Alhamdulillah, menulis kembali, setelah 2 minggu menyepi. Kesibukan yang melanda diri tatkala bergelar muallimah sangat menggusarkan hati..Sumber internet yang susah juga salah satu asbabnya. Alhamdulillah, kini telah beli broadband jadi mudahlah untuk memastikan sepantas kilat 'sepantas' dahulu.
Persekolahan
Tanggal 29 Disember 2009 yang lepas, mesyuarat semua guru telah diadakan. Apabila menerima fail tugasan, sedikit terkejut tatkala membelek jadual tugasan. SEJARAH? PENDIDIKAN SENI?? Allahu Akbar!! Terkesima seketika. Mana tak nya, terpaksa mengajar mata pelajaran yang tak suka. Tambahan lagi kena jadi Guru Tingkatan 1F. Hati ini hanya mampu berserah supaya terus diberikan kekuatan untuk melangkah. Bimbang tersungkur tatkala bersendirian. Cuba berlapang dada. Beli buku rujukan, untuk memahami subjek SEJARAH dan PS.
Ingat lagi apabila bagi tahu kakakku bahawa aku kena mengajar SENI, gelak besar dia. Barangkali sudah faham bahawa adiknya ini tak pandai melukis. Jika orang yang tak reti bermain bola sepak digelar kaki bangku barangkali aku digelar tangan kayu..Telahan lagi, selama ini, aku menggunakan otak kiri, kini terpaksa mempraktiskan otak kanan. Perkara yang sukar untuk dicuba. 3 hari sudah, persekolahan bermula, cabaran makin KETARA. Dulu aku selalu fikir, di kampus sudah mencabar, kini lain pula cerita. Segalanya bermula daripada muallimah muda. Aku ingin berlari, tetapi tak mampu, cuba untuk berjalan, tidak mampu juga. Hanya mampu untuk merangkak barangkali.. Biarlah...jika dengan merangkak aku mampu sampai ke destinasi, tidak salah aku kira. Namun sampai Bila??
Mendidik anak-anak Berbangsa Cina yang kurang fasih bahasa Melayu juga Inggeris memang mencabar. Kadang kala aku rasakan seolah-olah berada di negara asing. Ingat lagi semalam apabila masuk ke kelas 2K(kelas ke-2 last), aku di caci dan dimaki oleh seorang pelajar dalam Bahasa Cina. Agak panas. Tetapi bertahan. Aku cuba bertegas, namun perangainya tetap sama. Seolah-olah bercakap dengan seorang 'gangster (maaf bukan untuk melabelkan, tetapi inilah hakikatnya). Keluar kelas, rujuk guru yang mengajar kelas ini, sememangnya dia budak 'jahat' sudah tak dapat buat apa2. Terkedu.. Ya Allah peliharalah hambaMu ini daripada sebarang kecelakaan, Engkau lembutkanlah hati pelajar aku itu Ya Rabbi.
Bukan mudah untuk menjadi pendidik. Memandangkan tak ramai guru yang ingin mengajar di sebelah petang, 3 orang cikgu baru terpaksa mengalah. Dapat pula opsyen bukan pilihan. Inilah cabaran yang terpaksa ditanggung. Mengajar PS Tingkatan 2 dan Sejarah Tingkatan 1, pasti memberi pengalaman yang serba baharu. Semoga aku mampu memahamkan mereka, walaupun keperitan sudah terasa. Allah..Allah.. Semoga Ilmu Matematik tidak aku lupa, kerana inilah subjek yang diminati tatkala mengenal alam persekolahan.
'Ke arah melahirkan Generasi Murabbi'
kuatlah dikau whai kakakku...
ReplyDeleteALLAH bersamamu..takkala akak mjadikan islam sbg pakaian.ilalliqa'..syukran kak dtg hr tu..(blum smpt ucp tq) ;)
afwan dik.. InsyaAllah. Doakan akak..miss u sis. (",)
ReplyDelete