Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

sejambak bunga cinta

Merungkai kekusutan..menambah kefahaman.. Bersamalah kita menutup ruang yang membolehkan hati kita terjebak kepada budaya orang yahudi. Sepertimana Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah: 120 yang bermaksud "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka........"
Tidak usahlah kita terlalu ikutkan budaya mereka. Tanamkanlah rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tercinta kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukakn oleh Baginda. Apalah perlu diagungkan St. Valentino sayugia hari Valentine disambut bagai nak gila. Buktikan cinta kita kepada Rasul junjungan..bukan hanya pada tanggal 12 Rabiulawwal sahaja. Malah setiap hari.. Ingati perjuangan dan pengorbanan Baginda.... 
     Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada November 2005 telah menyatakan bahawa menyambut Hari Valentine adalah haram malah memberi hadiah pada hari tersebut juga haram. Nah apa lagi!! Sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul tinggalkanlah budaya ini.. Ingatlah Rasulullah merupakan Bapa Kasih Sayang bukan St. Valentino yang diagugkan oleh remaja pasca moden ini.."Ya Rasullullah Ya Habiballah kami rindu padamu."

Wednesday, August 18, 2010

Motivasi @ Ramadhan

JIKA KAU BERASA LELAH DAN TAK BERDAYA
DARI USAHA YANG SEPERTI SIA-SIA…
ALLAH TAHU BETAPA KUAT ENGKAU TELAH BERUSAHA



KETIKA KAU SUDAH MENANGIS SEKIAN LAMA
DAN HATIMU TERASA PEDIH…
ALLAH SUDAH MENGHITUNG AIR MATAMU



JIKA KAU FIKIR BAHAWA HIDUPMU SEDANG MENUNGGU SESUATU
DAN WAKTU TERASA BERLALU BEGITU SAHAJA…
ALLAH SEDANG MENUNGGU SERSAMA-SAMAMU



KETIKA KAU BERSA SENDIRIAN DAN
TEMAN-TEMAN TERLALU SIBUK UNTUK MENELEFON DIRIMU…
ALLAH SENTIASA BERADA DISAMPINGMU

KETIKA KAU FIKIR BAHAWA KAU SUDAH BERUSAHA SESUNGGUHNYA DAN TIDAK TAHU HENDAK BERBUAT APA LAGI…
ALLAH MEMPUNYAI JAWAPANNYA



KETIKA SEGALANYA MENJADI SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL
DAN KAU BERASA TERTEKAN…
ALLAH BERSAMAMU UNTUK MENENANGKANMU



JIKA TIBA-TIBA KAU DAPAT MELIHAT JEJAK-JEJAK HARAPAN…
SEBENARNYA ALLAH SEDANG BERBISIK KEPADA MU
KETIKA SEGALA SESUATU BERJALAN LANCAR DAN KAU BERASA
INGIN MENGUCAP SYUKUR…
ALLAH TELAHPUN MEMBERKATIMU



KETIKA SESUATU YANG INDAH TERJADI DAN
KAU DIPENUHI KETAKJUBAN…
ALLAH AKAN TERSENYUM KEPADAMU



KETIKA KAU MEMILIKI TUJUAN UNTUK DIPENUHI
DAN MIMPI UNTUK DIGENAPI.
ALLAH SUDAH MEMBUKA MATAMU DAN MEMANGGILMU DENGAN NAMAMU


Monday, May 24, 2010

Nak Cantik??

MUSYARAKAH
YAKIN DIRI MEMPUNYAI KECANTIKAN TERSENDIRI

MURAKABAH
TERIMA DENGAN INSAF DAN SYUKUR KEADAAN DIRI SENDIRI

MUHASABAH
SENTIASA LIHAT KEKURANGAN DIRI DAN MEMPERBETUKANNYA

MUAKOBAH
SENTIASA DIDIK DIRI JADI WANITA SEMPURNA

MUQARRABAH
SENTIASA DEKATKAN DIRI PADA ALLAH

MUJAHADAH
BERUSAHA LAWAN NAFSU JAHAT

MUARABAH
CUBA HAKIS KEJAHATAN DALAM DIRI

Thursday, February 25, 2010

Aku rindu padaMU

Salam Maulidur Rasul 1431H.  Bukan hari ini sahaja kita mengingati Baginda. Jadikan setiap hari adalah Maulidur Rasul. Hayati, singkapi dan fahami detik-detik pengorbanan Baginda S.A.W.

