Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Yang Dirindui..


Ya Allah..Ya Rabbi.., 
Berkatilah kami di dalam Ramadhan-Mu,
Terimalah segala amal kami,
Permudahkanlah segala urusan kami,
Bajailah hati kami dengan Keimanan,
Suburkanlah hati kami dengan kesabaran,
Hidupkanlah malam kami dengan munajat,
Hindarkanlah kami dari segala dosa & maksiat.
Amin Ya Allah....

Salam Ramdhan....Buat semua sahabat sahabiah..walau dimana kalian berada..yang dirindui telah tiba..sambutlah ia dengan jiwa dan hati yang ria,..Selamat Beramal!!

Wednesday, September 16, 2009

Raya Datang Lagi

Alhamdulillah, sesudah beberapa hari menyepi dari YM dan SMS, kini masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis kembali. Sudah seminggu tidak bertanya khabar sahabat2, sunyi rasa. Sengaja menyepikan diri, mungkin ingin mencari ‘sesuatu’. Apapun 21, 23, 25 dan 27 Ramadhan sudah berlalu buat pemburu2 Lailatul Qadr. Tinggal malam 29 Ramadhan lagi. Semoga kita semua telah mengisi hari yang berlalu sesempurna dan sebaik mungkin. Mungkin ada dikalangan kita yang telah menjumpai Lailatul Qadr..AllahuAkbar..Semoga amal ibadat kita diterima Allah. Bagi yang sedang mencari jawapan dalam ‘istikharah’ sudah pasti ada yang sudah mendapat jawapannya. Ingat lagi seseorang telah menyatakan kepada penulis; ‘orang yang dipenuhi rasa cinta dibulan Ramadhan ini, pasti jiwanya akan dipenuhi kesedihan dipenghujung Ramadhan dan bertambah pilu apabila tibanya Syawal’. Erm 1001 maksud tersirat.

Sedar mahupun tidak tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari kemenangan. Adakah universiti Ramadhan ini telah memberikan kita pendidikan yang secukupnya. Atau tidak membawa sebarang makna.? Biarlah berakhirnya Ramadhan nanti kita ibarat bayi yg dilahirkan. Semoga nanti kita akan dianugerahkan ijazah kelas Pertama…Allah. Bukan semua orang mampu dapat ‘ijazah’ ini.

 
Hari Raya
Bagi diri penulis syawal kali ni sudah tentu berbeza. Jika dahulu masih digelar pelajar, kini sudah bekerja walaupun sementara. Dahulu dapat duit raya beratus2, nampak gayanya kini penulis yang kena keluarkan duit. “mak jang sediakan duit raya banyak2 nae, adik posa habis tahun ni”. Kata salah seorang anak saudara penulis yang berusia 6 tahun. 'Mak Jang' gelaran keramat itulah yang penulis dapat seusai berusia 9 tahun. Erm 13 orang anak saudara (4 Lelaki dan 9 Perempuan), daripada 3 abang dan 2 kakak, pening juga kepala nak fikir. Umurnya di antara 3 – 14 tahun. Masih kanak2, duit raya sudah pasti menjadi ‘kegilaan’ mereka. Alhamdulillah kali ni 3 orang abang, 2 kakak dan adik perempuan penulis akan balik menyambut raya dirumah. Berkumpul semua sekali bukan senang, dengan kerjaya dan kesibukan masing2. Ingat lagi, kali terakhir semua balik pada raya 2006 yang lalu. Abang kata nak buat Barbeque malam Raya. InsyaAllah moga dipermudahkan.
Raya kali ni juga kami akan menyambutnya di rumah baru. Bulan 4 lepas baru pindah. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi, hasil perkongsian abang2, kakak2 dan adik perempuan penulis, dapat membina sebuah rumah bagi menggantikan rumah lama yang menunggu saat untuk ‘pergi’. Rumah yang dibina untuk mak dan ayah tersergam indah walaupun belum siap sepenuhnya lagi. Oleh kerana penulis belum lagi bekerja, jadi tak dapat meyumbang dalam pembinaan rumah. InsyaAllah selepas ni dapat menyumbang bagi menyiapkan sepenuhnya rumah. Terima Kasih Allah.

Apapun di dalam kesibukan menyambut Syawal, jangan kita lalai melakukan ibadah kepada Allah. Isilah malam 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan zikir kepada Allah. Bila tiba hari raya jangan pula kita lupa memohon maaf kepada ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga mahupun sahabat handai. Bagi yang telah tiada, kunjungilah pusara dan doakan mereka.

Dikesempatan ini, penulis ingin memohon seinfini kemaafan kepada semua pembaca yang mengenali penulis,. Mana-mana janji yang terabai, kata yang meyakitkan dan segalanya, harap dimaafi. Buat bekas pelajar 5Sains1 (2003) SMK Dato’ Syed Ahmad dan HIP4 (kolej matrikulasi Pulau Pinang): Semoga Syawal kali ni bermakna buat kalian. Harapnya semua akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Bagi junior2 dan sahabat penulis di UPSI teruskan perjuangan kalian dan penuhilah Ramdhan yang berbaki ini dengan penuh kesungguhan. Hidupkan malam 1 Syawal. Pastikan Ramadhan dan Syawal kita berbeza dengan orang lain.. Hati2 balik kampung.

