Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Pastinya ia berbeza setiap individu.
"Kepuasan itu terjadi apabila kehendak individu sudah terpenuhi dan terkait dengan darjat kesukaan dan ketidaksukaan dikaitkan dengan Pegawai; merupakan sikap umum yang dimiliki oleh Pegawai yang erat kaitannya dengan imbalan-imbalan yang mereka yakini akan mereka terima setelah melakukan sebuah pengorbanan"- Stephen Robin.
Apabila dilihat dari pendapat Robin tersebut terkandung dua dimensi, pertama, kepuasan yang dirasakan individu yang titik beratnya individu anggota masyarakat, dimensi lain adalah kepuasan yang merupakan sikap umum yang dimiliki oleh pegawai "makan nasi goreng"
Jadi yang mana satu kita. Adakah kepuasan kita dalam pekerjaan hanyalah sekadar gaji yang dimiliki, atau pangkat yang 'mengpopularkan' diri. Bagi seorang pekerja yang menuntut keredhaan Allah, sudah pasti setiap langkahnya dijaga, tuturnya dipelihara, supaya tidak menimbulkan cela.
Sebagai pendidik sudah pasti, kepuasan dalam pekerjaan adalah, selepas mengajar. Lagi ramai yang faham apa yang diajarkan maka lagi tinggilah tahap kepuasan. Sungguh, kepuasan ini tak boleh digambarkan. Hanya yang mengalaminya sahaja akan faham kepuasan sebagai pendidik. Mungkin bagi sesetengah orang, kepuasan sebagai guru, cukuplah sekadar mengajar dan memenuhi buku rekod harian. bagi yang lain pula bukan begitu. Selagi pelajar tak faham, selagi itulah kepuasan tidak timbul. Jika waktu praktikal dulu, penulis merasai kepuasan itu. Kini, belum lagi merasainya. Mungkin kerana mengajar pelajar yang kurang memahami Bahasa Malaysia juga Bahasa Inggeris. Kadang-kadang terpinga-pinga apabila pelajar bertutur dalam Bahasa Mandarin mahupun Hokkien. Susah juga nak berkomunikasi. Inilah salah satu penyebab kepuasan itu belum ditemui. Harapnya akan ditemui suatu hari nanti. walaupun lambat, biarlah, asalkan dapat..
No comments:
Post a Comment