Alhamdulillah, hari ni dah masuk 17 Ramadhan. Dua peristiwa penting dalam lipatan sejarah Islam pernah dilakarkan pada tarikh ini: iaitu Perang badar Al-Kubra dan Nuzul Al-Qur'an..sayu hati rasanya. hanya 13 hari lagi berbakinya Ramadhan. Semoga aku mampu untuk terus mengisi hari2 yang berbaki ini dengan penuh kesempurnaan kerana sesungguhnya aku mahu mendapat 'trofi' di pengakhiran nanti. Saban hari, ditempat kerja, aku didendangkan dengan lagu2 yang mampu meruntun jiwa kerana terlalu asyik dek liriknya yang terlalu agungkan cinta manusia. Namun hati ini sentiasa berbisik dan mengingatkan; jaga dirimu, jaga tarbiyahmu, penuhi 'aku' dengan zikir. Alhamdulillah, aku masih lagi mampu bertahan, kerana aku tak mahu 'tewas' lantaran 'larian'ku hampir sampai ke garisan penamat; sekarang adalah masa yang penting untuk aku melakukan pecutan kerna masa inilah dapat menentukan layakkah aku dianugerahkan sebuah 'trofi' atau hanya kepenatan, apabila tamatnya larianku nanti. Aku sudah berada di gelanggang, mesti teruskan walaupun 'penat' dan 'letih' semakin membaluti diri. Mungkin aku tak mampu lagi untuk sampai ke gelanggang ini tahun hadapan. Siapa tahu, barangkali ini 'gelanggang' yang terakhir. Lantas, aku tak boleh leka dan alpa. Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan...
Mereka..semakin kusyuk dengan ibadat mereka..
Mereka semakin asyik di buai malam bersamaMu
Mereka semakin ikhlas dalam mendamba CintaMu
Semoga aku mampu menjadi seperti mereka, Ya Rahman...
No comments:
Post a Comment