Buat semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia Salam Aidul Fitri. Sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Salam kemaafan dari kejauhan.

Ramadhan, pemergianmu pasti dirindui. masihkah ada waktu untuk bertemu denganmu di masa mendatang?...Allahu. Allahhu..Allahhu

P/S :
Buat Ejah dan Izyan  Selamat Hari Lahir yg ke23 pada 23 September nanti. Semoga apa yang dihajati tercapai..Asif, wish awal, bimbang tak de kesempatan.


Buat Kak Aisyah dan Kak Huda yang akan membina Baitul Dakwah pada 5 Syawal nanti : semoga istiqamah dalam perjuangan dan berkekalan jodoh ini hingga negeri abadi. (nantikan entry khas dari saya..hehe)

Perang Sudah bermula

Boooom! Boom!. Sana sini kedengaran bunyi mercun, menandakan hari raya dah hampir tiba. Yang peritnya bunyi itu membingitkan telinga tatkala azan Isyak berkumandang. Pun begitu, sebagai hamba, Teruskan amal ibadat kita hingga ke hujung nyawa. Di sini penulis nak kongsi 3 cara untuk mengelakkan kejadian diatas yang dikongsikan oleh ustaz Muhammad Abdullah, semalam.
1) Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting. Tegur anak-anak yang bertidak demikian.
2) AJK Masjid pun berperanan menegur mereka menggunakan speaker masjid supaya tidak menggangu jemaah solat.
3) Jika cara 1 dan 2 masih tidak berkesan, Semua jemaah perlulah sedar, bahasanya kita perlu belajar untuk solat dalam semua keadaan. Ya, sudah tentu sunyi sepi tanpa ganguan itu dapat menambahkan kekusyukan, namun kita perlu insaf, 'panas takkan sampai ke petang'. Mungkin keadaan ni boleh disamakan dengan keadaan apabila kita berperang ataupun kita berada dalam keadaan darurat nanti. Praktiskan diri.. sebab itulah apa yg berlaku kepada kita, 'we have to think positive'.

Selamat Beramal.

Wednesday, September 9, 2009

Mereka sudah..Aku?

Salam Mujahadah buat pemburu Lailatul Qadr(LQ)

Saban hari berita demi berita tentang kematian ku terima. Beruntungnya mereka yang 'dijemput' dalam bulan penuh Barakah ini. ntah bila pula giliranku. Apabila terbaca blog sahabatku tadi, betul2 terkesima. bagiku dia Seorang yang hebat dalam penulisan, walaupun seringkali mengaku dirinya 'speechles'. Hakikat kematian, tak kira usia mahupun pangkat. Apapun kita perlu 'sediakan payung sebelum hujan'. Betul aku selalu terbayang seandainya kematian menjemputku apalah sangat amal yang bleh ku bawa, doa daripada siapa yang perlu ku tagih, apa yang telahku buat untuk Islam?, Allah.. Sungguh kejadian semalam membuatkan aku betul2 takut, bimbang dan resah. Seusai berbuka, aku terus solat maghrib. Di rakaat pertama bekalan elektrik terputus. Gelap gelita, tanpa sedikit pun cahaya. Aku yang terlalu FOBIA dengan kegelapan tersentak seketika. waktu inilah pengharapanku hanya pada Allah..Takut, betul2 takut. Cuba bayangkan kalu di dalam kubur nanti beginilah keadaannya, macammana keadaan kita.. Amal yang sedikit, hati yang penuh dosa dan noda apalah sangat bekalan yang boleh dibawa. ketika inilah, pengharapan pada Allah menjadi setinggi awan di angkasa. Entah bagaimana keadaan manusia tanpa "cahaya". Alhamdulillah aku diberi kekuatan dan mampu menghabiskan solatku dalam kegelapan itu. Seusai berdoa aku merasai "sesuatu" yang tak mungkin dapatku gambarkan mahupun coretkan disini,. Allahu Akbar. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, sempat menonton Muqaddimah di TV9. Bicaranya tentang Roh dan kematian.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

1001 hikmah
 Kini tibanya 'masa kecederaan' buat semua dalam perlawanan melawan hawa nafsu ini. Anggaplah seperti dalam perlawanan bola sepak, separuh masa pertama dan kedua sudah berlalu, sekarang hanya tinggal "masa kecederaan' buat semua 'pemain'. Gunalah masa ini sebaiknya, supaya kita tidak menyesal di penghujung "perlawanan". Carilah Ampunan Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada api neraka, seksa kubur, fitnah Dajjal, juga fitnah dunia dan akhirat. Iman Al-Ghazali pernah mencoretkan seandainya puasa jatuh pada hari Sabtu, maka LQ akan jatuh pada malam yang ke-23. Ini pendapat beliau setelah melakukan kajian demi kajian. Pun begitu, kita carilah LQ ni setiap malam, bermulanya malam ini.. Ada hikmah Allah rahsiakan malam LQ ni.

