Monday, August 31, 2009

Apabila Mood Tiada


Manusia, dilahirkan dengan penuh kesempurnaan. Kadang2 rasa kekurangan itu adalah perkara biasa yang sering dialami oleh kebanyakan manusia. Sungguh penulis sendiri mempunyai banyak kekurangan hinggakan kadang2 rasa ‘down’ menyelimuti diri. Kadang2 pula rasa kuat untuk meneruskan perjalanan yang tak tahu bila penghujungnya ini. Inilah hakikat manusia. Kita tak punya kuasa untuk mengaturkan segalanya, hanya mampu berusaha,. lantaran itu, sebulat tekad dan segenggam tawakal diserah pada Yang Esa lagi Maha Kuasa. Rasa nak menulis sesuatu tetapi prisma pemikiran ini, seolah2 dihalang dan disekat oleh satu tembok yang sangat tinggi dan keras. Telahan lagi, mood yang kurang baik hari ni, membuatkan penulis kekontangan idea. Sesekali bila rasa nak bercakap, cakap tak henti2, tapi kalu rasa tak nak bercakap, 10 patah yang ditanya, 1 patah yang dijawab. Dan pula, kalu rasa nak menulis idea datang mencurah2, kadang2 pula tersekat bagai 'traffic jam' di hadapan. Justeru kita harus faham dan sedar bahawa manusia mempunyai pelbagai 'peel'.
Apapun kini dah 11 Ramadhan. Kita dah masuk ke fasa ke-2 Ramadhan. Harapnya amal dapat dipertingkatkan supaya madrasah Ramadhan kali ini tidak sia-sia. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran. Selamat meningkatkan beramal.

Thursday, August 27, 2009

Merdeka oh Merdeka


Merdekakah kita?
hanya kerana kita sebut MERDEKA berkali-kali,

hanya disebabkan penjajah tiada lagi,
hanya kerana Perdana Menteri pilihan sendiri,

Merdekakah kita?,
Bila rakyat masih lagi menderita,
Sedangkan pemimpin bersuka ria,
Mana slogan 1 Malaysia?

Merdekakah kita?
jika menjadi kuli dibumi sendiri.
jika daya juang masih boleh dibeli-beli..

jika niat hanya untuk memburukkan bangsa sendiri..

Merdekakah kita?,
jika anak muda dok melepak sini sana,
perempuan berpakaian ‘menyakitkan’ mata,
mat rempit pula makin menggila,

Merdekakah kita?,
Jika Jenayah berleluasa,
Jika Maksiat bermahajalela,
Jika Sekularism melekat di jiwa,

Merdekakah kita?,
Jika masih ada lagi yang hidup menagih simpati,

kerana dadah masih lagi jual beli,
Ramai pula terlibat dengan korupsi

Merdekakah kita?,
Jika Alim ulama dicela dan dihina,
Sedangkan orang zalim dipuja-puja,
Orang baik disangka jahat
Yang jahat pula makin bergiat..

Merdekakah kita? Merdekakah kita? Tepuk dada tanya minda.


P/s : entry ni di post awal, sebab mulai esok, aku akan bermusafir selama 4 hari, jadi tak sempat nak update. Salam Kemerdekaan dan salam Ramadhan penuh kehambaan.

Wednesday, August 26, 2009

Demi Kasih

Salam Ramadhan Kareem

6 Ramadhan.. Minggu ni cuaca agak mendung. Setiap hari hujan. Sebab ini jugalah aku tiada kerja kerana lori tak dapat berjalan. Sebagai data processor kadang2 kesibukan menghambat diri, hinggakan tiada masa. kadang2 free sampai tak tahu nak buat apa,. Namun sepanjang minggu ni, free je. Bagiku ini adalah kesempatan yang Allah bagi. Tuntas aku gunakan masa ni sebaiknya. Melayari internet, mencari pengisian dengan melayari blog sahabat sahabiah. Juga memberi ruang untuk mengupdate blog sendiri..selepas YM dengan juniorku, jaa, perasaan sedih sedikit melanda..erm..nampaknya peluang aku nak jumpa mereka minggu ni tak kan kesampaian. Tak palah aku redha.

Pun begitu, hajatku untuk melawat aisyah yang terlantar di hospital Teluk Intan semoga dipermudahkan. Rancangnya bertolak esok, sempatlah menjaganya semalam. Bimbang juga, tiket tak beli, main redah je esok. Nak pegi Alor Setar jauh. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu, aku tak rasa kuat untuk membawa ‘mujahidah’ku. Namun aku tekad..Hati ini tak kan puas selagi tak melihat keadaanya sendiri. Hanya mendapat khabar daripada sahabiah sahaja. Belum cukup bagiku. Biarlah, habis duit sikit,.apalah sangat duit tu kalau dibandingkan kemanisan ukhwah yang Allah beri ni. Dah hampir 3 tahun aku mengenalinya. Banyak suka dan duka yang kami lalui bersama. Aisyah tunggu akak yer.

"Tidak sempurna Iman seseorang, sehingga ia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri" - Al-hadith.

