- Dunia ini laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya. Kerana itu gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja. Yang bererti jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari tapak syurga.
- Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan membawa keperluaan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.
- Sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.
- Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi.
- Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.
- Berjuanglah di jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.
- Berjemaahlah bersama kawan muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah.
- Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersifat pemurah.
- Tataplah anak-anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.
- Selepas bangun daripada tidur, bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.
Thursday, November 19, 2009
Wasiat Imam Ghazali
CERMIN DIRI
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Ujian dan Sahabat
Tatkala diri diuji dengan pelbagai ujian,
Aku kebimbangan dan jadi tak keruan,
Hanya mampu berserah kepada Tuhan,
Takut diri hilang pedoman.
Ketika sakit mendampingi diri,
Aku cuba menyelami hikmah yg tersembunyi,
Aku singkapi dosa & noda dalam hati,
Mungkin ini kifarat diri.
Ketika hati disakiti,
Tiada teman untuk ku kongsi,
Tiada kasih untuk temani,
Lantas ku serah pada Ilahi.
Tatkala rindu teman dahulu,
Potret ditatap pengubat rindu,
Doa dipohon penyejuk Qalbu,
Rasa mereka dekat denganku.
Sungguh, aku rindukan saat dahulu,
Saat sama-sama berfikir tanpa rasa jemu,
Ketika kita sama-sama menangis,
Segala kepenatan dan cabaran kita mampu tepis.
Kini aku mengembara sendirian,
Teman-teman jauh dari pandangan,
Aku perlu kuat supaya tidak 'kelemasan',
Inilah hakikat sebenar sebuah kehidupan.
p/s: setelah tiga hari MC dan tak ke sekolah, 'sepantas kilat' pun menyepi daripada 'memberi' di alam maya ini.
Saturday, November 14, 2009
CIRI-CIRI TAQWA
Terjemahan Hadis:
"Daripada Abi Hurairah bahawa Rasul SAW. Bersabda : Tidaklah boleh dikatakan kuat (gagah) itu, kerana kuat bergusti, bahkan kekuatatan yang sebenar itu ialah mereka yang dapat menguasai dirinya ketika marah"
Keterangan Hadis:
Salah satu daripada sifat yang dikurniakan Allah kepada hambaNya ialah kegagahan tubuh badan. Ianya sangat berguna dan dipandang tinggi, tetapi ramai orang salah faham dalam menggunakan sifat itu, kerana mereka menganggap bahawa orang yang kuat bertinju atau bergusti itulah yang paling kuat.
Dalam hadis di atas Rasul SAW. Menegaskan bahawa orang kuat sebenarnya ialah orang yang mampu mengawal atau menahan kemarahannya apabila ia marah dalam dirinya. Bukanlah orang yang kuat itu ialah orang yang mampu mengalah lawan di gelanggang, kerana kekuatan manusia adalah sama sahaja cuma caranya berbeza, sebab itu kadang-kadang tentera yang bilangannya sedikit boleh mengalahkan tentera yang ramai dan kadang-kadang orang yang kecil dapat mengalahkan orang besar dengan cara yang tersendiri. Kerana sifat marah itu boleh merosakkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta maruah dan masa depan sendiri, kerana pada waktu seseorang itu marah ia tidak dapat menimbang dengan akal yang waras yang mana baik dan yang mana jahat cuma pada waktu itu ia hanya utamakan perasaan dan nafsunya tampa boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain, maka berkesudahan dengan penyesalan yang amat sangat. Tegasnya kekuatan yang sejati bukan terletak pada kekuatan jasmani, tetapi pada kekuatan rohaninya.
Oleh itu hendaklah kita lawan perasaan marah kita yang timbul dalam diri kita hingga dapat dikalahkan. Dengan itu kita akan mendapat kejayaan besar dalam perjuangan dan kerana itulah dikatakan sebenar-benar kuat dan gagah perkasa. Sesuatu pertimbangan yang adil dan sebenar itu hanya dapat dibuat ketika perasaan tenang.
Pengajaran Hadis
- Bukanlah orang yang gagah itu mereka yang kuat bertarung di medan
- Sebenar-benar orang yang kuat ialah mereka yang dapat menguasai diri apabila ia marah.
- Hendaklah kita kalahkan perasaan marah, kerana ia boleh merosakkan diri
Friday, November 13, 2009
Tukang Cukur
Seorang laki-laki bernama Bador datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Ia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang cukur yang melayani nya. Berbagai macam topik pun akhirnya jadi pilihan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.
"Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu, Bador terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"..
"Mudah saja, cuba anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? mengapa banyak anak yang terlantar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkapnya dengan nada yang tinggi.Bador pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon agar argumen tersebut tidak Lebih meluas lagi.
Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Bador pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatkan nya terlihat tidak kemas.
Bador kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, "Tukang cukur itu tidak ada!"... Sang tukang cukur pun terkejut dengan perkataan Bador tersebut.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggahnya sang tukang cukur.
Bador kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu."
"Ah, anda merepek saja...Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat!" tegas Bador. "Itulah contoh nya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."
Nota : Ingatlah Allah walau dimana kalian berada.
Nota : Ingatlah Allah walau dimana kalian berada.
Wednesday, November 11, 2009
Dosa menghalang cahaya Ilmu
Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".
Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata: "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".
Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam.
Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu.
Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu."
Tuesday, November 10, 2009
Berkelah
"Rus, nak pi kelah dengan nti hari ni". Kata seorang sahabat penulis beberapa tahun lepas. Lalu penulis pun balas "Kelah? kat mana? ana ada kelaslah". Lalu sahabat tadi message semula; "maksud ana kelas la". Owh baru penulis faham rupanya kelah=kelas bagi orang kelantan. Manakala kelah=picnic bagi orang utara. Lucukan!!Teringat lagi waktu itu, baru mula rapat dengan budak2 kelate di UPSI. Itulah, 'speaking' kelate lagi dengan orang utara. Apabila teringat peristiwa lalu, pasti tersenyum sendiri.
Sekarang pun SMS yang diterima daripada sahabat yang berasal daripada pantai timur terpaksa penulis baca dua tiga kali supaya tak salah faham. Biasalah gara-gara salah faham sahaja macam2 boleh terjadi. perselisihan, pergaduhan, semuanya hanya gara-gara satu text message yang biasa. Biarlah terpaksa ambil masa yang lama pun, asalkan perselisihan tidak tercetus.
Pada hari Ahad yang lepas, 8 November 2009, penulis berkesempatan mengajak seorang sahabat baik di UPSI dulu, yang sama-sama posting di Penang datang berkelah di laut yang berdekatan dengan rumah kakak penulis. Alhamdulillah, perkelahan selama beberapa jam ini berjalan dengan penuh ceria dengan tawa kanak-kanak. Semoga ukhwah yang terbina antara penulis dan k.as bertambah erat..
K.as, Wardina, wahida dan wajihah
penulis, k.as, K.Za serta anak-anak
Bersantap
wardina, udin dan alia (anak-anak asuhan kakak)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.: Pegangan Da'ie :.
Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta
(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')
'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)
(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')
'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)

