Alhamdulillah ketika ini, nikmat iman dan Islam masih lagi subur disanubari. Semoga nikmat ini kekal berpanjangan walaupun ia sering naik dan turun. Minggu lepas minggu paling sibuk. Betullah kata orang 'guru bukan tanggungjawab, tetapi merupakan kehidupan'. Pahit manis hanya dapat dirasai oleh orang yang menikmati kehidupan ini. Sebagai guru Tingkatan banyak urusan yang perlu di'settlekan'. Setakat ini, jadual sudah 3 kali bertukar. pun begitu, seinfiniti kesyukuran kpd yang Maha Kuasa kerana kini aku telah mendapat opsyen pilihan. Mengajar Matematik & SainsTingkatan 1 & Peralihan, juga Pendidikan Moral Tingkatan 2. Tatkala masuk Tingkatan 1, tenang rasa hati, kerana masih baru, nak nakal-nakal pun belum berani. Apabila masuk Tingkatan 2, erm.suara-suara nakal memanaskan hati. Namun, cuba belajar bersabar. Masuk Kelas last lagilah pening kepala, 2L: tak dak pun pelajar yang minat belajar. Hanya mampu bertahan. Telahan lagi, aku dilantik penasihat Guru Rumah Kuning dan guru LPKS (Lembaga Pengawas Kebersihan Sekolah),.erm tugas2 sampingan selain mengajar.. arghh..no idea. malam ni nak ke KL. Semoga perjalananku diberkati dan diredhai. Salam Perjuangan,
No comments:
Post a Comment