Showing posts with label Baitul Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Baitul Dakwah. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Barokallahulakuma

semoga berbahagia..(",)

Tuesday, October 13, 2009

Pilihlah Betul-betul


'Mak saya cakap, kalau nak tengok rupa isteri kita bila dah tua, tengok mak dia, bila saya tgk mak awak tadi, senaaaang hati saya' - petikan daripada Iklan silky white..

Mengamati petikan ayat tersebut,  sudah pasti kecantikan yang menjadi keutamaan. Disini penulis sertakan panduan memilih pasangan hidup. Semoga salah faham di kalangan masyarakat kita mampu dirungkai dan mereka boleh berfikir dengan paradigma baru, yakni, berlandaskan Iman dan Islam.

Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
“perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan."

Adapun panduan lain yang telah disepakati dalam memilih bakal isteri demi keberkekalan dan kebahagian rumah tangga iaitu, memilih kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana kebaikannya, kerana mas kahwinnya yang murah, kerana dapat memberi keturunan, kerana kecantikannya, dan kerana keturunan; dan yang bukan dari kerabat yang dekat.


Pemilihan berdasarkan agama itu merupakan yang paling ditekankan dan paling penting dalam pemilihan bakal isteri bagi mendapatkan keluarga yang bahagia lagi berkekalan. Sesungguhnya perempuan yang beragama itu ialah perempuan yang solehah, dan wanita solehah itu merupakan hiasan duniawi yang paling tinggi nilainya.

Kecantikan juga merupakan faktor yang penting dalam pemilihan bakal isteri, namun tidak sepenting agamanya. Fitrah manusia, menyukai yang cantik. Kecantikan penting dan ia merupakan antara sebab lahirnya rasa kasih dan sayang terhadap sesuatu. Dalam Islam, dianjurkan bagi lelaki yang ingin menikahi bakal isterinya untuk melihatnya terlebih dahulu dengan batas-batas yang yang ditetapkan sahaja.

Pemilihan berdasarkan mas kahwin juga diambil kira dalam pemilihan bakal isteri. Sesungguhnya mas kahwin yang mahal itu tidak digalakkan. Dalam satu hadits ada dinyatakan bahawa antara keberkahan seorang perempuan itu adalah segera dinikahkannya (bagi seorang yang berkuasa. Contoh:bapa, datuk), segera melahirkan dan mas kahwin yang murah. Dan dimakruhkan mas kahwin yang mahal dari pihak wanita. Untuk bacaan lanjut mengenai mas kahwin; Klik di sini

Bagi setiap wali perempuan, haruslah pandai memilih pasangan bagi anak perempuannya. Jangan dinikahi lelaki yang buruk perangainya, yang buruk rupanya, yang lemah agamanya, yang tidak menunaikan haknya dengan baik, atau lelaki yang tidak sepadan dengan perempuan dalam masalah keturunan. 

Seseorang telah bertanya kepada Hasan: “beberapa orang telah datang untuk meminang puteriku, jadi, kepada siapakah harus aku nikahkan?” Hasan menjawab: “kepada orang yang lebih bertaqwa kepada Allah. Sebab jika lelaki tersebut mencintai anak perempuan anda, maka dia akan memuliakannya, dan jika lelaki tersebut marah kepada anak perempuan anda, maka dia tidak akan menaganiaya anak perempuan anda”

Ingatlah, jika anda berkahwin kerana kecantikan, ketahuilah bahwa kecantikan itu akan pudar ditelan zaman. Kecantikan yang sebenarnya adalah kecantikan dalaman. Pilihlah betul-betul. Jika kecantikan yang didamba maka cantiklah anda dapat, jika harta yang dikejar, maka hartalah yang dikendong, namun jika agama yang dihambakan, pasti bahagia menyinari taman. Lantaran itu, sikap dan akhlak anda hari ni juga, akan menentukan pasangan anda untuk masa hadapan.



Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum
diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda

atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak
Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar
syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama
berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah.

Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal
atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan
kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat
bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab
masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta
yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa
tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang
dialirkan sebab-sebab yang
murahan.

Tidak payah bersentuhan tangan,
kerana mereka sudah bersentuhan hati.
Tak payah berbalas kerlingan mata
kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.

Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,
maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya
kepada suami datang dari cintanya kepada Allah.

Petikan daripada :Tentang Cinta :Pahrol Mohammad Juoi.

Monday, October 5, 2009

Pemilik Cintaku......


