'Mak saya cakap, kalau nak tengok rupa isteri kita bila dah tua, tengok mak dia, bila saya tgk mak awak tadi, senaaaang hati saya' - petikan daripada Iklan silky white..
Mengamati petikan ayat tersebut, sudah pasti kecantikan yang menjadi keutamaan. Disini penulis sertakan panduan memilih pasangan hidup. Semoga salah faham di kalangan masyarakat kita mampu dirungkai dan mereka boleh berfikir dengan paradigma baru, yakni, berlandaskan Iman dan Islam.
Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
“perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan."
Adapun panduan lain yang telah disepakati dalam memilih bakal isteri demi keberkekalan dan kebahagian rumah tangga iaitu, memilih kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana kebaikannya, kerana mas kahwinnya yang murah, kerana dapat memberi keturunan, kerana kecantikannya, dan kerana keturunan; dan yang bukan dari kerabat yang dekat.
Pemilihan berdasarkan agama itu merupakan yang paling ditekankan dan paling penting dalam pemilihan bakal isteri bagi mendapatkan keluarga yang bahagia lagi berkekalan. Sesungguhnya perempuan yang beragama itu ialah perempuan yang solehah, dan wanita solehah itu merupakan hiasan duniawi yang paling tinggi nilainya.
Kecantikan juga merupakan faktor yang penting dalam pemilihan bakal isteri, namun tidak sepenting agamanya. Fitrah manusia, menyukai yang cantik. Kecantikan penting dan ia merupakan antara sebab lahirnya rasa kasih dan sayang terhadap sesuatu. Dalam Islam, dianjurkan bagi lelaki yang ingin menikahi bakal isterinya untuk melihatnya terlebih dahulu dengan batas-batas yang yang ditetapkan sahaja.
Pemilihan berdasarkan mas kahwin juga diambil kira dalam pemilihan bakal isteri. Sesungguhnya mas kahwin yang mahal itu tidak digalakkan. Dalam satu hadits ada dinyatakan bahawa antara keberkahan seorang perempuan itu adalah segera dinikahkannya (bagi seorang yang berkuasa. Contoh:bapa, datuk), segera melahirkan dan mas kahwin yang murah. Dan dimakruhkan mas kahwin yang mahal dari pihak wanita. Untuk bacaan lanjut mengenai mas kahwin; Klik di sini
Bagi setiap wali perempuan, haruslah pandai memilih pasangan bagi anak perempuannya. Jangan dinikahi lelaki yang buruk perangainya, yang buruk rupanya, yang lemah agamanya, yang tidak menunaikan haknya dengan baik, atau lelaki yang tidak sepadan dengan perempuan dalam masalah keturunan.
Seseorang telah bertanya kepada Hasan: “beberapa orang telah datang untuk meminang puteriku, jadi, kepada siapakah harus aku nikahkan?” Hasan menjawab: “kepada orang yang lebih bertaqwa kepada Allah. Sebab jika lelaki tersebut mencintai anak perempuan anda, maka dia akan memuliakannya, dan jika lelaki tersebut marah kepada anak perempuan anda, maka dia tidak akan menaganiaya anak perempuan anda”
Ingatlah, jika anda berkahwin kerana kecantikan, ketahuilah bahwa kecantikan itu akan pudar ditelan zaman. Kecantikan yang sebenarnya adalah kecantikan dalaman. Pilihlah betul-betul. Jika kecantikan yang didamba maka cantiklah anda dapat, jika harta yang dikejar, maka hartalah yang dikendong, namun jika agama yang dihambakan, pasti bahagia menyinari taman. Lantaran itu, sikap dan akhlak anda hari ni juga, akan menentukan pasangan anda untuk masa hadapan.
Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum
diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda
diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda
atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak
Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar
syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama
berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah.
Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal
atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan
kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat
bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab
masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta
yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa
tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang
dialirkan sebab-sebab yang
murahan.
Tidak payah bersentuhan tangan,
kerana mereka sudah bersentuhan hati.
Tak payah berbalas kerlingan mata
kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.
Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,
maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya
kepada suami datang dari cintanya kepada Allah.
Petikan daripada :Tentang Cinta :Pahrol Mohammad Juoi.
No comments:
Post a Comment