Monday, August 9, 2010

Yang Dirindui..


Ya Allah..Ya Rabbi.., 
Berkatilah kami di dalam Ramadhan-Mu,
Terimalah segala amal kami,
Permudahkanlah segala urusan kami,
Bajailah hati kami dengan Keimanan,
Suburkanlah hati kami dengan kesabaran,
Hidupkanlah malam kami dengan munajat,
Hindarkanlah kami dari segala dosa & maksiat.
Amin Ya Allah....

Salam Ramdhan....Buat semua sahabat sahabiah..walau dimana kalian berada..yang dirindui telah tiba..sambutlah ia dengan jiwa dan hati yang ria,..Selamat Beramal!!

Sunday, August 1, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Cinta Abadi: Buat Sahabat2ku

Cinta yangg hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

 ********************
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
******************************
Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti! kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yg murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan kepribadian yg baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun 'body languange' sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.
##############################
Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi diakhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Alah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.

  ++++++++++++++++++++++++++++
Cinta yang seni.

Milik Pencipta yang dihadiahkan buat hamba-hambanya. Suci. Bersih. Kerja menyatukan itu urusanNya. Percaya pada ketentuan Ilahi, percaya pada ketetapanNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya, baik buruk sebab dan akibat. Cukuplah dengan keyakinan sepenuhnya pada Dia. Redha, bertawakal, berserah.


Cinta itu benar-benar menguji.
Cinta sebagai ujian; menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada Maha Kuasanya Allah yang mengatur segalanya, termasuk C-I-N-T-A! Percaya bahawa S-A-B-A-R itu menjanjikan suatu yang lebih indah. Kita dambakan keindahan abadi daripada yang sementara. Hakikatnya yang sementara itu walau indah di mata namun langsung tidak bermakna! Mohon pertolongan dengan S-A-B-A-R dan S-O-L-A-T; tidaklah mudah melainkan hanya orang-orang yang khusyuk.


C-I-N-T-A- itu masa depan.
Cinta yang dimulakan dengan cara yang baik, pasti akan berakhir dengan jalan yang baik. Cara yang dibentuk dengan acuan syariat, pasti hasilnya cantik dan indah. Cinta yang datangnya dari benih yang baik, pastinya akan melahirkan sesuatu yang baik. Cinta yang baik menyemai sifat-sifat kebaikan dalam jiwa keturunan.


Jalan yang SUSAH itu jarang ditempuh. Namun, siapa yang berani menempuhnya pasti akan berjaya. Yang SUSAH akan menjadi SENANG. Yang SUKAR di MUDAHkan. Wujudkah jalan yang SUSAH namun tiada RANJAU BERDURI? Cinta yang indah itu sukar diperoleh, sekali dapat cerah dunia. Cinta yang indah itu, dugaannya mencabar. Perlu keberanian, kekuatan, kesabaran..

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah:45-46)

Usah membunuh C-I-N-T-A, kerana C-I-N-T-A- suatu anugerah.
Tanamlah C-I-N-T-A sebagai fitrah, jangan biar jadi F-I-T-N-A-H.
Bukan mudah menjahit cinta tulus, bukan mudah, sangat bukan mudah!
Sabarlah wahai hati, kerana yang sukar itulah akan paling dihargai!


“Ya Allah, kurniakanlah untuk kami cintaiMu, cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yang dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…


Ya Allah, segala pemberianMu yg kami sayangi, jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu, dan segala apa Engkau pisahkan dari kami, sedangkan ianya amat kami sayangi, maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…


Ya Allah, berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu, melebihi cinta kami kepada keluarga, harta benda dan meskipun air yang dingin ketika dahaga…


Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu, para MalaikatMu, nabi-nabiMu, para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…


Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…


Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…


Ya Tuhan kami, jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”
################################

Monday, July 19, 2010

travelog haji

Hatga : RM18.00
Terbitan : PTS Publications

Sebuah buku yang benar-benar menggoncang hati, menyentuh sanubari dan mengkoreksi diri agar menjadi muslim sejati. Sekaligus mengubah paradigma pemikiran mengenai Haji dan Dakwah. Buku ini wajar dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat..Walau siapa pun kita, berapa banyak sekalipun dosa yang dilakukan janganlah berputus asa mengharap ampunan Ilahi. Sesunguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Selamat membaca!!

