Showing posts with label Bedah Buku. Show all posts
Showing posts with label Bedah Buku. Show all posts

Monday, July 19, 2010

travelog haji

Hatga : RM18.00
Terbitan : PTS Publications

Sebuah buku yang benar-benar menggoncang hati, menyentuh sanubari dan mengkoreksi diri agar menjadi muslim sejati. Sekaligus mengubah paradigma pemikiran mengenai Haji dan Dakwah. Buku ini wajar dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat..Walau siapa pun kita, berapa banyak sekalipun dosa yang dilakukan janganlah berputus asa mengharap ampunan Ilahi. Sesunguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Selamat membaca!!

Tuesday, March 9, 2010

Akal-empayar minda muslim

Akal adalah alat penting untuk mengenali Allah. Pengamatan yang mendalam tentang diri dan alam boleh mendekatkan seseorang kepada Allah. Allah berfirman:

“Dan Dialah yang telah menciptakan bagi mu pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah yang bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di bumi ini dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?” (Surah Al-Mukminun ayat 78-80)

Imam Ar-Razi meriwayatkan, Imam Malik pernah ditanya oleh khalifah Harun Ar-Rasyid tentang bukti kewujudan Allah, dan beliau menjawab: “Buktinya ialah, setiap manusia telah dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama kejadiannya, tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang daripada mereka adalah berbeza.”

Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh sekumpulan manusia tentang bukti kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta, dan beliau menjawab: “Aku sedang berfikir tentang sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Ia belayar ke sana ke mari dan menyelesaikan masalah dengan sendirinya”. Mereka yang mendengar perkataan Imam Abu Hanifah ini terus berkata: “Ini adalah satu kisah gila yang tidak masuk akal”. Imam Abu Hanifah terus menjawab: “Kamu menganggap orang yang mengatakan kapal boleh belayar dengan sendirinya adalah seorang yang gila. Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan, alam ini yang begitu halus dan tersusun kejadiannya, terjadi dengan sendirinya tanpa Pencipta dan Pengurus?” Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu terus tergamam dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.

Imam Syafie pula ketika ditanya tentang dalil kewujudan Allah telah berkata: “Lihatlah daun Tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?”

Di dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata: “Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir....... di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperolehi bukti tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana”

Begitulah kepentingan akal sebagai alat untuk mengenali Allah. Walau bagaimanapun, di samping akal, dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah adalah penting untuk mengenali Allah secara sahih.

*(Untuk lebih terperinci sila dapatkan buku "Empayar Minda Muslim - Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga" oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin. Ia diterbitkan oleh PTS Publication.

Monday, October 12, 2009

Kisah Dua Umar


Tajuk : belajar daripada dua Umar
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Penerbit : Anbakri Publika Sdn Bhd
Harga : RM 15.00 / RM 17.00 ( sabah & Sarawak)

Setelah membaca keseluruhan buku, saya dapati tajuknya tidak menggambarkan isi kandungan kerana hampir keseluruhan isinya berkaitan dengan sirah Rasulullah dan hanya sedikit sahaja yang menyentuh berkenaan dua Umar tersebut.

Namun begitu, ia tidak menjadikan buku ini tidak bagus untuk dibaca, malahan isinya sangat baik kerana penulis mengaitkan isi-isi sejarah dengan suasana semasa. Meskipun latar perbandingannya adalah Indonesia, namun begitu ia masih boleh disesuaikan dengan situasi di Malaysia.

Buku ini mengulas berkenaan taktik perang yang digunakan Rasulullah, kaedah menangani perbezaan, bagaimana menghadapi fitnah, menangani kemiskinan dan sebagainya. Selain menggarapkan tradisi menuntut ilmu ia turut mengajak manusia (sesama muslim) luputkan persengketaan dan satukan suara untuk mencapai kemenangan.

Biarpun sebenarnya kita telah biasa dengan sirah Rasul, namun apabila ia dikaitkan dengan situasi semasa, kita akan lebih mudah melihat hikmah di sebalik kejadian tersebut. Buku ini mampu mencungkil apa yang tertanam dalam pepasir sejarah, kerana ia menggali apa yang semakin dilupai, membasuh dan menghidangkan semula untuk santapan rohani generasi masa kini yang kelihatan semakin materialistik sifat kehidupannya.
 
Wahai manusia, kamu wajib menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah memiliki selendang kemuliaan. Barangsiapa mencari satu bab ilmu sahaja, nescaya Allah akan membalutnya dengan selendang kebesaranNya.
 
Kata-kata yang boleh dijadikan pedoman semua :
"Jika rakyatku kelaparan, aku ingin orang pertama yang merasainya.
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir menikmatinya".
 - umar Al-khattab
 
Apabila ditunjukkan seekor kuda yang cantik dan diperkenalakan orang akan kenderaan rasminya. Dia menyambut 'apa hubungannya dengan dengan aku? kenderaan ini daripadaku" lalu beliau berjalan menuju ke arah seekor keldai yang beliau tunggangi selama ini.
 - Kisah Khalifah Umar Abd Aziz

Monday, October 5, 2009

Pemilik Cintaku......


Judul Buku : Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga : RM 12.00

Buku yang harus dimiliki oleh pencari cinta hakiki samada wanita mahupun lelaki. Buku ini dihadiahkan oleh seorang junior di UPSI; ude.Thankz ude..Buku ini menggarap dan menyingkapi batasan-batasan sebelum dan semasa pertunangan. Selain memberikan pelbagai tip yang berguna seperti tips menepis cinta remaja, tips menepis dugaan bercinta, tips di fasa pertunangan dan juga tips di alam perkahwinan. Walaupun apa yang dicoretkan manis belaka, dan rata-rata pembaca menganggap kisah ini hanyalah retorik, namun ia akan menjadi kenyataan jika kita berkemahuan. Lantaran perlu juga diingat, bumi mana tidak ditimpa hujan.. Sesungguhnya kebahagian itu bermula apabila kita menjaga keberkatan pertunangan; tiada sms yang melalaikan, tiada e-mail yang mengkhayalkan, tiada ungkapan cinta sayang, apatah lagi untuk keluar berdua-duaan. Ingat Tiada percintaan sebelum perkahwinan. Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki..

Yakinilah janji Allah yang terakam dalam surah an-Nur : 26
' Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)'

Bahana Cinta : Penyair Arab
Cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air tenang,
namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.

Selamat membaca.. semoga kita mampu membina paradigma yang baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)