Wednesday, October 21, 2009

Kembali Ke sana 2

Alhamdulillah, hari ni apabila ada sahabat 'message' bagitau dah boleh tahu sekolah yang akan mengajar nanti, tanpa membuang masa, penulis terus 'call' JPN Pulau Pinang. Setelah berpuluh kali mencuba akhirnya berjaya juga bercakap dengan operator. Selepas bagi nama dan no i/c penulis disahkan akan mengajar di SMJK(C) Chung Hwa Confusion, Persiaran Tembaga, Geogtown. Penang.. Allah. Satu cabaran yang agak besar penulis kira. Nampaknya mad'u kali ni bukan sahaja berbeza bangsa dan agama, bahkan di kawasan bandar.

Sudah suratan nampaknya..Pengalaman yang penulis dapat dalam praktikal mungkin boleh digunakan. Bezanya dahulu pentadbiran semuanya Berbangsa Melayu, namun kali ini, Berbangsa Cina. setelah melayari internet, dapatlah serba sedikit latar belakang sekolah ini, walaupun hanya secara basisnya sahaja.

Pengalaman mengajar selama 4 Bulan di SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor memberikan 1001 pengertian yang tak dapat dilupakan. Di tugaskan mengajar Tingkatan 4 dalam subjek Matematik. 60 orang pelajar daripada 2 kelas yang berbeza tahap hanya 17 orang  sahaja yang beragama Islam. Selebihnya adalah pelajar Cina dan India. Rupanya sedikit susah untuk mengajar pelajar yang berbangsa lain, terutamanya terpaksa mengajar mata pelajaran yang mereka lebih 'expert' daripada kita. Sebagai guru kena kreatif dan inovatif. Pengajaran tidak boleh statik. Walaupun terpaksa mengajar 'fully in BI (kadang2 hentam je)' bagi kelas 4ST dan 80% dalam Kelas 4SI(1), Alhamdulillah berkat dorongan sahabat2 dan kesabaran, akhirnya penulis berjaya menarik minat mereka terhadap P&P apabila memperbanyakan 'games' dalam pengajaran. Cumanya memakan masa. Pengalaman itu, mungkin boleh diguna untuk P&P yang akan datang.

Majlis perpisahan yang diadakan oleh Kelas 4 Sains Tulen dan 4 Sastera Ikhtisas 1, masih lagi segar dalam ingatan. Nyian lagu 'twinkle-twinklw litle star' terngiang2 di telinga. Terima Kasih Pelajar 4ST dan 4SI(1), dengan pertolongan kalian cikgu dapat keputusan yang sangat cemerlang untuk praktikal.
Semoga kalian berjaya di dalam SPM 2010.

 Semoga Allah mempermudahkan urusanku selepas ini..
Ya Allah kuatkanlah kakiku untuk melangkah dan terus melangkah.

Di sini disertakan beberapa gambar kenangan semasa Praktikal tempoh hari
( Jan-April)


Kenangan : 4SI(1) - kelas ke-3


  Pelajar perempuan 4ST - kelas pertama (bdk2 bijak)


Pelajar Lelaki 4ST - pemalu belaka.


 Kek Perpisahan

2 comments:

  1. Salam Perjuangan,
    InsyaAllah jika ada masa, datang la ziarah adik-adik. Mereka suke kalau abg2 atau kakak2 dtg tgk dieorang.

    Dah banyak JPN yang sudah boleh bagitau sek. tapi JPN negeri9 kate dapat tahu sek 26 hb nt. lambat lg.

    Walauapa pun, moge semua selamat. Sek cina, cabaran juga tu..

    sahabat seperjuangan,
    Tg

    ReplyDelete
  2. takde masalah rus..nti dah da pengalaman berharga 4.0 masa praktikal hari tu..hehe

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)