Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Sunday, September 27, 2009

Jom Tambah Pahala


Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)


Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.




Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?
Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Yuk semua. Syawal masih berbaki 21 hari lagi. Rebutlah bonus yang Allah bagi ni sementara masih ada kesempatan.  Selamat menambah pahala.

Saturday, September 26, 2009

Warna Warni Raya


Malam Raya

                                              
                 Bermain Bunga Api : Dina, Syifa, Wajihah dan Mamat
                                                                                                                                                              

Cahaya Bunga api dimalam Raya..cantikkan!


BBQ : Sate daging rusa dan ayam

HARI RAYA


mak dan ayah


Ayah dengan sebahagian cucu2nya
(2 di belakang : anak kakak ke-5)



Bang Gee (abg ke-2) dan keluarga


Bang Wang(Abg Sulong) dan keluarga


Bang Teh(abg ke-3) dan keluarga


Adik ani dan adik Wan(bongsu)   


Penulis dan kakak ipar


Acik dan Dina (anak kakak ke-4)


Wajihah dan Haziq (ank kakak ke-4 dan abang)
* gambar 2 orang kakak (kak za dan kak ah) serta abang ipar tak dapat disertakan sebab tak sempat nak ambik gambar depa.


Ziarah kubur Wan dan Tok di Raya Ke-2

Alhamdulillah hari Kemenangan yang dilalui penuh dengan kemeriahan, walaupun agak pening melayan kerenah anak saudara yang ramai. Apapun inilah raya yang paling best. Kawan2 5 Sains 1 (2003) bertandang kerumah raya ke2 dan ke3 setelah bertahun2 tidak berjumpa. kalau dulu menunggang moto, skarang semua dah menaiki kereta..maklumlah ada yang dah bekerja. Sahabat2 di UPSI hanya mampu bermsg sahaja, kerna masing2 jauh di pandangan namun tetap dalam ingatan. Apapun Semoga Hari kemenangan yang dilalui dipenuhi keberkatan dan keredhaan dariMu Ya Rabbi.

p/s : Tarikh dan masa yg tertera di gambar kebanyakkan tak betul. so, abaikan.

Wednesday, September 16, 2009

Raya Datang Lagi

Alhamdulillah, sesudah beberapa hari menyepi dari YM dan SMS, kini masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis kembali. Sudah seminggu tidak bertanya khabar sahabat2, sunyi rasa. Sengaja menyepikan diri, mungkin ingin mencari ‘sesuatu’. Apapun 21, 23, 25 dan 27 Ramadhan sudah berlalu buat pemburu2 Lailatul Qadr. Tinggal malam 29 Ramadhan lagi. Semoga kita semua telah mengisi hari yang berlalu sesempurna dan sebaik mungkin. Mungkin ada dikalangan kita yang telah menjumpai Lailatul Qadr..AllahuAkbar..Semoga amal ibadat kita diterima Allah. Bagi yang sedang mencari jawapan dalam ‘istikharah’ sudah pasti ada yang sudah mendapat jawapannya. Ingat lagi seseorang telah menyatakan kepada penulis; ‘orang yang dipenuhi rasa cinta dibulan Ramadhan ini, pasti jiwanya akan dipenuhi kesedihan dipenghujung Ramadhan dan bertambah pilu apabila tibanya Syawal’. Erm 1001 maksud tersirat.

Sedar mahupun tidak tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari kemenangan. Adakah universiti Ramadhan ini telah memberikan kita pendidikan yang secukupnya. Atau tidak membawa sebarang makna.? Biarlah berakhirnya Ramadhan nanti kita ibarat bayi yg dilahirkan. Semoga nanti kita akan dianugerahkan ijazah kelas Pertama…Allah. Bukan semua orang mampu dapat ‘ijazah’ ini.

 
Hari Raya
Bagi diri penulis syawal kali ni sudah tentu berbeza. Jika dahulu masih digelar pelajar, kini sudah bekerja walaupun sementara. Dahulu dapat duit raya beratus2, nampak gayanya kini penulis yang kena keluarkan duit. “mak jang sediakan duit raya banyak2 nae, adik posa habis tahun ni”. Kata salah seorang anak saudara penulis yang berusia 6 tahun. 'Mak Jang' gelaran keramat itulah yang penulis dapat seusai berusia 9 tahun. Erm 13 orang anak saudara (4 Lelaki dan 9 Perempuan), daripada 3 abang dan 2 kakak, pening juga kepala nak fikir. Umurnya di antara 3 – 14 tahun. Masih kanak2, duit raya sudah pasti menjadi ‘kegilaan’ mereka. Alhamdulillah kali ni 3 orang abang, 2 kakak dan adik perempuan penulis akan balik menyambut raya dirumah. Berkumpul semua sekali bukan senang, dengan kerjaya dan kesibukan masing2. Ingat lagi, kali terakhir semua balik pada raya 2006 yang lalu. Abang kata nak buat Barbeque malam Raya. InsyaAllah moga dipermudahkan.
Raya kali ni juga kami akan menyambutnya di rumah baru. Bulan 4 lepas baru pindah. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi, hasil perkongsian abang2, kakak2 dan adik perempuan penulis, dapat membina sebuah rumah bagi menggantikan rumah lama yang menunggu saat untuk ‘pergi’. Rumah yang dibina untuk mak dan ayah tersergam indah walaupun belum siap sepenuhnya lagi. Oleh kerana penulis belum lagi bekerja, jadi tak dapat meyumbang dalam pembinaan rumah. InsyaAllah selepas ni dapat menyumbang bagi menyiapkan sepenuhnya rumah. Terima Kasih Allah.

Apapun di dalam kesibukan menyambut Syawal, jangan kita lalai melakukan ibadah kepada Allah. Isilah malam 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan zikir kepada Allah. Bila tiba hari raya jangan pula kita lupa memohon maaf kepada ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga mahupun sahabat handai. Bagi yang telah tiada, kunjungilah pusara dan doakan mereka.

Dikesempatan ini, penulis ingin memohon seinfini kemaafan kepada semua pembaca yang mengenali penulis,. Mana-mana janji yang terabai, kata yang meyakitkan dan segalanya, harap dimaafi. Buat bekas pelajar 5Sains1 (2003) SMK Dato’ Syed Ahmad dan HIP4 (kolej matrikulasi Pulau Pinang): Semoga Syawal kali ni bermakna buat kalian. Harapnya semua akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Bagi junior2 dan sahabat penulis di UPSI teruskan perjuangan kalian dan penuhilah Ramdhan yang berbaki ini dengan penuh kesungguhan. Hidupkan malam 1 Syawal. Pastikan Ramadhan dan Syawal kita berbeza dengan orang lain.. Hati2 balik kampung.

Buat semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia Salam Aidul Fitri. Sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Salam kemaafan dari kejauhan.

Ramadhan, pemergianmu pasti dirindui. masihkah ada waktu untuk bertemu denganmu di masa mendatang?...Allahu. Allahhu..Allahhu

P/S :
Buat Ejah dan Izyan  Selamat Hari Lahir yg ke23 pada 23 September nanti. Semoga apa yang dihajati tercapai..Asif, wish awal, bimbang tak de kesempatan.


Buat Kak Aisyah dan Kak Huda yang akan membina Baitul Dakwah pada 5 Syawal nanti : semoga istiqamah dalam perjuangan dan berkekalan jodoh ini hingga negeri abadi. (nantikan entry khas dari saya..hehe)

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)