Tuesday, August 25, 2009

Hidayah Milik Allah

Dakwah – short and simple six alphabets word, but representing a tremendous and significant outcome.


Firman Allah S.W.T :
Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)

Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.

Dakwah mempunyai pengertian yang sangat besar namun secara mudahnya mengajak manusia ke arah kebaikan dan melarang kemungkaran. Pelbagai method terdapat dalam berdakwah; secara lisan, penulisan, akhlak dan sebagainya. Para cendiakawan ramai yang mengungkapkan kata2 hikmah berkaitan dakwah untuk menunjukkan begitu pentingnya dakwah dalam kehidupan.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah mengungkapkan:

" akan ku sampaikan dakwah ini hingga sampai kepada bayi di dalam rahim seorang Ibu"

Nah!, tentu kata2 ni mampu membuat kita berfikir sejenak tentang diri kita. Apa yang penting sebagai pendakwah zaman era moden, kita jangan terlalu jumud sehingga terlalu bersikap ‘copy’ and ‘paste’. Tiada kekreatifan dalam berdakwah. Kita perlu insaf dan sedar bahawa musuh2 Islam telah bertukar topeng dan mad’u telah bersalin kulit. Kadang2 ‘approach’ kita yang kurang menjadi, membuatkan mad’u melarikan diri seolah2 Islam ini menyusah dan menakutkan.
Jika para pembuat filem boleh menganalisis hati para penonton dan peminatnya bagi menghasilkan filem yang bersesuaian dengan citarasa penonton supaya mendapat pendapatan yang lumayan. MENGAPA TIDAK KITA?. Takkan kita sebagai para dai’e masih lagi dibelenggu method yang lama. Sudah tiba masanya untuk kita berubah. Be creative and innovative. Walaupun tiada ganjaran lumayan di dunia, yakinlah di akhirat itu Pasti.

Tidak pernah mendapat pentarbiyyah sekolah agama atau latar belakang keluarga yang bukan islamik bukan sebab untuk kalian mahupun diri ini daripada tidak faqih tentang ilmu agama..dan usahlah sekali-sekali perkara ini menjadikan kita bersifat rendah diri untuk bersuara, menyampaikan atau membidas pendapat orang lain sekiranya perlu. Kejayaan sebuah dakwah bukan kerana petahnya orang yang menyampaikan tetapi adalah dengan hati yang ikhlas dalam penyampaian. Sampaikan dari hati, InsyaAllah akan jatuh ke hati, maka cahaya Allah akan menerangi untuk melalui jalan yang hakiki.


Ini bukan retorik, apalagi omong kosong, tanamlah 'benih' pada hari ini, kerna kalian akan nampak hasilnya suatu hari nanti. Tumbuh atau tidak biar masa yang menentukan. Kerana 'benih' yang aku tanam beberapa tahun lepas di dalam rumahku makin menampakkan hasil. Dengan ‘baja’ dan ‘serum’ yang ku suntikkan kepada benih2 itu, ada yang sudah mula menumbuhkan pucuk, ada juga yang sudah berbatang, malah ada yang sudah berbunga tunggu masa sahaja untuk 'berbuah'. Namun tak dinafikan terdapat juga benih yang tidak menampakkan hasil..Bersabarkan..Hidayah itu milik Allah, kita hanya berusaha..Apapun jangan sesekali berputus asa.
Berkata seorang ulama tasawuf dalam meraih cinta Allah,
"Keimanan seseorang bukannya boleh diukur dengan ibadah luaran tetapi lihatlah bagaimana ubudiyahnya dalam menghadapi ujian Allah SWT

Sabda Rasulullah S.A.W
Ballighuanni walau ayyah
"sampaikanlah daripada Ku walaupun sepotong ayat".
Dalam berdakwah kadang2 tak perlu pun bercoleteh panjang, memadai dengan menyebut perkataan; "jangan", dengan sebaris penulisan, dan cukup dengan akhlak yang kita tunjukkan. pasti mampu membuatkan orang sekeliling kagum dan terikut-ikutan.. Janji keihklasan hati jadi pegangan.

Apapun Sematkan : 'aslif nafsak wad'u ghairak ( Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)

Selamat berdakwah.

Monday, August 24, 2009

Jom Khatam Al-Qu'ran


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni marilah sama2 kita bertadarus dan tadabbur Al-Quran. Jika Ramadhan sebelum ni, kita tak sempat Khatam pun, kali ni biarlah sempat walaupun satu kali. Kalu sebelum ni sekali kita khatam, apa salahnya kali ni 2 kali kita khatam..Pertingkatkan amalan dengan bertingkatnya umur kita ni..semoga amalan ni diterima dan mampu menghapuskan segala dosa..

