Tuesday, November 3, 2009

Sekolah oh sekolah


Hari ini, genap 7 hari aku mengajar di SMJKC Chung Hwa Confusion. Walaupun agak kekok dengan suasana yang 'totally different' dengan SMK namun, inilah pengalaman yang tak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Hanya 7 orang guru tetap berbangsa Melayu termasuk 5 orang guru baru, pada mulanya masalah komunikasi jugalah, kerana majoriti cikgu Berbangsa Cina. Pelajarnya pun 99% berbangsa Cina. Namun, lama-kelamaan aku sudah mula membiasakan diri. Cikgu2 di sini 'very friendly', tak pernah rasa terpinggir. Cumanya nak masuk dengan pelajar sedikit susah, kerana tak ramai yang fasih B.Melayu.

InsyaAllah aku sendiri akan mengikuti kursus Bahasa Mandarin bermula disember ini, mungkin ini salah satu methode untuk merapatkan lagi aku dengan pelajar. Rasulullah sendiri menggalakkan kita belajar bahasa bangsa lain untuk memudahkan proses dakwah.. Dalam situasi sekarang, amat penting untuk aku belajar B.Mandarin. Sekarang minggu peperiksaan, jadi tak banyak kerja yang boleh dibuat,.hanya bantu guru apa yang patut..dan Orientasi untuk guru baru juga sedang dijalankan. tak lah sepenat orentasi zaman Universiti dahulu. Alhamdulillah... Setiap hari aku terpaksa menunggang moto selama 30 minit daripada rumah kakak untuk sampai ke sekolah. Walaupun sudah 7 tahun memiliki lesen moto, namun keadaan jalan yang begitu sesak, kadang2 menakutkan diri. Namun terpaksa juga melaluinya,.

Cabaran yang berbeza.
Setiap orang  pasti mengalami cabaran dan tarbiyah yang berbeza. Sahabat2 daripada sabah terpaksa hidup dengan serba kekurangan, dengan air dan elektrik yang sedikit susah dan ada juga yang mengajar di sekolah yang berada di kawasan pedalaman, Bagi yang mengajar di bandar pulak, terpaksa berhadapan dengan pelajar yang sedikit nakal. Namun, hasil beberapa tahun tarbiyah yang dilalui. InsyaAllah aku yakin, semua dapat melalui setiap cabaran dengan rasa tenang hati. Bandar atau pedalaman, cabarannya tetap ada, cuma cara yang berbeza. Semoga semua akan kuat dan boleh menjadi muallim/ah yang berjaya. Salam perjuangan.

2 comments:

  1. Salam. Wah... ada keadaan yang memaksa untuk belajar bahasa mandarin. Lepas ni mesti enti fasih berbahasa mandarin, insya allah. Ana jelous sebab enti lebih awal belajar bahasa mandarin dari ana. Ana pun dah lama nak belajar bahasa Cina cuma belum ada keperluan yang mendesak. Buku dan bahan ada tapi tak pernah nak buka dan baca. Jadi enti beruntung.

    Apapun ana ucapkan selamat berjuang di sekolah berkenaan. Ana yakin, tarbiah yang enti peroleh di UPSI akan banyak membantu. Mudah-mudahan diberi kekuatan oleh Allah.

    Salam ukhuwah fillah...

    ReplyDelete
  2. Jazakallah cikgu.. Semoga cikgu pun diberi kesempatan untuk belajar B.Mandarin. salam perjuangan..salam ukhwah fillah..

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)