Monday, January 11, 2010

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya."

Thursday, January 7, 2010

KERESAHAN DALAM HIDUP

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam terlalu banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :

1. Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.

2. Percampuran antara iman dan syirik.

3. Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)

4. Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.

5. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.

6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.

7. Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.

8. Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.

9. Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.

10. Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.

11. Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.

Zikrullah


Berzikirlah..pasti jiwamu menjadi tenang

Wednesday, January 6, 2010

3 Penyakit


3 PENYAKIT SERING BERKUMPUL DENGAN SAUDARA SEAGAMA

Dalam Kitab 'Al-Fawaid', berkata Ibnul Qoyyim Rahimahullah, "Berkumpul dengan ikhwan (saudara seagama) itu ada 2 bentuk

Pertama :
"kumpul-kumpul sekadar mengisi waktu. Bahayanya lebih besar dari manfaatnya. Dan minima, hal ini akan merusak hati dan menyia-nyiakan waktu.

Kedua :
"berkumpul dalam rangka Ta'awun (tolong-menolong) dalam mencari sebab-sebab keselamatan, dan saling taushih (memberi nasihat) dengan kebenaran dan kesabaran. ini adalah kekayaan yang paling mahal dan paling bermanfaat.

Akan tetapi didalamnya ada 3 penyakit,yaitu
Pertama, munculnya sikap saling membanggakan diri.
Kedua, pembicaraan dan percampuran lebih dari keperluan.
Ketiga, bila hal tersebut menjadi kesukaan dan kebiasaan, hingga melenyapkan maksud perkumpulan tersebut.

nota: semoga berkumpulnya kita kerana ILAHI dan ingin mengukuhkan ikatan hati.

Thursday, November 19, 2009

Wasiat Imam Ghazali

  • Dunia ini laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya. Kerana itu gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja. Yang bererti jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari tapak syurga.
  •  Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan membawa keperluaan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.
  • Sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.
  • Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi.
  • Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.
  • Berjuanglah di jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.
  • Berjemaahlah bersama kawan muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah. 
  •  Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersifat pemurah.
  • Tataplah anak-anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.
  •  Selepas bangun daripada tidur, bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.

CERMIN DIRI


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Wednesday, November 11, 2009

Dosa menghalang cahaya Ilmu


Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata: "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam.

Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu.

Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu."


Monday, November 9, 2009

Alangkah Ajaibnya..


Bagaimana dapat dibayangkan bahawa ALLAH dapat dihijab oleh sesuatu
Padahal DIAlah yang menjadi nyatakan segala sesuatu..

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa ALLAH dapat dihijab oleh sesuatu
Padahal DIAlah yang zahir kelihatan pada setiap sesuatu…

Bagaimana akan mungkin ALLAH dihijab oleh sesuatu
Padahal DIAlah yang terlihat dalam tiap sesuatu…

Bagaimana ALLAH akan dapat ditutup oleh sesuatu
Padahal DIAlah yang jelas kelihatan bagi tiap sesuatu…

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa ALLAH dapat dihijab oleh sesuatu
Padahal DIAlah yang telah sedia ada sebelum adanya sesuatu

Bagaimana mungkin akan ALLAH dihijab oleh sesuatu....
Padahal DIAlah yang tunggal dan tidak ada di sampingnya sesuatu apapun…

Bagaimana ALLAH akan dihijab oleh sesuatu
Padahal DIAlah yang lebih dekat kepadamu daripada sesuatu…

Bagaimana ALLAH akan mungkin dihijab oleh sesuatu
Padahal kalaulah tidak kerana DIA nescaya tidak akan ada segala sesuatu…

Alangkah ajaibnya…
Bagaimana ALLAH akan dapat kelihatan di dalam sesuatu
yang sebenarnya tiada wujud

Atau bagaimana dapat bertahan sesuatu yang hancur itu
di samping Zat yang bersifat QIDAM

-IMAM IBNU ATHA’ILLAH RAHIMAHULLAH-

Tuesday, November 3, 2009

Merajuk


Kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?
Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula...