Caranya mudah
1) Pastikan Al-quran dibawa kemana sahaja. Kalau sebelum ni, asal je keluar kita tak pernah lupakan beg duit, juga hanset, kali ni jangan lupa Al-Qur'an (pesan seorang sahabiah).
2) Baca Al-qur'an bila je masa free ; Setiap kali lepas solat fardu, sebelum sahur, sementara tunggu azan, tengah tunggu bas, dalam bas, dalam kuliah/kelas tengah tunggu pensyarah masuk, bagi yg bekerja yang tengah tak dak kerja ; buat apa nak malu kita buat benda baik.
3) Kalau target kita nak khatam 2 kali tahun ni :
- 1 hari baca 2 juzuk = 30hari X 2 = 60 – bagi lelaki
- 1 hari baca 3 juzuk = 20hari X 3 = 60 – bagi perempuan (faham2lah)
4) kalu nak khatam lebih maka lebihlah kita baca dalam sehari. Hari ni dah 4 Ramadhan, jadi pastikan kita dah baca lebih kurang 12 juzuk bagi perempuan dan 8 juz bagi lelaki

Selamat beramal. Ku harap kan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Terkenang saat itu....




Surau Al-Falah dalam Kenangan

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Segala pujian hanya untuk Mu Ya Allah, diatas nikmat Iman dan Islam yang masih lagi segar di sanubari ni. Seusai tadabbur Al-Quran, hati ini meminta-minta untuk menulis sesuatu. Hujan yang lebat diluar sana seolah2 mengerti dan memahami hati dan perasaanku. Rindu, resah, sedih, gembira semua bercampur baur. ntah kenapa. Hari ni dah 3 Ramadhan. Dah 3 malam terawikh di masjid berdekatan rumah dan berbuka puasa di rumah sendiri..

Sebelum ni, bersama sahabiah di kampus, ramai sekali. Setiap kali berbuka, pasti Surau Al-Falah menjadi tempat kunjungan. Walaupun bermenukan bubur lambuk, namun itu sudah mampu mengenyangkan, apatah lagi dapat berjumpa sahabat2, tiada yang lebih bermakna.. sekali sekala di hujung minggu ada lah juga makan makanan berat. Terawikhnya pula, lagi terasa, dengan kehadiran sahabat disisi, kekusyukan makin bertambah. Seusai terawikh, bertadarus ramai-ramai, tazkirah yang dikongsi selepas tadarus juga banyak ‘isi’nya dan menjadi Ramadhan lebih bermakna.. Kemudian sambung pula dengan meeting unit..Setiap malam dibulan Ramadhan pasti itulah rutinnya. Walaupun tiada masa rehat, tapi tak pernah mengenal letih..

Namun kini, segalanya berubah. Berbeza sekali. 5 tahun menyambut puasa ditempat orang; 1 tahun di KMPP, 4 tahun di UPSI, kini kembali ke negeri yang dicintai. Berbuka bersama keluarga memang menggembirakan, namun tak semeriah di kampus,. 4 orang sahaja ; aku, mak, ayah dan adik bongsu. Rutinnya dah tak sama macam dulu. Lepas solat maghrib, tadabbur Quran, then 8.30 bergegas ke masjid. Lepas trawikh terus balik rumah, kalu penat terus terlelap. Siang pula, subuh pergi masjid dengan ayah, then 7.45 bergegas ke tempat kerja, 4.30pm balik rumah, solat, tolong mak, dan begitulah rutin seharian. Di masjid nak jumpa orang sebaya aku, mana ada lagi, semuanya lebih kurang mak dan ayah.

Kadang2 fikir mana hilangnya anak2 muda yer. Kalu solat Raya penuh masjid sampai tak cukup kuota. Kanak-kanak ramailah yang membingitkan telinga. Kadang naik marah juga, hilang kusyuk. Tetapi kasihan pula, kepada siibu mahupun sibapa, pengasuh tiada, anak terpaksa dibawa, kalu dirumah tiada yang menjaga. Tak salah sebenarnya membawa kanak-kanak ke masjid, kerana ini salah satu proses utuk mendidik mereka juga. Tapi mestilah ada larangannya, ada amrannya; jangan bising, hormati jemaah yang sedang solat,. Kanak-kanak pasti mendengar kata kalau betul caranya. Ini sampai je di masjid, “ha, tu kawan pi main”. Salah caranya tu..

Apapun aku Bersyukur masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk meneruskan sisa2 hidupku,. Semoga segalanya di dalam keredhaan Allah...Buat mereka yang masih dikampus hargailah setiap detik bersama sahabat, mungkin ini yang terakhir..Salam Kerinduan..



Sunday, August 23, 2009

Zuhudnya Mereka.....

