN LANCAR DAN KAU BERASA
INGIN MENGUCAP SYUKUR…
ALLAH TELAHPUN MEMBERKATIMU



KETIKA SESUATU YANG INDAH TERJADI DAN
KAU DIPENUHI KETAKJUBAN…
ALLAH AKAN TERSENYUM KEPADAMU



KETIKA KAU MEMILIKI TUJUAN UNTUK DIPENUHI
DAN MIMPI UNTUK DIGENAPI.
ALLAH SUDAH MEMBUKA MATAMU DAN MEMANGGILMU DENGAN NAMAMU


.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)