Monday, May 3, 2010

Marah seorang guru

Cukup 5 bulan penulis berada di institusi pendidikan. Pelbagai pahit manis yang terpaksa ditelan. Suka dan duka yang telah dimamah. Kadangkala teringat juga alam persekolahan dahulu. Zaman kenakalan di zaman remaja.  Zaman telah berubah. paradigma pemikiran manusia juga berubah. Dahulu guru disanjung tinggi bukan kepalang lagi. Kini, berselisihan pun, guru yang terpaksa memberi jalan. Iskh..iskh..Kalau dahulu, sentiasa berada dikelas hadapan tidak pernah mengerti kebisingan, kedegilan dan kenakalan pelajar kelas belakang. Dahulu salah sedikit, dirotan, balik rumah ditambah lagi. Kini pula, silap kata buruk padahnya. Mahkamah jadi tempat pengadilannya.

Sekarang, method guru melepaskan geram pun sedikit berbeza. Kalau dah tidak tertahan menanggung kemarahan, meja, kerusi, papan hitam dan  bukulah menjadi sasaran. Ingin dicubit, dipiat telinga, dipukul apatah lagi, mana lagi nak berani. 'Mengajar sahaja tapi jangan sentuh anak mereka'. Agaknya inilah gaya pemikiran massa ketika ini. Mungkin sebab ini jugalah para pelajar makin naik lemak, makin menjadi-jadi. Buat apa yang kita suka, jangan risau ada ayah, ibu akan jadi PEGUAMBELA. Akibat pembelaan yang tidak bertauliah inilah kita tidak fikirkan natijahnya. Kita tidak risaukan generasi remaja yang semakin parah sakitnya, antibodi mereka semakin lemah, vaksin yang ada belum cukup untuk mengatasi virus yang semakin menular.

Sayangilah anak anda, tetapi jangan 'sayang-sayang buah kepayang, lama-lama nyawa mereka mungkin melayang'. Didiklah mereka dengan didikan Islam, moga mereka mengenal Tuhan; pandai memilih kawan; bijak mengatur kehidupan. Bagi para pendidik di luar sana, didiklah anak bangsa dengan penuh kesabaran, walaupun pelbagai kerenah yang terpaksa ditelan, Ingatlah besarnya GANJARAN. Jangan asyik fikirkan gaji yang LUMAYAN, lalu lahirlah ramai 'siswazah' JALANAN. Kuatkan semangat, bulatkan tekad,.. Ayuh.. kitalah DOKTOR bagi para remaja kini. Kreatiflah dalam mencari vaksin dan imunisasi.

1 comment:

  1. bi taufiq wa najah dalam menjadi mualimah walaupun cabaran dan ujian besar menanti..;)penat lelahmu dalam mendidik anak-anak didik dalam menjadikan mereka berakhlak mulia dan berilmu tinggi akan menjadi saham akhirat SANA nanti..all the best!

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)