Salam Ramadhan Kareem,
Pada hari Jumaat lepas, bersamaan 30 Syaaban 1430H aku berpeluang melawat Mak Long yang mengambil keputusan untuk tinggal di pondok setelah balik daripada Mekah beberapa tahun yang lalu. Setibanya disana, aku begitu kagum melihat keadaan warga pondok ini. Semua rumah yang didiami kebanyakkanya rumah papan yang telah usang.
Kebanyakkan yang tinggal di sini adalah orang tua yang ingin beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Terdapat juga rumah batu yang didiami beberapa keluarga. Seusai sampai di rumah Mak Long lebih kurang jam 12.30 tgh hari, aku mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran datang daripada rumah sebelah Mak Long.. Subhanallah sangat mendayu dan merdu.. Menurut Mak Long, anak-anak pak cik tu, semuanya hafal Al-Quran( hafiz & hafizah ).
Dikala manusia kini, yang terlalu dibimbangi dengan ‘wabak’ sekularisme, masih lagi terdapat keluarga yang mempunyai ‘antibodi’ yang kuat sehingga mampu menyanggah pelbagai penyakit yang makin ‘berbahaya’. Hebatnya asuhan yang diberikan dan tarbiyyah yang disuntikkan ke dalam jiwa mereka. Keadaan rumah yang serba kekurangan, berbumbungkan ‘atap’ dan tandas terpaksa dikongsi, adalah pemangkin untuk mendidik mereka menjadi Hebat diantara yang Hebat..
Subhanallah. ditengah kerakusan manusia mengejar harta benda dan kemewahan yang tidak pernah menimbulkan kepuasan, masih wujud lagi manusia yang tak pedulikan semua itu..Wajah pak cik2 dan mak cik2 di sini semuanya bersih dan jernih dek kerana amal ibadat yang dilakukan. Melihat keadaan ni, terdetik di hatiku,, MasyaAllah zuhudnya mereka..tentu sudah banyak amal ibadat yang mereka lakukan..lantas, kubik fikiranku teringatkan kepada sebuah hadis 31 daripada hadis 40..

Dari Abul ‘Abbas, Sahl bin Sa'ad As-Sa'idi radhiallahu 'anhu, ia berkata: “Seorang laki-laki datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang jika aku mengerjakannya, maka aku dicintai Allah dan dicintai manusia’. Maka sabda beliau : ‘Zuhudlah engkau pada dunia, pasti Allah mencintaimu dan zuhudlah engkau pada apa yang dicintai manusia, pasti manusia mencintaimu”. (HR. Ibnu Majah dan yang lainnya, Hadith hasan)

Intisari Hadis :

Zuhud adalah tidak ingin kepada sesuatu dengan meninggalkannya.
Menurut istilah, zuhud adalah berpaling dan meninggalkan sesuatu yang disayangi yang bersifat material atau kemewahan duniawi dengan mengharap dan menginginkan sesuatu wujud yang lebih baik dan bersifat spiritual atau kebahagiaan akhirat. Dalam hadis ni,
ada 2 zuhud yg dibincangkan :-
1) zuhud pada dunia, dikasihi Allah
2) zuhud dengan apa yang ada pada manusia, dikasihi manusia

ZUHUD PADA DUNIA, DIKASIHI ALLAH
Manusia selalunya sinonim dengan kecintaannya pada dunia. memang tidak disangkal lagi, manusia fitrahnya adalah mencintai dunia. Dalam ayat sudi Al-Quran telah digariskan bahwa,

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."(Surah Ali-Imran; ayat 14)

Namun perlu kita ingat bahawa segala-galanya hak Allah dan Allah berhak mengambilnya balik. Jangan sampai nikmat itu melalaikan kita dari mengingati Allah SWT. Maha suci Allah yang berhak mengadakan dan berhak menarik balik nikmat itu. sekiranya berlaku sebarang kecurian ataupun kerosakan kepada harta benda kita, cubalah kita mengawal perasaan kita kerana ini merupakan ujian Allah dan bersikap zuhud lah serta yakinlah bahawa nikmat itu adalah sementara dan hak Allah semata-mata. sikap bersedekah juga adalah salah satu contoh kita bersikap zuhud. kita lebih mencintai akhirat daripada dunia, lalu kita sanggup membelanjakan harta itu ke jalan yang diredhai Allah... pasti balasan Allah itu indah buat manusia yang zuhud kepada dunia.
Singkapi Sirah Junjungan Mulia:-
Sahabat rasulullah ramai yg kaya (seperti Abd Rahman ‘Auf) dan tidak pula dihalang rasulullah, tapi kekayaan itu digunakan untuk dakwah dan jihad. Cth semasa perang Tabuk di mana sahabat-sahabat berlumba-lumba menginfaqkan harta; Abu Bakar seluruh harta, Umar separuh harta. jelaslah, contoh terbaik sifat zuhud dapat dilihat pada zaman Rasulullah SAW.

ZUHUD DENGAN APA YANG ADA PADA TANGAN MANUSIA, DIKASIHI MANUSIA

Zuhud ini dapat dijelaskan dengan tidak meminta-minta atau mahukan hak orang lain kerana menyukai apa yang dimiliki mereka. jika kita zuhud dgn apa yang ada pada tangan manusia, orang lain akan sukai kita atas dasar hormat kerana kita hormat hak dan milik mereka.Zuhud juga tidak bermakna meninggalkan dunia secara keseluruhannya, namun mengimbangi dunia dan akhirat. hidup ini biarlah diredhai Allah agar sejahtera di akhirat kelak. Zuhud juga mendidik kita bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita tanpa mengeluh dan merungut ; 'apa yang ada jarang disyukuri apa yang tiada sering dirisaukan'.

