Cikgu A : "nak jadi cikgu ni kita perlu banyak bersabar".
Aku : Betul tu.
Cikgu B : Bukan saja bersabar kita juga perlu menjadi kejam. (sampuk seorang cikgu)
Aku : Senyum =)
Cikgu A : Betul tu ros, kadang2 kita perlu kejam lo. budak-budak sangat melampau. I tengok u belum cukup kejam lagi la..Budak2 Cina ni jahat berbanding budak melayu, mungkin kerana mereka tiada pegangan agama.
Aku : Dengan senyum aku membalas 'macam-macam i sudah buat, tetapi mereka macam tu juga, i tak tahu nak buat apa dah.
Cikgu A : U marah saja mereka ros. walaupun mereka tak faham apa yang you cakap, sekurang-kurangnya mereka tahu you sedang marah mereka.
macam biasa aku hanya senyum,,seketika kemudian loceng berbunyi dan perbualan terhenti di situ sahaja.
Pada saat ini aku masih ketandusan idea untuk meng'handle' kelas 2I dan 2L(kelas hujung). Ingin menjadi kejam. Namun, naluri ini belum sanggup. Hanya menegur dan kadang-kadang biarkan sahaja. Keterlampauan mereka semakin menjadi-jadi. Sudah berkali ditegur dan dirotan cikgu disiplin tetapi perangai tetap tidak mahu berubah. Apa nak jadi??? Aku sendiri kebuntuan. Ingin ku nasihati mereka, namun mereka kurang faham apa yang aku bicarakan. Agaknya tatkala aku masuk ke kelas itulah waktu paling bahagia buat mereka kerana waktu cikgu Cina masuk, diam seribu bahasa. Salah sahaja pasti dimaki dengan dahsyat menggunakan bahasa Hokkien. Sudah puas;Tolak kerusi, baling kapur, ketuk meja, ketuk papan hitam, menjerit2, demerit tetapi seolah-olah tiada pengajaran buat mereka. Kenapa yer? mungkin kerana aku tak mampu menjadi kejam. Aku sayangkan mereka. Aku ingin mereka berjaya. Walaupun aku tak mampu berbicara tentang Islam dengan mereka, walaupun aku dianggap asing pada mereka, walaupun aku sering menjadi ejekan mereka, walaupun aku tidak pernah mereka hormati, Engkau jadikanlah mereka pelajar yang mendengar kata, rajin buat kerja, dan bijaksana hendaknya..Kalaulah mereka tahu apa yang aku rasa...Kuatkan aku Ya Allah untuk mendidik anak bangsa. Kerna kutahu dalam melalui ranjau kehidupan banyaknya dugaan datang menguji..Dalam mengejar Cinta Hakiki banyaknya ujian datang menguji.. Ampunkan aku Ya Allah..
No comments:
Post a Comment