Sunday, October 4, 2009

Sebatan



1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

7. Sebatan mengikut cara Islam :
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm

b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.


8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

10. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

11. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpretasi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .
 
oleh: Nasrudin Hassan at Tantawi (http://episodeperjuangan.blogspot.com/)


p/s : Berfikirlah sebelum bertindak..Jangan sampai tindakan kita melanggar hukum hakam Islam. Islam itu mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)