Antara cara untuk meningkatkan sifat zuhud adalah;
1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana ia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat dengan menimbang segala amalannya, yang besar mahupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi.

2. Merasakan bahawa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh, sebagaimana firman Allah,

“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu
megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur; ayat 6)

3. Merenungkan ayat-ayat Al-Qur’an yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu manusia. Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firman-Nya,

“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (surah An-Naaziat; ayat 37-39)

Demikianlah serba ringkas info mengenai zuhud. Sesungguhnya tangan yang menaip, mata yang melihat, dan otak serta hati yang berfikir sudah tentu lebih dekat kepada tulisan ini, justeru pesanan ini pertamnya buat diriku dan peringatan buat hati ini yang sentiasa leka dengan duniawi. semoga hidup ini diredhai Allah...Semoga madrasah Ramadhan kali ini, mampu mendidik diri kita supaya menjadi lebih zuhud..

Wednesday, August 19, 2009

Kehadiran Mu Ku Nanti


Ramadhan,
Kini kau tiba lagi
Membawa seribu erti
Bagi mereka yang mempunyai ‘hati’

Ramadhan,
Kehadiran mu membawa cahaya
Menyedarkan manusia yang kian alpa
Membuang karat-karat dosa
Yang sudah lama bermahajalela

Ramadhan,
Kini aku telah bersedia
Ibarat menanti ‘kekasih’ yang bakal tiba
Semoga aku punyai masa
Untuk membaiki diri yang banyak dosa

Ya Allah
Temukanlah aku dengan lalilatul QadarMu
Andainya ini Ramadhan ku yang terakhir,
Rahmati dan Berkahi aku Ya Allah

Ya Allah..Cukupkanlah apa yang kurang..
Tambahkan apa yang sedikit...
Jauhkan apa yang buruk dan
Dekatkanlah apa yg baik...
Sinarilah hati ini dengan CahayaMu
Kasihanilah aku Ya Allah
Kasihanilah aku……


P/s : Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua sahabat sahabiah ku dan juga kepada seluruh Umat Islam diseluruh pelusuk dunia..Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar kepada semua.

Tuesday, August 18, 2009

Sudah Suratan

Semalam aku dapat msg yang menyatakan dua orang juniorku dikampus accident..iman dan aishah. Berdebar, cemas, bimbang semua ada. Setelah hampir 30 minit baru aku dapat maklumat lanjut mengenai mereka. Kemalangan ini berlaku apabila motosikal yang dibonceng oleh Aisyah telah mengalami kebocoran tayar yang mengakibatkan mereka berdua terbabas berdekatan dengan flyover kat proton city.. Iman hanya luka-luka ringan dan sakit kepala disebabkan hentakan pada jalanraya. Manakala saudari Aisyah telah patah bahu dan kakinya retak bahagian lutut dan akan dibedah dalam masa terdekat.. Beliau sekarang berada di Hospital Teluk Intan setelah dibawa pindah dari hospital Slim River. Kalau secara logiknya tak mungkin aisyah akan seteruk itu kecederaannya, kerana momentum pelanggaran tidaklah sekuat mana. Namun, kita sebagai hambaNya perlu redha dengan segala ketentuan Allah. Bagi kita mustahil tapi tidak pada Allah. Melihat keadaan ini, fikiranku ligat memikirkan sesuatu. Inilah yang dinamakan takdir Allah. Kalu Allah kata jadi maka jadilah. Tak akan tangguh walau sesaat pun. Peristiwa kemalangan ini, memberi peringatan kepada kita sebagai hambaNya yang mempunyai mata hati untuk berfikir 1001 hikmah disebalik kejadian ini..lambat atau cepat hikmahnya pasti ada. Hanya orang yang mampu ‘melihat’, ‘mendengar’ dengan teliti sahaja akan nampak hikmahnya...Apapun, Iman, Aisyah semoga antuna cepat sembuh yer. Akak doakan yang terbaik..antuna mesti kuat..Allah sayang antuna...



Pengajaran
Seringkali kali manusia yang ditimpa musibah meraung, menangis seolah-olah Allah yang bersalah..kita selalu dihidangkan dengan drama-drama yang terlalu sekular sehinggakan hilang jati diri Islam itu sendiri. Akhirnya fenomena ini dibawa ke kehidupan seharian. Sehingga ada yang berani mencabar kuasa Tuhan. Kita seolah-olah terlupa bahawa kita ni adalah hambaNya yang lemah. Segala macam musibah menimpa; kematian, kemalangan, kesakitan, H1N1 dan sebagainya yang menimpa. Namun semakin hari manusia semakin rakus dan sombong di atas muka bumi ini. Budaya hendonism semakin menjadi2, Islam hanya pada kad pengenalan shj. Apa yang suka ambik, yang tak suka tinggalkan.. Tiada pun yang menginsafi setiap bencana dan musibah yang melanda. Takkanlah nak tunggu matahari terbit di sebelah barat baru keinsafan hadir di lubuk hati. Ya Allah kurnikanlah kami hidayahMu. Apapun yang berlaku, Redhalah, kerana Allah memberikan apa yang kita perlu tetapi bukan apa yang kita mahu.. Ramadhan hampir menjelma,..berbaki 2 hari lagi. Jom sama2 kita menghidupkan pesta Ibadah ini sebelum takdir menjemput diri hingga kita PERGI TAK KEMBALI..Pintu hidayah Allah itu luas. Bergantung kepada kita nak pilih yang mana.
p/s : Al- Fatihah buat saudara-saudara Islam yang telah menghadap Ilahi. Moga kalian ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Amin.

