Alhamdulillah, sesudah beberapa hari menyepi dari YM dan SMS, kini masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis kembali. Sudah seminggu tidak bertanya khabar sahabat2, sunyi rasa. Sengaja menyepikan diri, mungkin ingin mencari ‘sesuatu’. Apapun 21, 23, 25 dan 27 Ramadhan sudah berlalu buat pemburu2 Lailatul Qadr. Tinggal malam 29 Ramadhan lagi. Semoga kita semua telah mengisi hari yang berlalu sesempurna dan sebaik mungkin. Mungkin ada dikalangan kita yang telah menjumpai Lailatul Qadr..AllahuAkbar..Semoga amal ibadat kita diterima Allah. Bagi yang sedang mencari jawapan dalam ‘istikharah’ sudah pasti ada yang sudah mendapat jawapannya. Ingat lagi seseorang telah menyatakan kepada penulis; ‘orang yang dipenuhi rasa cinta dibulan Ramadhan ini, pasti jiwanya akan dipenuhi kesedihan dipenghujung Ramadhan dan bertambah pilu apabila tibanya Syawal’. Erm 1001 maksud tersirat.
Sedar mahupun tidak tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari kemenangan. Adakah universiti Ramadhan ini telah memberikan kita pendidikan yang secukupnya. Atau tidak membawa sebarang makna.? Biarlah berakhirnya Ramadhan nanti kita ibarat bayi yg dilahirkan. Semoga nanti kita akan dianugerahkan ijazah kelas Pertama…Allah. Bukan semua orang mampu dapat ‘ijazah’ ini.
Hari Raya


Apapun di dalam kesibukan menyambut Syawal, jangan kita lalai melakukan ibadah kepada Allah. Isilah malam 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan zikir kepada Allah. Bila tiba hari raya jangan pula kita lupa memohon maaf kepada ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga mahupun sahabat handai. Bagi yang telah tiada, kunjungilah pusara dan doakan mereka.
Dikesempatan ini, penulis ingin memohon seinfini kemaafan kepada semua pembaca yang mengenali penulis,. Mana-mana janji yang terabai, kata yang meyakitkan dan segalanya, harap dimaafi. Buat bekas pelajar 5Sains1 (2003) SMK Dato’ Syed Ahmad dan HIP4 (kolej matrikulasi Pulau Pinang): Semoga Syawal kali ni bermakna buat kalian. Harapnya semua akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Bagi junior2 dan sahabat penulis di UPSI teruskan perjuangan kalian dan penuhilah Ramdhan yang berbaki ini dengan penuh kesungguhan. Hidupkan malam 1 Syawal. Pastikan Ramadhan dan Syawal kita berbeza dengan orang lain.. Hati2 balik kampung.
Buat semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia Salam Aidul Fitri. Sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Salam kemaafan dari kejauhan.
Buat semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia Salam Aidul Fitri. Sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Salam kemaafan dari kejauhan.
Ramadhan, pemergianmu pasti dirindui. masihkah ada waktu untuk bertemu denganmu di masa mendatang?...Allahu. Allahhu..Allahhu
P/S :
Buat Ejah dan Izyan Selamat Hari Lahir yg ke23 pada 23 September nanti. Semoga apa yang dihajati tercapai..Asif, wish awal, bimbang tak de kesempatan.
Buat Kak Aisyah dan Kak Huda yang akan membina Baitul Dakwah pada 5 Syawal nanti : semoga istiqamah dalam perjuangan dan berkekalan jodoh ini hingga negeri abadi. (nantikan entry khas dari saya..hehe)
Selamat Menyambut Hari Fitrah & Kemenangan.
ReplyDeleteAna pun memohon seribu kemaafan jika disepanjang perkenalan dalam iman, ana ada buat salah atau silap. secara sengaja atau tidak. halalkan makan minum juga.
ana tumpang blog nti untuk ucapkan Selamat Hari Ulangtahun kelahiran kepada ezzah dan izyan. Semoga mereka berdua terus istiqamah dalam jalan perjuangan ini selari dengan peningkatan usia.
Utk kak huda dan kak aisyah, insyaAllah ana akan bertandang kerumah mereka. Bertuah mereka, telah menyempurnakan separuh daripada agama.
Sahabat seperjuangan,
Akh Tg