Monday, May 24, 2010

Nak Cantik??

MUSYARAKAH
YAKIN DIRI MEMPUNYAI KECANTIKAN TERSENDIRI

MURAKABAH
TERIMA DENGAN INSAF DAN SYUKUR KEADAAN DIRI SENDIRI

MUHASABAH
SENTIASA LIHAT KEKURANGAN DIRI DAN MEMPERBETUKANNYA

MUAKOBAH
SENTIASA DIDIK DIRI JADI WANITA SEMPURNA

MUQARRABAH
SENTIASA DEKATKAN DIRI PADA ALLAH

MUJAHADAH
BERUSAHA LAWAN NAFSU JAHAT

MUARABAH
CUBA HAKIS KEJAHATAN DALAM DIRI

Wednesday, May 19, 2010

Jom Meriahkan KAU 2010


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

21 & 22 MEI 2010

KOMPLEKS KEBUDAYAAN SHAH ALAM, SELANGOR

Wednesday, May 12, 2010

Oh Badminton..

Malaysia melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir sukan Badminton bagi merebut Piala Thomas. Sungguh, hati ini terasa juga kegembiraannya. Sukan inilah menjadi kegilaan sejak zaman remaja lagi. Pernah mewakili sekolah dalam acara perseorangan dan beregu membuatkan diri ini lebih memahami peraturan dan selok belok sukan ini. Pernah juga terfikir, jika ada perlawanan tertutup yang dianjurkan oleh Nisa' Club atau mana-mana NGO teringin sahaja mengambil bahagian. Bukan ingin menunjukkan kehebatan, tetapi ingin buktikan muslimat bukan sahaja mampu bersukan, malah mampu berada di arena antarabangsa barangkali jika pengaturan Islam diterapkan sepenuhnya. Malangnya bakat terendam yang dimilki oleh wanita solehah terpaksa dipendamkan, gara-gara sekularisme yang melanda 1 Malaysia. Semoga suatu hari nanti akan ada satu sistem bagi mengubah dan menggantikan apa yang ada sekarang. Harapnya Malaysia akan berjaya menewaskan Cina di peringkat separuh akhir yang merupakan juara bertahan 2 tahun berturut-turut. Menang bukan hanya dengan semangat 1 Malaysia tetapi yang lebih penting 1 akidah, 1 pegangan dan 1 Tuhan. Harapnya pemain yang beagama Islam sedar akan perkara ini..

Monday, May 3, 2010

Marah seorang guru

Cukup 5 bulan penulis berada di institusi pendidikan. Pelbagai pahit manis yang terpaksa ditelan. Suka dan duka yang telah dimamah. Kadangkala teringat juga alam persekolahan dahulu. Zaman kenakalan di zaman remaja.  Zaman telah berubah. paradigma pemikiran manusia juga berubah. Dahulu guru disanjung tinggi bukan kepalang lagi. Kini, berselisihan pun, guru yang terpaksa memberi jalan. Iskh..iskh..Kalau dahulu, sentiasa berada dikelas hadapan tidak pernah mengerti kebisingan, kedegilan dan kenakalan pelajar kelas belakang. Dahulu salah sedikit, dirotan, balik rumah ditambah lagi. Kini pula, silap kata buruk padahnya. Mahkamah jadi tempat pengadilannya.

Sekarang, method guru melepaskan geram pun sedikit berbeza. Kalau dah tidak tertahan menanggung kemarahan, meja, kerusi, papan hitam dan  bukulah menjadi sasaran. Ingin dicubit, dipiat telinga, dipukul apatah lagi, mana lagi nak berani. 'Mengajar sahaja tapi jangan sentuh anak mereka'. Agaknya inilah gaya pemikiran massa ketika ini. Mungkin sebab ini jugalah para pelajar makin naik lemak, makin menjadi-jadi. Buat apa yang kita suka, jangan risau ada ayah, ibu akan jadi PEGUAMBELA. Akibat pembelaan yang tidak bertauliah inilah kita tidak fikirkan natijahnya. Kita tidak risaukan generasi remaja yang semakin parah sakitnya, antibodi mereka semakin lemah, vaksin yang ada belum cukup untuk mengatasi virus yang semakin menular.

Sayangilah anak anda, tetapi jangan 'sayang-sayang buah kepayang, lama-lama nyawa mereka mungkin melayang'. Didiklah mereka dengan didikan Islam, moga mereka mengenal Tuhan; pandai memilih kawan; bijak mengatur kehidupan. Bagi para pendidik di luar sana, didiklah anak bangsa dengan penuh kesabaran, walaupun pelbagai kerenah yang terpaksa ditelan, Ingatlah besarnya GANJARAN. Jangan asyik fikirkan gaji yang LUMAYAN, lalu lahirlah ramai 'siswazah' JALANAN. Kuatkan semangat, bulatkan tekad,.. Ayuh.. kitalah DOKTOR bagi para remaja kini. Kreatiflah dalam mencari vaksin dan imunisasi.