Sunday, August 16, 2009

Pengorbanan

Bersama keluarga Kak Za

aku dan mak
Wahida, Wardina dan Rohani (adik)

Dalam merangkul sebuah kejayaan, sudah pasti aku bukan keseorangan..Ramai pihak terutamanya keluarga yang banyak berkorban. Ingat lagi sebelum aku menjejaki kaki ke U, keluarga terpaksa jual tanah, maklumlah aku datang daripada keluarga sederhana. Nak harapkan Abang2 dan kakak2 semuanya sudah berkeluarga,..Kejayaan aku masuk U sudah pasti menggembirakan keluarga maklumlah anak pertama dan terakhir yang akan menggengam segulung ijazah. Abang2 dan kakak2 ku semuanya sampai SPM sahaja, then terus kerja. Faktor kewangan juga salah satu asbabnya. 2 orang adikku juga dah tak dak minat nak study. Sebab itulah, k.za dan abang2ku selalu pesan supaya aku belajar bersungguh-sungguh.. Menggalas bebanan sebagai anak harapan keluarga, aku perlu kuat dan cekal supaya tidak tergelincir. Ini baru tanggungjawab terhadap keluarga, belum lagi kepada masyarakat yang kian hilang jati dirinya. Sudah pasti tiada masa rehat..apapun terima kasih mak, k.za dan bang mi, ayah, abang2 dan kakak2ku serta adik perempuanku yang banyak mengorbankan wang demi membiayai pengajianku..Jika diberi kesempatan akan kubalas jasa kalian walaupun aku tahu tak mungkin aku mampu untuk membalas semuanya.. Walau Siapa pun mereka, aku berbangga mempunyai keluarga sebegini walaupun hidup kami sederhana, namun kesederhanaan inilah membuatkan aku lebih bersyukur, berdikari dan kuat dalam menempuhi arus kehidupan.

Ya Allah, Engkau berilah aku kesempatan untuk membalas jasa mereka2 yang telah banyak berkorban untukku. Engkau kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan dan hidayahMu kepada mereka Ya Allah.”


Setiap mereka ada hak atas dirimu di dunia dan akhirat. mereka boleh membawa kamu ke syurga dan mereka juga boleh mengheret dirimu ke neraka. hargailah setiap insan yang ada disisimu, sayangi mereka, hulurkan tanganmu ketika mereka memerlukan bantuan, berkorbanlah demi kasih sayang.berhati-hatilah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. sesungguhnya engkau memerlukan mereka dan mereka memerlukanmu dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.
(Petikan daripada buku Bisikan Sirr)

Seinfiniti Kesyukuran


Bismillahi wal hamdulillah

Tanggal 13 Ogos 2009 yang lalu, aku telah menerima segulung Ijazah Pendidikan Matematik. semuanya hasil jerih perihku selama 4 tahun bergelumang dengan pelbagai ujian dan cabaran. Seinfiniti kesyukuran kepada Allah, kerana memberi aku kesempatan untuk aku merangkul sebuah kejayaan. Namun ku tahu apalah sangat segulung ijazah ni, kerana kita hanya hambaNya yg terlalu kerdil dgn ilmu yg terlalu sedikit bagai air yg melekat di hujung jari berbanding lautan luas di hadapan sana...InsyaAllah jika ada ruang dan peluang akan teruskan lagi pengajian ke peringkat tertinggi. Cuma sekarang keadaan belum mengizinkan. Teringat aku pesanan seorang ustazah katanya :
"Arus di luar sana tersangat deras dan mengganas...sesiapa sahaja tidak akan terkecuali daripada dihanyutkan atau ditenggelamkan sekiranya tidak ada ikatan2 maknawi dalam diri dan kumpulan masing-masing...serigala jadi-jadian pun sentiasa standby menyelinap mencari kambing2 yang keseorangan+kesepian menjauhkan diri dari kumpulannya".

Apabila diamati bibit2 kalimat ni, aku tahu, selepas ni aku akan berenang dalam lautan yang semakin dalam. kadang2 terdetik di hati, kuatkah aku? mampukah aku?. Apapun aku sangat mengharapkan doa daripada sahabat sahabiah supaya aku tidak 'lemas' dalam lautan.. Hari bergantian, kadang-kadang sukar untuk percaya selepas ni aku akan berhadapan dengan 1001 ragam pelajar. mampukah aku menjadi dai'e sesempurna insan murabbi?. Apapun akan ku sematkan kata2 ini di hati sebagai penguat diri untuk menjadi da'ie sesempurna nsan murabbi

"ana ramyun min rima yatil Islam, farmi ainama shi'ta"
(aku anak panah dari anak2 panah Islam, Campakkan aku kemana sahaja)

InsyaAllah dimana langit dijunjung, disitu Islam Dijulang.

