Monday, October 12, 2009

Kisah Dua Umar


Tajuk : belajar daripada dua Umar
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Penerbit : Anbakri Publika Sdn Bhd
Harga : RM 15.00 / RM 17.00 ( sabah & Sarawak)

Setelah membaca keseluruhan buku, saya dapati tajuknya tidak menggambarkan isi kandungan kerana hampir keseluruhan isinya berkaitan dengan sirah Rasulullah dan hanya sedikit sahaja yang menyentuh berkenaan dua Umar tersebut.

Namun begitu, ia tidak menjadikan buku ini tidak bagus untuk dibaca, malahan isinya sangat baik kerana penulis mengaitkan isi-isi sejarah dengan suasana semasa. Meskipun latar perbandingannya adalah Indonesia, namun begitu ia masih boleh disesuaikan dengan situasi di Malaysia.

Buku ini mengulas berkenaan taktik perang yang digunakan Rasulullah, kaedah menangani perbezaan, bagaimana menghadapi fitnah, menangani kemiskinan dan sebagainya. Selain menggarapkan tradisi menuntut ilmu ia turut mengajak manusia (sesama muslim) luputkan persengketaan dan satukan suara untuk mencapai kemenangan.

Biarpun sebenarnya kita telah biasa dengan sirah Rasul, namun apabila ia dikaitkan dengan situasi semasa, kita akan lebih mudah melihat hikmah di sebalik kejadian tersebut. Buku ini mampu mencungkil apa yang tertanam dalam pepasir sejarah, kerana ia menggali apa yang semakin dilupai, membasuh dan menghidangkan semula untuk santapan rohani generasi masa kini yang kelihatan semakin materialistik sifat kehidupannya.
 
Wahai manusia, kamu wajib menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah memiliki selendang kemuliaan. Barangsiapa mencari satu bab ilmu sahaja, nescaya Allah akan membalutnya dengan selendang kebesaranNya.
 
Kata-kata yang boleh dijadikan pedoman semua :
"Jika rakyatku kelaparan, aku ingin orang pertama yang merasainya.
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir menikmatinya".
 - umar Al-khattab
 
Apabila ditunjukkan seekor kuda yang cantik dan diperkenalakan orang akan kenderaan rasminya. Dia menyambut 'apa hubungannya dengan dengan aku? kenderaan ini daripadaku" lalu beliau berjalan menuju ke arah seekor keldai yang beliau tunggangi selama ini.
 - Kisah Khalifah Umar Abd Aziz

No comments:

Post a Comment

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)