Sunday, May 2, 2010

Dedikasi Khas

Bulan Mei; Kata orang bulan kasih sayang.
Bulan inilah sambutan hari yang penting
seperti Hari Buruh- 1 Mei,Hari Ibu -9 Mei, Hari Guru -16 Mei.
Bulan ini juga 4 orang sahabatku menyambut hari kelahiran mereka.
1 Mei - Syuhadah (24)
2 Mei - Nor Aida (24)
4 Mei - Gee (23)
6 Mei - Ira (24)
Semoga hari-hari kalian dipenuhi barakah dan dibawah lembayung rahmat Ilahi senantiasa.
Semoga ikatan ukhwah kita semua berkekalan.
Sayang antuna.

Thursday, April 22, 2010

Epilog masa

Masa terus berlalu,
berarak ceria, namun sesekali hujan di kala senja,
aku terus melangkah dalam masa yang makin singkat cuma,
aku terus berjalan agar tak tersungkur di perjalanan,
aku terus berlari agar perjuangan tidak terhenti,

Namun,
tatkala ingin melangkah gagah,
ada dugaan datang menyinggah,
aku cuba untuk menyanggah,
tetapi kadangkala hampir rebah..

Mencari sinar di tengah gelombang,
Bagaikan berenang di lautan yang hitam.
Bagi penyambung perjuangan Junjungan,
Aku perlu kuat menghadapi rintangan.

Aku tidak boleh kalah mahupun rebah
Perlu kuat kerana aku pernah ditarbiyah,
Cekalkan hati agar iman tidak goyah,
Inilah perjalanan hidup jundullah.

Kenangan lalu sumber kekuatan,
kenangan kini sumber inspirasi,
Biarkan ia menjadi satu,
Agar diriku terus melaju.

Segalanya aku serahkan padaMu Ya Tuhan
semoga tidak tersungkur di pertengahann perjuangan...

Tuesday, April 20, 2010

Pencarian yang hilang

Hari ini genap sebulan blog ini dibiarkan sunyi tanpa khabar. Idea yang ada hanya disimpan di kelongsong fikiran. Tidak pernah ku biarkan jari jemari ini menari bersama idea tersebut. Bukan kesibukan dengan pelbagai urusan yang menjadi alasan. Tapi dek kerana diri ini merasa 'kehilangan', idea yang ada juga terbang bagai ditiup angin di waktu petang. Kadang kala melihat blog-blog sahabat rancak meyampaikan berita, aku hanya mampu menjadi pembaca. 2, 3 kali cuba untuk menulis, tak pernah habis semuanya separuh jalan. Entah kali ini berjaya habis atau tidak.

       4 bulan berada di sebuah instistusi yang penuh mencabar dan menuntut pelbagai pengorbanan, membuatkan diri ini semakin takut untuk berhadapan dgn ujian. Ramai kawan-kawan rebah di pertengahan. Ada yang sudah mula bertukar pandangan. Cuba mengintai peluang pekerjaan lain. Pegawai Takbir Diplomatik, mencuba nasib dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awan dan pelbagai lagi gara-gara ingin lari daripada institusi pendidikan. Mungkin tak tertahan dengan bebanan kerja yang bertimbunan. Jika tak pandai mengurus masa deritalah penghujungnya. Semua perkara ada tarikh akhirnya, terlambat sikit telingalah mangsanya. Mendengar bebelan dari pihak atasan. Bagi diriku juga begitu. Mungkin 2,3 tahun saja dalam bidang ini. Sungguh, bukan mudah untuk membentuk manusia ini. Bukan putus asa, Cuma kecenderungan mungkin lebih ke arah lain. Apa ya?? Argh.. aku pun belum tahu, masih dalam pencarian,. yang aku tahu aku tidak mampu menjadi seorang guru/muallimah/lausure/ustazah atau apa-apa juga gelaran.  Tak tahulah jika paradigma fikiran ini akan berubah selepas ini. Biasalah, pengalaman itu membuatkan kita lebih matang untuk berfikir dan bertindak.

         Erm..aku cuba untuk mencari titik pemula kepada rasa kehilanganku, aku cuba untuk bangun kembali, aku cuba untuk mencari diriku yang dulu. Aku cuba dan akan terus mencuba. Semoga ku berjaya dalam   mengayuh samudera yang semakin dalam. Aku tak mahu kecundang dan lemas dalam kegelapan. Semoga perjuangan tidak terhenti disini, pengorbanan tidak pernah hilang, persahabatan dan kasih sayang tidak luput ditelan masa dan kesibukan. Sungguh perkongsian rasa dengan ‘kembar’ku baru-baru ini membuatkan diri ini mampu berdiri kembali walaupun tidak setegak dulu. Walau dipisahkan dengan dua lautan, tapi sms tetap menjadi penghubung jiwa pengikat hati dan pengukuh rabithat hati. Kuatkan aku Ya Allah…Aku akan terus mencari…..

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)