Sunday, July 18, 2010

Barokallahulakuma

semoga berbahagia..(",)

Tuesday, June 1, 2010

Warna Warni Karnival


Pertandingan mewarna

Jamuan rakyat

sukaneka

Booth Nisa' Club

Nisa' Bayan Baru

Halalan Toyyiba Mart

 
Sekretariat yang berkerja keras untuk menjayakan program ini.
(Bergambar selepas karnival tamat)

Semoga perancangan untuk menubuhkan perkampungan Islam, dipermudahkan segala urusan. Sambutan yang baik tentang karnival ini merupakan titik tolak untuk kita sama-sama membangunkan ekonomi Islam. Hancurkan puak Yahudi laknatullah dengan memboikot barangan mereka. . Apabila disoal di akhirat nanti apa yang telah kita lakukan untuk ini, sekurangnya ada amalan yang boleh dijadikan saham. Walaupun sedikit, lama-lama akan jadi bukit. BANGUNLAH, SEDARLAH dan INSAFLAH wahai UMAT MUHAMMAD S.A.W Sekalian..!!Ayuh!! Mulakan dari sekarang!!

Thursday, May 27, 2010

KARNIVAL HALALAN TOYYIBA 2010

Dirasmikan Oleh: YB TN HJ ABDUL MALIK B ABUL KASSIM
TARIKH : 28-30 MEI 2010 (JUMAAT-AHAD)
MASA : 9.00PG-12.00MLM
TEMPAT : MASJID BANDAR BARU AIR ITAM, FARLIM, PENANG.

TENTATIF PROGRAM:
HARI PERTAMA-28 MEI 2010 (JUMAAT)

9.00 pagi-12.00 malam : Pameran dan Jualan Barang-barangan
10.30 pagi : Program bermula-Kuiz
12.30 tgh hr : Tazkirah Jumaat
1.18 tgh hr : Solat Jumaat
2.00 ptg : Perasmian oleh YB Tuan Hj Abd Malik B. Abul Kassim
2.30 ptg : Pertandingan Hafazan, Azan dan Bacaan Al-Quran
5.45 ptg : Bacaan Yasin dan Tahlil
6.30 ptg : Persembahan Qasidah dan Burdah
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Tayangan Televideo Gempaq
9.30 mlm : Solat Isya (tazkirah ringkas)
12.00 Tgh mlm : Bersurai

HARI KEDUA-SABTU( 29 MEI 2010)
9.00 pg-12.00 mlm : Pameran dan jualan barang-barangan

9.00 pg : Pertandingan mewarna dan sukaneka
2.30 ptg : Pengajian kilat
5.00 ptg : Sukaneka
7.30 mlm : Solat Maghrib dan selawat beramai-ramai
8.30 mlm : Solat Isya'
9.30 mlm : Forum Perdana Hal Ehwal Islam

HARI KETIGA-AHAD (30 MEI 2010)
9.00pg-12.00 mlm : Pameran dan jualan barang-barangan

11.00 tgh hr : Penerengan tentang Produk ANNUSYRAH
12.00 tgh hr : Jamuan Kenduri Rakyat
1.30 tgh hr : Solat Zohor
2.00 ptg : Penerangan tentang e-Jenazah
4.40 ptg : Solat Asar
5.15 ptg : Penerangan Syarikat AUTO TOUCH
- Panduan dan tips penjagaan tayar
- Pemanduan yang selamat
- Tip mengesan masalah sistem penyejukan enjin
- Prosedur selepas kemalangan
7.30 mlm : Solat Maghrib dan selawat beramai-ramai
8.00 mlm : Persembahan nasyid
8.30 mlm : Solat Isya'
9.00 mlm : Penerangan ESQ

Nota; JOM PAKAT PI BERAMAI-RAMAI. MENCARI YANG HALAL ITU, FARDU BAGI UMAT ISLAM. MACAM-MACAM ADA!!!!

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)