Monday, October 26, 2009

Di Mana Allah Dalam Hati Kita??




Sekali lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya? Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: “Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: “Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya”

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, sahabat, keluarga, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan aku ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan aku melakukan maksiat kepadaNya???

"Cermin diri, suluhi hati"

Thursday, October 22, 2009

SURAT DARI KEKASIH

UNTUKMU YANG SELALU KUCINTAI,
Saat kau bangun di pagi hari,

Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu, bercerita,
meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata...
Atau berterima kasih kepadaKu
atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu semalam,
kelmarin, atau waktu yang lalu....
Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja...
Tak sedikit pun kau menyedari Aku dekat denganmu...

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu,
tetapi engkau terlalu sibuk...
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun...

Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu.
Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu,
tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang...

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
Aku menanti dengan sabar sepanjang hari
Namun dengan semua kegiatanmu,
Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu...

Sebelum makan siang, Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu...

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu
dengan lembut sebelum menyantap makanan yang Kuberikan,
 tetapi engkau tidak melakukannya....

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu,
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan
seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak,
hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan
banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan
apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan,
hingga waktu-waktu untukKu dilupakan...

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi sekali lagi engkau lupa menyebut namaKu
dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan...

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu letih.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun
namaKu kau sebut. Tidak apa-apa kerana mungkin engkau
masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu.

Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain...
Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan
sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba...

Baiklah..... engkau bangun kembali dan
kembali Aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan
memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu...
Tapi yang Kutunggu.... Ah tak juga kau menyapaKu.

Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh berlalu... dan...
kau masih mengacuhkan Aku. Tiada sepatah kata, tiada
seucap do'a, tiada pula harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU...
Apakah salahKu padamu...? Rezeki yang Ku limpahkan,
kesihatan yang Ku berikan, Harta yang Ku relakan untukmu,
makanan yang Ku hidangkan , Keselamatan yang
Ku kurniakan, kebahagiaan yang Ku anugerahkan... Apakah
hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu???!!!

Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap berharap
suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu,
bersujud menghadapKu... Kembali kepadaKu..

Yang selalu menyertaimu setiap saat...
ALLAH

p/s: Lihatlah begitu sayang dan kasihnya Allah kepada hambaNya, tak pernah dilupakan walau sedetik. tetapi kita sering melupakan Dia..Kembalilah kepada Allah. Ingatlah Dia pada setiap masa dan ketika.

Seikhlas Kelapa Tua


Bagi yang merasakan bahawanya dia adalah pejuang Islam, dan setiap hari memikirkan pasal Islam,  bacalah kisah dibawah. "santap sampai sentap".

KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua. Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.


Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan bawal ni!”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

~Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam, dan memakai kacamata hitam..hehe..Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat..~

Sunday, October 11, 2009

Senang Jer.....tapi berkat ke?


Bukan susah nak jadi susah,
bukan senang nak jadi senang,
susah atau senang, kita yang menentukannya.

Kalu anda nak jadi peguam, ustaz, doktor, polis, pelacur, pencuri, orang baik atau orang jahat, senang jer..agak2 apa??? boleh jadi sekaligus sahaja.

Anda jadilah pelakon..anda boleh jadi apa sahaja. Hanya hafal skrip, lakonkan watak dan nah! duit masuk poket. Tak perlu belajar tinggi2, tak perlu penat lelah untuk praktikal, tak perlu fikir pasal assigment, tak perlu buat pinjaman PTPTN..bak kata tak perlu bersusah payah..untuk belajar tinggi-tinggi. Tapi berkat ker macam tu??