Tuesday, August 11, 2009

Salah Siapa???

Salam Sya'aban buat semua pembaca.. sedikit perkongsian tntang perjalann ke Tg Malim..tepat jam 6.10 pm,Jumaat(7 Ogos 09) aku menaiki train untuk ke tg Malim, untuk majlis konvokesyan. Walaupun 13 ogos tarikh konvoku , aku terpaksa memulakan perjalann awal dek kerana kehabisan tiket..hampir sejam lebih perjalanan dimulakan, waktu maghrib menjengah tiba. Lalu aku bergegas ke bilik air u mengambil wudhuk. Kemudian terpaksa melalui 6 gerabak untuk sampai ke surau..sedih amat, sedih.. tibanya disana panduan kiblat tiada…aku menunggu hampr 15 minit, mana lah tahu kalau2 pekerja KTMB datang memberikan arah kiblat..hampa..tiba2 datang 2 orang lelaki nak solat, lalu dgn tak malunya aku bertanya arah kiblat..Alhamdulillah seorangnya tahu arah kiblat, katanya dia selalu naik train, dah hafal dah..Syukur.. Tapi yang pelikkan..kita hidup dalam Negara yang kononnya NEGARA ISLAM, PEMIMPINNYA pun ISLAM juga, KTMB (Keretapi Tanah MELAYU berhad) pun kepunyaan orang Islam juga, kenapa ini terjadi.. surau terpaksa dikongsi,,biliknya pun hanya muat untuk 5-6 jemaah sahaja..lalu siapa yang perlu dipersalahkan ?? KTMB? Lalu diberi alasan: 'buat apa surau besar2, buat apa asing lelaki perempuan, bukannya ramai pun yang akan solat.. lalu nak salahkan penumpang ?? maka alasanya : ‘macamana nak solat, dah la tak selesa, terbuka pula tu suraunya,,baik qada’je’..erm berbeban alasan yang kedengaran..macamna ye, nak selesaikan isu ini..? kita hidup di bawah NEGARA ISLAM. Berkonsepkan 1 MALAYSIA; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..dimana slogan itu semua..retorik atau praktikal..bagi yang blh berfikir; ada mata untuk melihat; ada telinga untuk mendengar; ada hati untuk meneliti gunakanlah kelebihan yang Allah beri ni dengan sebaiknya..erm ni baru naik train, kenderaan lain; banyak lagi ragamnya....

Tetamu yang Dirindui

Kini dah 20 Syaaban,
Kurang 2 minggu lagi ramadhan akan menjengah tiba.. macam mana persiapan kita.. erm mungkin ada yang tengah fikir, berapa pasang baju u raya tahun ni, ada juga yang tgh kerisauan macamna nak buat kuih-muih dek kerana gula tiada, ada juga yang menghitung hari tak sabar nak menanti terawikh, almaklumlah dapat makan free. Tapi pernahkan terdetik dihati kita u menyambut Ramadhan kali ini, dengan penuh kegembiraan seperti menanti orang yang kita sayangi pulang ke pangkuan?..erm yang mana yer kita?.Sudah lupakah kita kepada para sahabat junjungan Mulia, meyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan,, menangisi apabila ramadhan kian pergi..Duhai pembaca sekalian,,ayuh…jadikan Sirah panduan kita..Jadikan lah madrasah Ramadhan ni, sbg tempat untuk kita mengkoreksi diri, membuang karat-karat mazmumah yang telah lama bersarang dihati…Manalah tahu ini Ramdhan kita yang terakhir..perbanyakan amalan, kurangkan dosa dan maksiat hati..yuk semua..jangan tunggu lagi..


Tuesday, August 4, 2009

Tamatnya debaranku...

kali ni aku nak kongsi sedikit tips bila menghadiri interview kerajaan:
1) pakaian
- lelaki : kemeja lengan panjang, tali leher, berkasut
- perempuan : pakaian yang sopan dan berkasut.
*kalu pakai nametag(hitam putih) dan kot markah penampilan lagi tinggi.(20%)
2) persedian
pastikan sebelum pegi interview anda buat persediaan yang rapi. pastikan segala isu2 semasa ada didalam otak..
ni pula rentetan proses interviewku
tarikh : 4 Ogos 2008
tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) Kedah
masa : 8 am

