Wednesday, October 14, 2009

Berubahlah...


Salam Perjuangan. Bukan bermaksud ingin mempolitikan 'sepantas kilat'. Namun begitu kita perlu akur bahawa Islam itu bukan hanya pada Ibadat, Solat, mahupun puasa tetapi ia merangkupi semua dan politik adalah salah satu cabangnya. Ingin penulis ulas serba sedikit ucapan TPM yang Merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, malam tadi.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggariskan empat rukun untuk dihayati ahli parti ke arah menjadikan Umno lebih kental, kukuh, segar dan terus relevan dengan keadaan semasa bagi mewakili orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhannya.

Empat rukun itu ialah wahdatul fikr (kesatuan minda), wahdatul qalb (kesatuan hati), wahdatul amal (kesatuan amal) dan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat). Dengan terbinanya kesatuan minda, Umno mempunyai visi perjuangan yang jelas, manakala kesatuan hati membolehkan ahli menjiwai erti perjuangan parti. "Kesatuan amal pula menjadikan kita bergerak dan bertindak atas satu landasan dan pasukan, manakala kesatuan matlamat membolehkan kita mencapai tujuan perjuangan demi agama, bangsa dan negara," katanya dalam ucapan bertema 'Menggalas Tuntutan Perubahan'..

wehdatul fikr dan wehdatul amal
wehdatul fikr membawa maksud kesatuan pemikiran atau fikrah yang sama dlm gerakan dakwah dan islam. wehdatul fikr ini penting bg sesebuah organisasi ataupun gerakan dakwah secara berkumpulan utk memahami akan perjuangan yang mereka bawa. Tidak perlu dipertikaikan akan cara pembawakan mahupun pergerakan masing-masing, tetapi memahami akan tujuan dan matlamat dlm perjuangan itu sendiri. Dari satu penyatuan pemikiran yg jelas dan kuat, akan lahir nya ukhwah dan semangat memperjuangkan islam. tetapi berlaku juga sebaliknya bilamana seringkali wehdatul fikr ini menjadi salah satu dr punca umat islam kini berpecah belah. ketidakpuasan dan matlamat serta keyakinan terhadap sesuatu pergerakan menjadi punca wehdatul fikr ini menjadi lemah. Wehdatul amal pula ialah kesatuan dlm gerak kerja dakwah. wehdatul fikr merupakan asas kpd terbentuk nya wehdatul amal. di ibaratkan wehdatul fikr ini merupakan pre-requisite kpd wehdatul amal yg kuat.



Jadi, Ingin di tegaskan kepada semua pembaca, apa yang nak didakwahkan kalau parti/organisasi kita sendiri ada masalah. Dakwah bererti mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Dua perkara ini perlu bergerak seiring. Justeru apa yang UMNO nak dakwahkan kalau rata-rata ahlinya berpakaian menampakkan tubuh, bertudung menampakkan jambul, rasuah dipandang enteng dan ketidakadilan berleluasa.  Jika benar hanya UMNO relevan untuk masa sekarang, kenapa ketidakadilan dan penindasan masih lagi berleluasa.

Adakah wehdatul fikr dan wehdatul amal yang akan dimalkan oleh UMNO betul2 relevan dan mampu melawan PAS yang sudah lama mengamalkan konsep ini.? Tepuk dada tanya iman di dalam dada.

TPM juga mengeluarkan Firman Allah dalam surah As-Saff : ayat 4
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

Perlu ditegaskan ini adalah pembelaan AGAMA bukannya BANGSA. Barangkali mungkin benar, PAS yang selalu terlibat dengan demontrasi-demonstri demi menuntut keadilan dipandang enteng oleh UMNO. Adakah ahli UMNO akan bangun seandainya ketidakadilan berlaku dihadapan mata. Ayah atau abang sendiri ditangkap dan ditahan tanpa bicara. Atau mampu angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja. Ermm nampaknya rukun yang TPM gariskan akan memakan diri para ahli UMNO sahaja. Masakan tidak, 5 rukun Islam pun belum tentu diamalkan, inikan mahu ditambah dengan rukun baru.

'Menggalas Tuntutan Perubahan'..
“Diharap tidak ada lagi antara kita yang menjadi batu api, batu ronson, kaki cucuk, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah bercabang, tidak ada lagi perpecahan dalaman, tiada lagi team A atau B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan menjatuhkan pemimpin atau budaya ugut mengugut dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan dan satu Umno, dan itu semua dapat dilaksanakan jika kita menghayati empat rukun itu," Ujar TPM

Nampaknya semua wanita, pemuda dan puteri UMNO perlu membuat satu perubahan yang besar, kerana segala permasalah pati telah terang-terang diuar-uarkan oleh Timbalan Presiden sendiri. Barangkali selepas ini, tiada lagi hiburan melalaikan, tiada lagi ‘jambul’ di hadapan, tiada lagi bantahan terhadap hukuman sebatan, tiada lagi politik wang, tiada lagi salaman lelaki dan perempuan..

Yuk semua, sambutlah seruan TPM, anda perlu berubah. Berubah kepada Islam yang sebenarnya, bukan Islam plastik, mahupun Islam Hadhari yang dicipta manusia.


Nota : anda mempunyai mata hati untuk menilai yang mana satu kaca, dan permata. Jangan salah membuat andaian, buruk padahnya.

No comments:

Post a Comment

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)