Tuesday, April 20, 2010

Pencarian yang hilang

Hari ini genap sebulan blog ini dibiarkan sunyi tanpa khabar. Idea yang ada hanya disimpan di kelongsong fikiran. Tidak pernah ku biarkan jari jemari ini menari bersama idea tersebut. Bukan kesibukan dengan pelbagai urusan yang menjadi alasan. Tapi dek kerana diri ini merasa 'kehilangan', idea yang ada juga terbang bagai ditiup angin di waktu petang. Kadang kala melihat blog-blog sahabat rancak meyampaikan berita, aku hanya mampu menjadi pembaca. 2, 3 kali cuba untuk menulis, tak pernah habis semuanya separuh jalan. Entah kali ini berjaya habis atau tidak.

       4 bulan berada di sebuah instistusi yang penuh mencabar dan menuntut pelbagai pengorbanan, membuatkan diri ini semakin takut untuk berhadapan dgn ujian. Ramai kawan-kawan rebah di pertengahan. Ada yang sudah mula bertukar pandangan. Cuba mengintai peluang pekerjaan lain. Pegawai Takbir Diplomatik, mencuba nasib dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awan dan pelbagai lagi gara-gara ingin lari daripada institusi pendidikan. Mungkin tak tertahan dengan bebanan kerja yang bertimbunan. Jika tak pandai mengurus masa deritalah penghujungnya. Semua perkara ada tarikh akhirnya, terlambat sikit telingalah mangsanya. Mendengar bebelan dari pihak atasan. Bagi diriku juga begitu. Mungkin 2,3 tahun saja dalam bidang ini. Sungguh, bukan mudah untuk membentuk manusia ini. Bukan putus asa, Cuma kecenderungan mungkin lebih ke arah lain. Apa ya?? Argh.. aku pun belum tahu, masih dalam pencarian,. yang aku tahu aku tidak mampu menjadi seorang guru/muallimah/lausure/ustazah atau apa-apa juga gelaran.  Tak tahulah jika paradigma fikiran ini akan berubah selepas ini. Biasalah, pengalaman itu membuatkan kita lebih matang untuk berfikir dan bertindak.

         Erm..aku cuba untuk mencari titik pemula kepada rasa kehilanganku, aku cuba untuk bangun kembali, aku cuba untuk mencari diriku yang dulu. Aku cuba dan akan terus mencuba. Semoga ku berjaya dalam   mengayuh samudera yang semakin dalam. Aku tak mahu kecundang dan lemas dalam kegelapan. Semoga perjuangan tidak terhenti disini, pengorbanan tidak pernah hilang, persahabatan dan kasih sayang tidak luput ditelan masa dan kesibukan. Sungguh perkongsian rasa dengan ‘kembar’ku baru-baru ini membuatkan diri ini mampu berdiri kembali walaupun tidak setegak dulu. Walau dipisahkan dengan dua lautan, tapi sms tetap menjadi penghubung jiwa pengikat hati dan pengukuh rabithat hati. Kuatkan aku Ya Allah…Aku akan terus mencari…..

3 comments:

  1. Allah ada untukmu syg..kadang2 kita rasa tak mampu, rasa mahu saja lepaskan kerjaya ni..tp jika difikir kembali, bekerjanya seorg wanita tu adalh untuk urusan dan kerja2 dakwah bukan untuk nafkah yg utama..jadi, kalau dah nama nak berdakwah, takde jalan yang mudah kan..susah kan..tp kenala selalu memotivasikan diri sndiri..kalu takleh, teman yg tak termotivasi ni pn sntiasa ada..hehe.caiyok my twin!!

    ReplyDelete
  2. Salam,takut bila baca entry kak rus,takut diri ni tak mampu-apa2 pun,ana doakan akak sentiasa tabah,semestinya kak rus ni memang seorang yang tabah,xkan mudah mengalah dengan persekitaran yang menekan~saya nak jadi macam kak rus,ngeee

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang kita fikir, bagaimana kita selalu lemah untuk menghadapi realiti?

    Kita sering bercita-cita untuk jadi seperti nabi. Tapi kenapa kita sering lemah?

    Nabi berdakwah. Nabi mendidik. Nabi menjadi murabbi. Nabi selalu menghadapi pelbagai ujian yang menyeksa diri.

    Lebih dahsyat!

    Kita? Adakah kita akan terus melemahkan diri dari mengikuti jalan dakwah yang diwarisi oleh nabi?

    Tak sanggup! Tarbiyyah kita tidak gagal, jika kita tetap cekal.

    ReplyDelete

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)