Sunday, September 27, 2009

Mudahkan Jangan Susahkan


K.huda dan Suami

Apabila musim cuti; kenduri kendara, majlis pertunangan dan risik merisik di sana sini. Dua orang sahabat penulis, pun telah berjaya diijab qabulkan.,walaupun penulis tak dapat bersama mereka di hari bahagia, namun, iringan doa sentiasa mengiringi. Alhamdullilah, Mereka telah diberi kesempatan untuk mendirikan masjid di usia yang agak muda penulis kira. Semoga berkekalan ke anak cucu.

“Macamana ni kak chik, sekarang kerani pun dah 8400 lebih, kita macamana?”. Keluh sepupu, yang merupakan seorang safety engineer beberapa hari selepas majlis pertunangan atau penetapan belanja anak kepada saudara kami yang terdekat. penulis tersenyum. “Erm kalau tak dak duit tak kahwin lah kita”. Seloroh penulis.Sebagai perempuan, sudah tentu kuasa minority di tangan mereka. Nak tak nak terpaksa ikut famili. Selepas beberapa hari majlis pertunangan saudara sendiri, penulis sedikit terkilan dengan masyarakat kampong. Majoritinya terlalu mengikut adat. Kalau kerani dah 8 ribu bagaimana pula orang yang mempunyai ijazah sudah tentu hampir 10,000. kalau setakat 5 or 6 ribu celah gigi pun tak lepas. Bela lembu sekandang lebih senang drpd anak perempuan sorang. .itulah perumpamaan yang diberikan...Allah..pandangan dangkal manusia yang terlalu mengikut adat resam, bukannya Islam yang jadi ikutan. Sedangkan di dalam Islam yang wajibnya hanyalah mahar. Bukannya wang hantaran, beribu-ribuaan itu. Mari sama2 kita teliti tentang mahar perkahwinan.


1. Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang. Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

 
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “


2. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )




Sabda Nabi Muhammad S.A.W:-

خير النكاح أيسره


“Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah” [Hadith Riwayat Ibn Hibban]


Sabda Nabi di dalam hadith yang lain :-


خير الصداق أيسره


“Sebaik-baik Mahar adalah yang paling mudah (mengikut kemampuan)” [Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi].


Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/Mahar.pdf


Jadi, sebagai ibu-bapa, abang atau wali kepada sesiapa sahaja, kita perlu hadam tentang perkara ini. Mudahkanlah urusan perkahwinan. Jangan susahkan. Bagi perempuan yang terikat dengan keluarga, banyakkanlah berbincang dengan mereka supaya mereka faham dan jelas akan perkara ini. Dan banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati keluarga kalian. Apapun semoga segalanya dipermudahkan untuk mendirikan sebuah mahligai impian. Janganlah terlalu mahal wang hantarannya hinggakan melambatkan proses perkahwinan. Lantaran timbullah pelbagai perkara yang tak enak untuk didengar.


Terutamanya di negeri Kedah yang rata2 dah tahu, anak dara di negeri ini (negeri penulis ni) memang agak tinggi hantarannya, hinggakan ada yang takut untuk meminang orang kedah.huh. Tak perlulah sampai nak berpuluh ribu, cukuplah dengan kemampuan masing-masing. Apa nak dikira: pangkat, ijazah , mahupun master yang dimiliki. Bahkan itu semua hanya duniawi semata. Erm kalau sekarang dah 8000 cuba bayangkan 2 atau 3 tahun lagi..?? Cubalah kita merubah paradigma pemikiran kita yang kian hilang jati diri Islam ini. Singkapilah pasir-pasir sirah umat terdahulu. Ingat, Mudahkan, jangan susahkan. Semoga semua berada di dalam redha Allah hendaknya. Harapnya tulisan yang tak seberapa ini, memberi manfaat kepada insan yang membacanya. Wallahu’alam. Sampai berjumpa lagi.

p/s : gambar k.aisyah akan menyusul

No comments:

Post a Comment

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)