'Mujahidah' dan wajihah
7.00 am : mula bergerak ke BTPN dengan mujahidahku. Ayah yang bawa, maklumlah aku tak pandai sangat jalan kat alor setar.
7.55 am : Alhamdullilah selamat sampai di BTPN. Mula2 risau juga takut terlewat lagipun jalan agak sesak maklumlah waktu pagi..
8.00 am: masuk dewan untuk menjalani Iventori Sahsiah Keguruan (INSAK). nampaknya aku kesorangan.. tak jumpa pun kawan yang aku kenal di UPSI..dek kerana itu, aku berkenalan dgn seorang budak lepasab USM, banyak juga perkongsian b4 test bermula. sudah 8.15, panel masih lagi menunggu kedatangan peserta..erm nilah 'janji Melayu'
8.25 am : Ujian bermula..bayangkan kena jawab 135 soalan dalam 30 minit..fuh berpeluh2, bimbang masa tak cukup. pilihan jawapan A dan B je, tapi kadang ada soalan yang kena fikir juga..
8. 50 am : Alhamdullilah semua soalan aku berjaya jawab. semak sikit2 then masa tamat 5 min kemudian.
9.00 am : masa untuk isi borang. 2 borang diberikan.kuning dan pink.. pada masa yang sama t/tgan kehadiran...
9.30 am : segala borang yang dikehndaki mestilah lengkap dan disertakan dgn beberapa perkara yang diminta..Aku dgr kekecohan dibelakangku; ada yang tak buat pengesahan, ada yang tak bawa surat senat dsbgnya..Aku? Alhamdulillah semua lengkap..inilah hasilnya kalu buat persediaan awal.
10.00am : semua peserta bergerak ke bilik panel masing2 untuk 'interview' lisan. aku dapat panel 2 giliran 22. fuh 10 yang terakhir tu..
10.10 am : peserta pertama masuk ke bilik interview.berdebar time ni. tgk semua org sibuk membaca aku pun turut serta.
10.59 am: tunggu punya tunggu, baru peserta yang ke5. erm lambat lagi. g sarapan dululah, tadi tak sempat sarapan.call ayah, jumpa dikantin.. semua isu semasa dah ada dalam otak aku. bimbang kalu gementar satu pun aku tak ingat. apapun aku serahkan segalanya kpd Allah. yang penting aku telah usaha..PPSMI, PIPP, 1 Malaysia, NKRA, dasar pandang ke timur, Wawasan 2020, FPK,; semua dah hadam.erm kalu masuk pertndingan debat pasti bleh menang...hehe
11.40 am : naik semula ke tempat interview. Ayah tunggu dikantin.
1.00 pm : oleh keran 4 tak hadir jadi giliranku jadi ni 19..erm makin dekat. tinggal 2 orang lagi..semu yg keluar dari bilik interview, senyum katanya senang je,,jgn takut. tinggal 1 orang lagi sebelum aku.
1.10 pm : tiba giliran ku..erm dgn Bismillah aku melngkah, nampak yakin, tapi dalam hati sapa yng tau..lepas beri fail sijil kpd panel, aku duduk di kerusi yang disediakan..cuba tenangkan hati..Alhamdulullah keketaran hilang..selapas beberpa soalan tntang diri ditanyakan, soalan yg lebih serius pula diajukan 1) apa yng perlu ada pada seorang guru math ...aku jwb lah penguasaan content, faham l/belakang peljar..bla..bla
2) sebutkan teras pertama PIPP..dan huraikan...aku pun mula lah bla...bla, maklumlah semua dah ada dlm kotak fikiran.
3) penglibatan dalam ko..penting ni..bagi sesiapa yang tak aktif,, aktifkan lah diri anda,..Alhamdulillah aku aktif juga..hehe
1.20 pm : sesi interview tamat..aku ambik fail..dgn berseloroh panel bagi fail lalu ucapkan "semoga berbahagia" dgn......dia suruh aku sambung..aku jawablah kerja?..geleng..keluarga? gelang lagi..sekolah? geleng..pelajar..geleng juga..erm lalu katanya dgn orang tercinta..lantas aku terseyum..ada2 saje panel ni..ingtkan dah hbs, rupanya ada lagi soalan..'kalu dapat jauh2 ada orag marah x?" jawabku.. tak kisah je, tapi jgnlah jauh sgt..erm..selepas berckp scr tak formal lebih kurang 1 min, aku pun dibenarkan keluar..Apapun seinfinti kesyukuran pada Yang ESA..semunya dipermudahkan...
1.30 pm : Ayah jumpa kawan lamanya..bercoleteh panjang, maklumlah lama tak jumpa..
1.50 pm : bertolak pulang dgn 'mujahidah' kesayangan..
2.30 pm : ayah minta aku bawa, katanya tgnnya kebas..
3.00 pm : sampai di rumah.dan terus solat. maka tamatlah kisah debaranku.hehe

Sunday, August 2, 2009

Akhirnya.......




Alhamdulillah, seinfiti kesyukuran kpd Allah S.W.T, kerana akhirnya aku berjaya membuat blog sendiri.. dgn ruang dan peluang yang diberikan ini, akan ku gunakan blog ini sebagai salah satu medan dakwah di alam maya.Semoga penulisanku ini sedikit sebanyak dapat menambahkan sahamku di akhirat nanti.. Kata orang, apabila kita merasa kesunyian, dgn menulislah kesunyian akan hilang...Apapun Ahlan wa wasahlan dan terima kasih kpda yang sudi melawat blog ini...semoga dapat mengutip mutiara yang berharga, walaupun sedikit. "Sesungguhnya sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan"..

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)