Thursday, October 8, 2009

Hujan yang Turun....

Jika diperhatikan, empat bulan terakhir dihujung tahun; september, Oktober, November, dan Desember adalah musim hujan. Hujan merupakan satu berkah dari Sang Pencipta. Dengan adanya hujan, tanaman-tanaman yang ada di dunia ini boleh hidup, kerana air adalah salah satu bahan untuk mengolah makanan mereka. Namun hujan pun boleh menjadi bencana bahkan musuh terutama bagi manusia. Hujan yang berlebihan bisa menyebabkan banjir dan yang pastinya segala aktiviti diluar ruangan tidak boleh dilakukan..Bagi mereka yang rezekinya bergantung kepada cuaca seperti penoreh getah, petani dan nelayan sudah pasti hujan sedikit sebanyak memberikan impak kepada mereka.


Masyarakat di kampung penulis rata-ratanya bekerja sebagai penoreh termasuk mak dan ayah penulis. Hujan mempengaruhi ekonomi semua. Pun begitu, jangan kita menyalahkan hujan yang turun..ia tidak bersalah..Apatah lagi Yang Menurunkannya..Bahkan kita perlu bersyukur. Kerana Hujan adalah penurunan rezeki, pemberian rahmat kepada seluruh alam...jangan sampai di salahkan alam, hingga keluar perkataan yang tidak sepatutnya. "hujan ni dengki, nak menoreh pun tak boleh". Bukan..bukan..hujan tidak dengki..Ia turun kerana arahan dari Yang Maha Kuasa. Sebagai manusia yang mampu berfikir, koreksilah apa isi tersirat yang Dia nak sampaikan..

Proses terjadinya hujan




Dua per tiga dari bumi kita ini mengandung air dan sisanya adalah daratan. Air itu tersimpan dalam banyak wadah seperti samudera, lautan, sungai dan danau. Nah air yang terdapat di berbagai wadah tersebut akan mengalami penguapan atau evaporasi dengan bantuan matahari. Oh ya, tak lupa juga air yang ada di daun tumbuhan ataupun permukaan tanah. Proses penguapan air dari tumbuh-tumbuhan itu dinamakan transpirasi. Kemudian wap-wap air tersebut akan mengalami proses kondensasi atau pemadatan yang akhirnya menjadi awan. Awan-awan itu akan bergerak ke tempat yang berbeza dengan bantuan hembusan angin baik secara vertikal maupun horizontal. Gerakan angin vertikal ke atas menyebabkan awan bergumpal. Gerakan angin tersebut menyebabkan gumpalan awan semakin membesar dan saling bertindih-tindih. Akhirnya gumpalan awan berhasil mencapai atmosfera yang bersuhu lebih dingin. Di sinilah butiran-butiran air dan ais mulai terbentuk. Lama-kelamaan angin tidak dapat lagi menampung beratnya awan dan akhirnya awan yang sudah berisi air ini mengalami presipitasi atau proses jatuhnya hujan air, hujan ais dan sebagainya ke bumi. Seperti itulah proses terjadinya hujan. Hebatkan Allah!!


Jumlah air hujan


Jumlah air hujan dapat diukur dengan menggunakan pengukur hujan. Ia dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kurang lebih 0.25mm. Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong", lebar di bawah dan menciut di atas, tetapi ini tidaklah tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti hamburger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil.

Demikianlah serba sedikit fakta mengenai hujan. Janganlah disalahkan ia yang turun membasahi bumi, tatkala kita ingin mencari rezeki untuk famili. Rezeki Allah itu luas..Carilah ia dengan mata hati.

Firman Allah S.W.T :
"Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: Makan padanya. Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
                                                             An-Nahl : Ayat 10 &11

p/s : Gembiranya hati apabila dibasahi hujan tatkala tengah menunggang moto...Nikmat rasanya.

2 comments:

  1. ish2 akak kiter....
    salah guna nikmat hujan xleh gak(",")
    pepun muslimat POWER!!
    ujan2 pn2 leh naik moto,..he2

    ReplyDelete
  2. Best dik, bleh main hujan.hehe.nak main kat umah tak bleh..Bila tgh naik moto..hujan turun tak dak yang akan menghalang..itulah nikmat rasanya. (^_^)

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)