Gempa Bumi
PENDUDUK berjalan di kawasan gempa bumi yang meranapkan kawasan sekitarnya di Padang, Barat Sumatera, Indonesia. - Foto AP
PASUKAN penyelamat mencari mangsa di bangunan yang rosak disebabkan gempa bumi di Padang, Barat Sumatera, Indonesia, hari ini. Gempa bumi kedua berukuran 6.8 skala Richter menggegarkan Barat Indonesia, hari ini, sehari selepas wilayah itu dimusnahkan gempa dasar laut berukuran 7.6 skala Richter.
PADANG: Gempa bumi magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar jam 5:16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.
Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu. Katanya, 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.
Jumlah korban gempa bumi berkenaan dijangka terus meningkat berikutan beribu-ribu dikhuatiri terhimpit dalam runtuhan bangunan. (Berita Harian)
TSUNAMI
GAMBAR menunjukkan bot yang terperosok ke dalam bangunan selepas gempa bumi kuat berukuran 8.0 magnitud di Pago, di Samoa Amerika,yang membawa tsunami. - Foto AFP
SEBUAH kereta tersangkut pada tingkap bangunan di Pago Pago, Samoa Amerika selepas gempa bumi kuat yang membawa tsunami.
APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut. (Berita Harian)
Berdasarkan dua kejadian diatas, sebagai manusia yang boleh melihat dengan mata hati, pasti boleh berfikir dengan teliti. Alam telah mengamuk. Semuanya kerana sikap manusia yang sombong dan terus membuat kerosakan dimuka bumi ini. Bertepatanlah dengan Firman Allah yang bermaksud :
"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" (ar-rum: 41)
Nah! pengajaran dihadapan mata. berfikir dan bertaubatlah. Masa terus berjalan. Jangan ditunggu matahari terbit di sebelah barat baru munculnya keinsafan. Di saat itu, nescaya tangisan dan sesalan hanya sia-sia. Ambiklah pengajaran sekarang. Peristiwa Tsunami yang melanda kita beberapa tahun yang lalu sebenarnya sudah cukup memberi 1001 pendidikan kepada kita. Jangan Sekali air bah sekali pantai berubah. Amerika, Indonesia sudah. Bila pula giliran Malaysia.? Bersedialah dan tanamkan rasa takut dalam diri semua. AmaranNya sudah jelas.. Sesungguhnya janji Allah itu amat benar.. Allahu Akbar!..
No comments:
Post a Comment