Saban hari berita demi berita tentang kematian ku terima. Beruntungnya mereka yang 'dijemput' dalam bulan penuh Barakah ini. ntah bila pula giliranku. Apabila terbaca blog sahabatku tadi, betul2 terkesima. bagiku dia Seorang yang hebat dalam penulisan, walaupun seringkali mengaku dirinya 'speechles'. Hakikat kematian, tak kira usia mahupun pangkat. Apapun kita perlu 'sediakan payung sebelum hujan'. Betul aku selalu terbayang seandainya kematian menjemputku apalah sangat amal yang bleh ku bawa, doa daripada siapa yang perlu ku tagih, apa yang telahku buat untuk Islam?, Allah.. Sungguh kejadian semalam membuatkan aku betul2 takut, bimbang dan resah. Seusai berbuka, aku terus solat maghrib. Di rakaat pertama bekalan elektrik terputus. Gelap gelita, tanpa sedikit pun cahaya. Aku yang terlalu FOBIA dengan kegelapan tersentak seketika. waktu inilah pengharapanku hanya pada Allah..Takut, betul2 takut. Cuba bayangkan kalu di dalam kubur nanti beginilah keadaannya, macammana keadaan kita.. Amal yang sedikit, hati yang penuh dosa dan noda apalah sangat bekalan yang boleh dibawa. ketika inilah, pengharapan pada Allah menjadi setinggi awan di angkasa. Entah bagaimana keadaan manusia tanpa "cahaya". Alhamdulillah aku diberi kekuatan dan mampu menghabiskan solatku dalam kegelapan itu. Seusai berdoa aku merasai "sesuatu" yang tak mungkin dapatku gambarkan mahupun coretkan disini,. Allahu Akbar. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, sempat menonton Muqaddimah di TV9. Bicaranya tentang Roh dan kematian.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
1001 hikmah
Kini tibanya 'masa kecederaan' buat semua dalam perlawanan melawan hawa nafsu ini. Anggaplah seperti dalam perlawanan bola sepak, separuh masa pertama dan kedua sudah berlalu, sekarang hanya tinggal "masa kecederaan' buat semua 'pemain'. Gunalah masa ini sebaiknya, supaya kita tidak menyesal di penghujung "perlawanan". Carilah Ampunan Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada api neraka, seksa kubur, fitnah Dajjal, juga fitnah dunia dan akhirat. Iman Al-Ghazali pernah mencoretkan seandainya puasa jatuh pada hari Sabtu, maka LQ akan jatuh pada malam yang ke-23. Ini pendapat beliau setelah melakukan kajian demi kajian. Pun begitu, kita carilah LQ ni setiap malam, bermulanya malam ini.. Ada hikmah Allah rahsiakan malam LQ ni.
Sebagai motivasi kepada kita yang masih hidup dan dapat beramal, marilah kita bergerak bagaikan 'turbo' untuk merebut bonus yang disediakan oleh Allah pada malam-malam 10 terakhir ramadhan seperti firman Allah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)”
Al-QadrKiranya ini Ramadhan yang terakhir buatku redhailah aku Ya Allah, Ampunilah segala dosaku, Temukanlah aku dengan LQ MU.
Ya Allah, seandainya Engkau mentaqdirkan aku mati, matikankan aku dalam perjuangan agamaMu. aku tak peduli saat aku terbunuh sebagai Muslim, kerana disudut manapun kematian tetap dalam Jangkauan Mu.
Ya Allah Engkau berikanlah aku dan seluruh pejuang Islam kekuatan untuk melangkah dan terus melangkah. Syahidkan kami dalam Perjuangan AgamaMu.
No comments:
Post a Comment