Sebagai motivasi kepada kita yang masih hidup dan dapat beramal, marilah kita bergerak bagaikan 'turbo' untuk merebut bonus yang disediakan oleh Allah pada malam-malam 10 terakhir ramadhan seperti firman Allah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)”
Al-Qadr




Kiranya ini Ramadhan yang terakhir buatku redhailah aku Ya Allah, Ampunilah segala dosaku, Temukanlah aku dengan LQ MU.

Ya Allah, seandainya Engkau mentaqdirkan aku mati, matikankan aku dalam perjuangan agamaMu. aku tak peduli saat aku terbunuh sebagai Muslim, kerana disudut manapun kematian tetap dalam Jangkauan Mu.

Ya Allah Engkau berikanlah aku dan seluruh pejuang Islam kekuatan untuk melangkah dan terus melangkah. Syahidkan kami dalam Perjuangan AgamaMu.

Monday, August 24, 2009

Jom Khatam Al-Qu'ran


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni marilah sama2 kita bertadarus dan tadabbur Al-Quran. Jika Ramadhan sebelum ni, kita tak sempat Khatam pun, kali ni biarlah sempat walaupun satu kali. Kalu sebelum ni sekali kita khatam, apa salahnya kali ni 2 kali kita khatam..Pertingkatkan amalan dengan bertingkatnya umur kita ni..semoga amalan ni diterima dan mampu menghapuskan segala dosa..

Caranya mudah
1) Pastikan Al-quran dibawa kemana sahaja. Kalau sebelum ni, asal je keluar kita tak pernah lupakan beg duit, juga hanset, kali ni jangan lupa Al-Qur'an (pesan seorang sahabiah).
2) Baca Al-qur'an bila je masa free ; Setiap kali lepas solat fardu, sebelum sahur, sementara tunggu azan, tengah tunggu bas, dalam bas, dalam kuliah/kelas tengah tunggu pensyarah masuk, bagi yg bekerja yang tengah tak dak kerja ; buat apa nak malu kita buat benda baik.
3) Kalau target kita nak khatam 2 kali tahun ni :
- 1 hari baca 2 juzuk = 30hari X 2 = 60 – bagi lelaki
- 1 hari baca 3 juzuk = 20hari X 3 = 60 – bagi perempuan (faham2lah)
4) kalu nak khatam lebih maka lebihlah kita baca dalam sehari. Hari ni dah 4 Ramadhan, jadi pastikan kita dah baca lebih kurang 12 juzuk bagi perempuan dan 8 juz bagi lelaki

Selamat beramal. Ku harap kan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Wednesday, August 19, 2009

Kehadiran Mu Ku Nanti


Ramadhan,
Kini kau tiba lagi
Membawa seribu erti
Bagi mereka yang mempunyai ‘hati’

Ramadhan,
Kehadiran mu membawa cahaya
Menyedarkan manusia yang kian alpa
Membuang karat-karat dosa
Yang sudah lama bermahajalela

Ramadhan,
Kini aku telah bersedia
Ibarat menanti ‘kekasih’ yang bakal tiba
Semoga aku punyai masa
Untuk membaiki diri yang banyak dosa

Ya Allah
Temukanlah aku dengan lalilatul QadarMu
Andainya ini Ramadhan ku yang terakhir,
Rahmati dan Berkahi aku Ya Allah

Ya Allah..Cukupkanlah apa yang kurang..
Tambahkan apa yang sedikit...
Jauhkan apa yang buruk dan
Dekatkanlah apa yg baik...
Sinarilah hati ini dengan CahayaMu
Kasihanilah aku Ya Allah
Kasihanilah aku……


P/s : Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua sahabat sahabiah ku dan juga kepada seluruh Umat Islam diseluruh pelusuk dunia..Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar kepada semua.

Tuesday, August 11, 2009

Tetamu yang Dirindui

Kini dah 20 Syaaban,
Kurang 2 minggu lagi ramadhan akan menjengah tiba.. macam mana persiapan kita.. erm mungkin ada yang tengah fikir, berapa pasang baju u raya tahun ni, ada juga yang tgh kerisauan macamna nak buat kuih-muih dek kerana gula tiada, ada juga yang menghitung hari tak sabar nak menanti terawikh, almaklumlah dapat makan free. Tapi pernahkan terdetik dihati kita u menyambut Ramadhan kali ini, dengan penuh kegembiraan seperti menanti orang yang kita sayangi pulang ke pangkuan?..erm yang mana yer kita?.Sudah lupakah kita kepada para sahabat junjungan Mulia, meyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan,, menangisi apabila ramadhan kian pergi..Duhai pembaca sekalian,,ayuh…jadikan Sirah panduan kita..Jadikan lah madrasah Ramadhan ni, sbg tempat untuk kita mengkoreksi diri, membuang karat-karat mazmumah yang telah lama bersarang dihati…Manalah tahu ini Ramdhan kita yang terakhir..perbanyakan amalan, kurangkan dosa dan maksiat hati..yuk semua..jangan tunggu lagi..


.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)