Friday, January 22, 2010

Pantas masa berlalu


Hari ini gelaplah usiaku 24 tahun  mengikut Tahun Masihi. Sungguh, pantas masa berlalu meninggalkan kita semua. Tanpa disedari usia makin bertambah. Semoga bertambahnya usia ini, sejajar dengan pertambahan ibadatku. Terima Kasih Allah di atas segala nikmat yang aku kecapi sepanjang aku di dunia ini. Allahu Akbar, ..Tak terhitung nikmatNya. Cuma kadang kala dalam mengecapi nikmat yang diberikan, diri ini sedikit alpa. Apabila sedikit 'teguran' yang diterima barulah tersedar daripada mimpi yang sia-sia.

Dilupa atau Melupakan.
Di saat ini, baru satu message yang aku terima daripada sahabatku. Terfikir juga, mungkin diri ini telah dilupakan.? Atau dek kerana kesibukan rutin harian, masing-masing tersalah ingat, atau terlupa untuk mengingat tarikh ini. Pun begitu, aku tidak pernah melupakan mereka. Bukan aku ingin dihargai, cuma inilah merupakan ingatan ukhwah kita sebenarnya. Mungkin ada yang tersedar tatkala membaca coretan ini, tetapi hisablah diri. Di mana tahap ukhwah kita.? Mungkin diri ini yang kurang memberi membuatkan kurang untuk menerima. Bagiku biarlah kurang menerima asalkan aku tak pernah lupa untuk memberi.

Keterpaksaan yang Menyakitkan

Entah kenapa kali ini aku ingin mencoret panjang. Mungkin pengalaman yang ada, telah membuatkan aku semakin matang. Matang untuk berfikir, matang untuk bertindak dan matang untuk mengadili sesuatu. Kadangkala kita terpaksa berkongsi sesuatu yang tak boleh dikongsi, Tetapi perkongsian itu, telah disalah tafsir. Biasalah manusia ini lebih suka menghukum tanpa mengadili. Adilkah begitu? Adakah kita layak untuk menghukum sedangkan Yang Maha Kuasa itu ada. Semoga Keterpaksaan yang menyakitkan itu, mampu merungkai ruang-ruang dosa pada diri ini. Semoga perkongsian itu, mampu menguraikan titik-titik hitam pada diri ini. Aku yakin, apa yang dicoretkan ini, hanya akan difahami oleh orang-orang tertentu sahaja.

Sudah masanya?
Kini aku sudah berusia 24 tahun. Pelbagai persoalan yang sering ditanya terutama mengenai jodoh. 'kak, bila lagi'?. 'lepas ni akak pula la yer'?. Segala persoalan hanya mampu dibalas dengan senyuman. Soal jodoh? Entah kenapa apabila bersama sahabat, rasa juga tempiasnya. Tatkala berada di sekolah, tak terfikir pula. Mungkin, keadaan keluarga yang tak pernah memaksa atau tidak pernah mendapat desakan, membuatkan aku jarang untuk memikirkannya. Walaupun ada juga suara-suara sumbang daripada jiran, mahupun saudara jauh, namun aku pedulikan saja. Mulut manusia, bukannya mampu untuk ditutup.

Namun, tatkala bersendirian, seringkali aku berfikir: jika yang dipilih tersalah pilihan, yang dipilih tidak sealiran, yang dipilih menghalang perjuangan, yang dipilih banyak permintaan. Sungguh aku masih lagi keliru. Hanya mampu berserah pada yang Maha Kuasa. Sesungguhnya dialah penentu segalanya. Apa yang penting, aku yakin bukanlah dalam masa terdekat ini . Banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku lunaskan. Sungguh, begitu berat bebanan ini. Kadangkala aku merasa letih, namun aku tidak boleh berhenti walau seketika. Walaupun aku tidak mampu berlari cukuplah hanya sekadar berjalan, mahupun merangkak. Melihat 2 orang sahabat syahid, hati ini teruja. Aku ingin seperti mereka. Namun, aku tahu, banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk itu. Allah..Allah.

Semoga coretan ini tidak disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Ya Allah Redhailah hidupku, hidup keluargaku, hidup sahabat2ku, hidup pejuang-pejuang agamaMu dan hidup kaum muslimin dan muslimat sekalian alam.
Allahhu Rabbi. Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah...

23 Januari 2010
9.40 am
Bayan Lepas.

2 comments:

  1. Amin... Sabar ya ukhti. Tak ada mesej bukan bererti mereka melupakan kita. Tapi mungkin caranya dah berbeza.

    Atau mungkin, masa istimewa sahabat terlupa untuk di masuk dalam agenda perjuangan mereka. Termasuk ana.

    Insya Allah, sama-sama diperbaiki. Betullah tu. Jadi orang yang sentiasa memberi, walau apapun situasi.

    Enti masuk 24 tahun lewat 2 hari berbanding ana. Sama macam enti. Satu mesej sahaja yang diterima, dari sahabat sekolah lama.

    Tapi, tak penting pun. Kerana ada yang lebih penting darinya.

    P/S: Harunya, anak-anak sedara menunggu kepulangan pakciknya kerana nak hadiahkan kek.. :)

    ReplyDelete
  2. salam. pertama, ana mintak maaf kepada keduanya. terasa bila membaca tulisan diatas dan komen akh rijal.

    Ana anggap ia sebagai peringatan untuk ana sedar dan perbaiki. Sejauh mana ukhuwwah kita, sama-sama kita fikirkan..

    Insan faqir ilAllah

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)