Anda boleh jadi Ustazah (bertudung litup) dalam filem ini, pada masa yang sama, boleh jadi pelacur (berpakaian seksi) untuk cerita itu. Andalah pendakwah untuk drama ini, tapi andalah perogol bersiri untuk drama itu (sekadar bebrapa contoh). Bukan niat ingin mengutuk sesiapa, tapi ini adalah kenyataan yang tidak bisa padam. Para artis makin 'menggila'. Peluk, cium suami atau isteri orang sesuka hati..hatta dalam drama/filem yang kononnya islamik sekalipun seperti; Nur Kasih, mahupun Syurga Cinta. Inilah natijahnya apabila Islam dibuang jauh-jauh. Selak Al-Quran bila nak rujuk surah..Solat apabila disuruh manusia.. mana perginya sentimen kita terhadap agama.

Lantas siapa yang perlu dipersalahkan?/ Pelakon yang hanya mengikut skrip? atau pengarahnya: perancang kepada gerak geri tersebut? ataupun penonton yang perlu diajar dengan kisah yang penuh pengajaran.

Pengarah A kata ceritanya akan memberi seribu satu pengajaran.
Pengarah B kata, ceritanya akan membangkitkan seluruh penginsafan.
Pengarah C pula, cerita ini lain daripada yang lain. Pasti membawa 1001 pengertian.

Kadang2 bukan pengajaran yang ditiru, sebaliknya adegan yang mengiurkan yang melekat dalam kotak fikiran. Apa maknanya pengajaran, penginsafan mahupun pengertian, kalau hukum Allah dipandang ringan: tidur bersama suami orang, berpegangan tangan lelaki dan perempuan, berpakaian seolah telanjang. Dayus..memang dayus..mana2 lelaki yang membiarkan isterinya dipeluk orang, walaupun sekadar lakonan.

Wahai pelakon, pengarah, penyanyi (baca artis) sekalian, sedarlah..kembalilah kepada ajaran Al-Quran selagi nyawa masih dibadan. Sesungguhnya azab Allah sangat pedih sangat TAKUT untuk dibayangkan.

Ingat peringatan Allah dalam Al-Quran:-
"Mereka membeli (menukar) kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampuanan. Alangkah beraninya mereka menghadapi neraka." Al-Baqarah ayat 175


Akibat terlalu gilakan artis kesukaan, minda kanak-kanak pasca ini turut berubah. Semangat untuk menuntut ilmu semakin berkurangan, memakai tudung hanya trend zaman, rambut diwarna dengan macam-macam. Tengok sahaja cerita tom-tom bak mahupun pondok-pondok(sekadar beberapa contoh); kanak-kanak yang bersih jiwanya, diajar menari, menyanyi dan percintaan muda mudi. Senang untuk menjadi artis, tapi fikirkanlah soal keberkatan.

Janganlah kita menyuap anak bini kita dengan 'api neraka' (rezeki yang haram). Fikirkan sejenak, apa guna rumah bertingkat-tingkat, kereta berpuluh-puluh, production di sana sini, jika hidup tanpa keberkatan. Sebagai ibu bapa, kawallah anak anda dalam soal tontonan TV. Mata satu (baca TV) itu, bisa menyuntik virus yang berbahaya ke dalam jiwa anak-anak anda. Bahkan sangat susah dan memakan masa untuk kita memberinya vaksin. Sekuat manapun antibodi anak-anak, kalau tidak dididik nescaya virus menguasai badan. 'mencegah lebih baik daripada mengubati'. Ibu bapa yang bijak pasti akan memberikan pilihan yang terbaik untuk anaknya..itupun mengikut acuan Islam.

Berubah dan bertaubatlah, jangan tangguh2, mungkin kita sudah tidak punya masa.

p/s : penulis cabar mana-mana pengarah, kalu nak buat filem/drama, jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan..Macam filem Cinta Madinah (masih perlu penambah baikan). Ada berani??

Antara Sabar dan mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah...Walaupun pahit dan perit..terima lah ia dengan berlapang dada.

Kuasa Perempuan


KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

*Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

*Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.

2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

*Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

*Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

*Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

*Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

*Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Dari kerana itu, usahlah kesedihan apabila kau dilahirkan sebagai perempuan. Kerana Engkau begitu istimewa..Dan gunakanlah kuasamu itu, untuk kebaikan..

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)