Monday, January 11, 2010

Suratan Ilahi


Hati ini terkedu tatkala menerima sms menyatakan salah seorang sahabat penulis sudah pergi bertemu Sang Pencipta. Kira-kira jam 5 lebih pagi semalam. sms demi sms yang diterima. Kemudian usai subuh dapat lagi sms yang menyatakan seorang lagi sedang parah. Allahu Akbar. Hanya mampu berdoa. Namun, tepat jam 10.55 seorang sahabat jauh nun di Sabah bermsg dan mengatakan Allah lebih sayangkan Fadhiri. Terkaku. Sungguh, sebagai senior dan pernah melalui tarbiyah dan gerak kerja yang sama tatkala berada di kampus dulu, sangat terasa dengan pemergiannya. Penulis yakin, sahabat terdekat dan keluarga mereka bahkan lagi. Apapun semua perlu terima dengan berlapang dada, sesungguhnya kematian itu pasti. Semoga kalian ditempatkan di kalangan para solihin. Antum pergi meninggalkan nama, dengan peribadi yang sangat mulia. Al-Fatihah buat akhi  Mohd Faizol Abd Syukur(kiri) dan Mohd Fadhiri Mohd Arifin.

                   

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya."

Sunday, January 10, 2010

Oh, Cepatnya!

2 hari cuti..tup-tup dah hampir tiba hari Isnin..erm pasti minggu ni lagi banyak dugaan. Ingat lagi kata2 seorang sahabat, 'lagi tinggi kita berada, lagi kuat angin yang akan melanda'. Betul juga. Sudah lumrah kehidupan. Semoga hari esok, membawa sinar yang baru buat diri ini. Esok jadual baru akan dapat. semoga 30 waktu mengajar dikurangkan. Berat terasa ingin mengalas tanggungjawab ini, dengan tanggungjawab 'lain' lagi. Semoga langkahku tidak tersasar, tingkahku tidak tercalar, dan kesabaranku tidak dicabar..Kuatkan aku Ya Allah..

Thursday, January 7, 2010

KERESAHAN DALAM HIDUP

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam terlalu banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :

1. Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.

2. Percampuran antara iman dan syirik.

3. Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)

4. Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.

5. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.

6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.

7. Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.

8. Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.

9. Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.

10. Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.

11. Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.

Zikrullah


Berzikirlah..pasti jiwamu menjadi tenang

Wednesday, January 6, 2010

3 Penyakit


3 PENYAKIT SERING BERKUMPUL DENGAN SAUDARA SEAGAMA

Dalam Kitab 'Al-Fawaid', berkata Ibnul Qoyyim Rahimahullah, "Berkumpul dengan ikhwan (saudara seagama) itu ada 2 bentuk

Pertama :
"kumpul-kumpul sekadar mengisi waktu. Bahayanya lebih besar dari manfaatnya. Dan minima, hal ini akan merusak hati dan menyia-nyiakan waktu.

Kedua :
"berkumpul dalam rangka Ta'awun (tolong-menolong) dalam mencari sebab-sebab keselamatan, dan saling taushih (memberi nasihat) dengan kebenaran dan kesabaran. ini adalah kekayaan yang paling mahal dan paling bermanfaat.

Akan tetapi didalamnya ada 3 penyakit,yaitu
Pertama, munculnya sikap saling membanggakan diri.
Kedua, pembicaraan dan percampuran lebih dari keperluan.
Ketiga, bila hal tersebut menjadi kesukaan dan kebiasaan, hingga melenyapkan maksud perkumpulan tersebut.

nota: semoga berkumpulnya kita kerana ILAHI dan ingin mengukuhkan ikatan hati.

Aku Kembali


Alhamdulillah, menulis kembali, setelah 2 minggu menyepi. Kesibukan yang melanda diri tatkala bergelar muallimah sangat menggusarkan hati..Sumber internet yang susah juga salah satu asbabnya. Alhamdulillah, kini telah beli broadband jadi mudahlah untuk memastikan sepantas kilat 'sepantas' dahulu.

Persekolahan
Tanggal 29 Disember 2009 yang lepas, mesyuarat semua guru telah diadakan. Apabila menerima fail tugasan, sedikit terkejut tatkala membelek jadual tugasan. SEJARAH? PENDIDIKAN SENI?? Allahu Akbar!! Terkesima seketika. Mana tak nya, terpaksa mengajar mata pelajaran yang tak suka. Tambahan lagi kena jadi Guru Tingkatan 1F. Hati ini hanya mampu berserah supaya terus diberikan kekuatan untuk melangkah. Bimbang tersungkur tatkala bersendirian. Cuba berlapang dada. Beli buku rujukan, untuk memahami subjek SEJARAH dan PS.

Ingat lagi apabila bagi tahu kakakku bahawa aku kena mengajar SENI, gelak besar dia. Barangkali sudah faham bahawa adiknya ini tak pandai melukis. Jika orang yang tak reti bermain bola sepak digelar kaki bangku barangkali aku digelar tangan kayu..Telahan lagi, selama ini, aku menggunakan otak kiri, kini terpaksa mempraktiskan otak kanan. Perkara yang sukar untuk dicuba. 3 hari sudah, persekolahan bermula, cabaran makin KETARA. Dulu aku selalu fikir, di kampus sudah mencabar, kini lain pula cerita. Segalanya bermula daripada muallimah muda. Aku ingin berlari, tetapi tak mampu, cuba untuk berjalan, tidak mampu juga. Hanya mampu untuk merangkak barangkali.. Biarlah...jika dengan merangkak aku mampu sampai ke destinasi, tidak salah aku kira. Namun sampai Bila??

Mendidik anak-anak Berbangsa Cina yang kurang fasih bahasa Melayu juga Inggeris memang mencabar. Kadang kala aku rasakan seolah-olah berada di negara asing. Ingat lagi semalam apabila masuk ke kelas 2K(kelas ke-2 last), aku di caci dan dimaki oleh seorang pelajar dalam Bahasa Cina. Agak panas. Tetapi bertahan. Aku cuba bertegas, namun perangainya tetap sama. Seolah-olah bercakap dengan seorang 'gangster (maaf bukan untuk melabelkan, tetapi inilah hakikatnya). Keluar kelas, rujuk guru yang mengajar kelas ini, sememangnya dia budak 'jahat' sudah tak dapat buat apa2. Terkedu.. Ya Allah peliharalah hambaMu ini daripada sebarang kecelakaan, Engkau lembutkanlah hati pelajar aku itu Ya Rabbi.


Bukan mudah untuk menjadi pendidik. Memandangkan tak ramai guru yang ingin mengajar di sebelah petang, 3 orang cikgu baru terpaksa mengalah. Dapat pula opsyen bukan pilihan. Inilah cabaran yang terpaksa ditanggung. Mengajar PS Tingkatan 2 dan Sejarah Tingkatan 1, pasti memberi pengalaman yang serba baharu. Semoga aku mampu memahamkan mereka, walaupun keperitan sudah terasa. Allah..Allah.. Semoga Ilmu Matematik tidak aku lupa, kerana inilah subjek yang diminati tatkala mengenal alam persekolahan.


'Ke arah melahirkan Generasi Murabbi'  

.: Pegangan Da'ie :.

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta

(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')



'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)