Judul Buku : Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga : RM 12.00

Buku yang harus dimiliki oleh pencari cinta hakiki samada wanita mahupun lelaki. Buku ini dihadiahkan oleh seorang junior di UPSI; ude.Thankz ude..Buku ini menggarap dan menyingkapi batasan-batasan sebelum dan semasa pertunangan. Selain memberikan pelbagai tip yang berguna seperti tips menepis cinta remaja, tips menepis dugaan bercinta, tips di fasa pertunangan dan juga tips di alam perkahwinan. Walaupun apa yang dicoretkan manis belaka, dan rata-rata pembaca menganggap kisah ini hanyalah retorik, namun ia akan menjadi kenyataan jika kita berkemahuan. Lantaran perlu juga diingat, bumi mana tidak ditimpa hujan.. Sesungguhnya kebahagian itu bermula apabila kita menjaga keberkatan pertunangan; tiada sms yang melalaikan, tiada e-mail yang mengkhayalkan, tiada ungkapan cinta sayang, apatah lagi untuk keluar berdua-duaan. Ingat Tiada percintaan sebelum perkahwinan. Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki..

Yakinilah janji Allah yang terakam dalam surah an-Nur : 26
' Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)'

Bahana Cinta : Penyair Arab
Cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air tenang,
namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.

Selamat membaca.. semoga kita mampu membina paradigma yang baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

Sunday, September 27, 2009

Mudahkan Jangan Susahkan


K.huda dan Suami

Apabila musim cuti; kenduri kendara, majlis pertunangan dan risik merisik di sana sini. Dua orang sahabat penulis, pun telah berjaya diijab qabulkan.,walaupun penulis tak dapat bersama mereka di hari bahagia, namun, iringan doa sentiasa mengiringi. Alhamdullilah, Mereka telah diberi kesempatan untuk mendirikan masjid di usia yang agak muda penulis kira. Semoga berkekalan ke anak cucu.

“Macamana ni kak chik, sekarang kerani pun dah 8400 lebih, kita macamana?”. Keluh sepupu, yang merupakan seorang safety engineer beberapa hari selepas majlis pertunangan atau penetapan belanja anak kepada saudara kami yang terdekat. penulis tersenyum. “Erm kalau tak dak duit tak kahwin lah kita”. Seloroh penulis.Sebagai perempuan, sudah tentu kuasa minority di tangan mereka. Nak tak nak terpaksa ikut famili. Selepas beberapa hari majlis pertunangan saudara sendiri, penulis sedikit terkilan dengan masyarakat kampong. Majoritinya terlalu mengikut adat. Kalau kerani dah 8 ribu bagaimana pula orang yang mempunyai ijazah sudah tentu hampir 10,000. kalau setakat 5 or 6 ribu celah gigi pun tak lepas. Bela lembu sekandang lebih senang drpd anak perempuan sorang. .itulah perumpamaan yang diberikan...Allah..pandangan dangkal manusia yang terlalu mengikut adat resam, bukannya Islam yang jadi ikutan. Sedangkan di dalam Islam yang wajibnya hanyalah mahar. Bukannya wang hantaran, beribu-ribuaan itu. Mari sama2 kita teliti tentang mahar perkahwinan.


1. Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang. Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

 
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “


2. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )




Sabda Nabi Muhammad S.A.W:-

خير النكاح أيسره


“Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah” [Hadith Riwayat Ibn Hibban]


Sabda Nabi di dalam hadith yang lain :-


خير الصداق أيسره


“Sebaik-baik Mahar adalah yang paling mudah (mengikut kemampuan)” [Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi].


Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/Mahar.pdf


Jadi, sebagai ibu-bapa, abang atau wali kepada sesiapa sahaja, kita perlu hadam tentang perkara ini. Mudahkanlah urusan perkahwinan. Jangan susahkan. Bagi perempuan yang terikat dengan keluarga, banyakkanlah berbincang dengan mereka supaya mereka faham dan jelas akan perkara ini. Dan banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati keluarga kalian. Apapun semoga segalanya dipermudahkan untuk mendirikan sebuah mahligai impian. Janganlah terlalu mahal wang hantarannya hinggakan melambatkan proses perkahwinan. Lantaran timbullah pelbagai perkara yang tak enak untuk didengar.


Terutamanya di negeri Kedah yang rata2 dah tahu, anak dara di negeri ini (negeri penulis ni) memang agak tinggi hantarannya, hinggakan ada yang takut untuk meminang orang kedah.huh. Tak perlulah sampai nak berpuluh ribu, cukuplah dengan kemampuan masing-masing. Apa nak dikira: pangkat, ijazah , mahupun master yang dimiliki. Bahkan itu semua hanya duniawi semata. Erm kalau sekarang dah 8000 cuba bayangkan 2 atau 3 tahun lagi..?? Cubalah kita merubah paradigma pemikiran kita yang kian hilang jati diri Islam ini. Singkapilah pasir-pasir sirah umat terdahulu. Ingat, Mudahkan, jangan susahkan. Semoga semua berada di dalam redha Allah hendaknya. Harapnya tulisan yang tak seberapa ini, memberi manfaat kepada insan yang membacanya. Wallahu’alam. Sampai berjumpa lagi.

p/s : gambar k.aisyah akan menyusul

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)