Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menghirup oksigen di Bumi Allah ini. Setelah sekian lama menyepi 'sepantas kilat' tampil dengan wajah baru. Harapnya ia mampu menjadi wadah dalam penyampaian dakwah. Dewasa ini, media baru seperti facebook dan twitter lebih menjadi santapan umum, natijahnya sepantas kilat dibiarkan kesepian tanpa penulisan. Semoga post kali ini merupakan pemangkin untuk meneruskan penulisan selepas ini. Buat semua golongan pendidik selamat bercuti,. Gunakanlah ruang masa yang Allah beri ini digunakan sebaik mungkin.. Maassalamah.. (^_^).
Saturday, March 10, 2012
Monday, March 14, 2011
Pelajar Terbaik

Salam pertemuan. Setelah sebulan 'Sepantas Kilat' ditinggalkan. Kini jari jemari ini lincah kembali menari di atas keyboard laptop kesayangan. Alhamdulillah kesempatan yang diberi. Sambil mengisi masa menunggu Lembaga Pengawas Kebersihan Sekolah (LPKS) yang sedang ber'camping'. Satu perkongsian buat semua pembaca. Semoga kita menjadi pelajar yang terbaik dan cemerlang.
Who has created death and life that He may test you which of you is best in deed? And He is the All Might, the oft forgiving. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (QS Al-Mulk : 2)
Kita lahir di dunia, sudahlah pasti kita kan mati jua, sebab kita telah menempuh hidup, dan di antara waktu hidup dan mati itulah kita anak adam menentukan nilai diri.
Yang menjadi pertanyaan besar, apa yang dilakukan dan diperjuangkan hamba-Nya menghadapi peperiksaan Allah dalam kehidupan ini, untuk tampil sebagai Juara, Pemenang, atau Pelajar Terbaik. Ya semua orang amat mengidamkan sebutan ini, As Syahid Sayyid Qutb seorang ulama’ Mesir, menyebutkan bahawa ciri-ciri Pemenang adalah hamba Allah yang mewakafkan seluruh kehidupannya hanya untuk beribadah kepada-Nya, memperjuangkan aqidah serta agama yang dimilikinya, mempertahankan aqidah di tengah percaturan hidup, mempertahankan aqidah untuk tidak goncang kerana godaan nikmatnya dunia mahupun ancaman daripada pihak-pihak yang tidak menginginkan aqidah tersebut tumbuh. Dengan memperjuangkan aqidahnya, jiwa menjadi bebas dari perhambaan hidup, aqidahnya tidak dikorbankan kerana cinta hidup, bahkan lebih suka mati, berkorban kerana aqidah dan lepas bebas daripada ikatan dunia dengan segala kenikmatannya demi mempertahankan aqidah.
Nilai markah peperiksaan terbesar dalam perhitungan Allah adalah kemenangan aqidah, perniagaan yang beruntung di pasar Allah adalah perniagaan Iman, kemenangan dalam bentuknya tertinggi ialah kemenangan mental asas dasar material, kemenangan aqidah atas penderitaan, kemenangan Iman atas fitnah, maka dalam hal ini jiwa sang pemenang adalah menang atas ketakutan dan penderitaan, menang atas kemewahan hidup duniawi, menang atas fitnah, menang kerana keyakinan yang difikirkan dalam kehidupan, suatu kemenangan yang mengangkat darjat manusia universal.
Pelajar Cemerlang ialah hamba Allah yang selalu melaksanakan apa yang dikehendaki Allah, di mana saja, bila masa saja dan bagaimana saja. Mereka akan terus bekerja layaknya laksana seorang buruh Sang Pemilik Segala Urusan untuk memperolehi hasil yang telah tertentu, dan Allah memberikan imbalan yang indah khusus untuk mereka yang menjadi Sang Pemenang atau "Best Student".
Begitulah perjalanan kehidupan yang selalu terbentang dengan peperiksaan Allah, suatu saat berhasil menghadapinya, tetapi kadangkala pula manusia tidak terhindar dari kesalahan dan gagal menghadapi peperiksaan itu, yang penting kemampuannya untuk dapat bangkit kembali, seseorang yang mampu bangkit kembali setelah terjerumus tidak akan putus asa, tetapi menyedihkan bila mendengar bahawa banyak orang yang gagal dan terjerumus dalam kemaksiatan, tetapi diam dan menetap sebagai orang yang nista, tersungkur dan tidak bangkit lagi.
Yakinlah Allah akan memberi pertolongan-Nya sesuai kepada hamba-Nya yang ingin berbuat baik sesuai ketentuan-Nya. Tidak ada kebimbangan terhadap hamba yang selalu berjuang dan meniti Peperiksaan Allah, bangkitlah dan impikan akhir yang baik di akhirat kelak, itulah yang dinantikan oleh Pelajar Terbaik!
"Ya Allah pimpinlah kami ke jalan kebenaran... Bentuklah kami menjadi orang beriman"
Thursday, February 10, 2011
sejambak bunga cinta
Merungkai kekusutan..menambah kefahaman.. Bersamalah kita menutup ruang yang membolehkan hati kita terjebak kepada budaya orang yahudi. Sepertimana Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah: 120 yang bermaksud "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka........"Tidak usahlah kita terlalu ikutkan budaya mereka. Tanamkanlah rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tercinta kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukakn oleh Baginda. Apalah perlu diagungkan St. Valentino sayugia hari Valentine disambut bagai nak gila. Buktikan cinta kita kepada Rasul junjungan..bukan hanya pada tanggal 12 Rabiulawwal sahaja. Malah setiap hari.. Ingati perjuangan dan pengorbanan Baginda....
Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada November 2005 telah menyatakan bahawa menyambut Hari Valentine adalah haram malah memberi hadiah pada hari tersebut juga haram. Nah apa lagi!! Sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul tinggalkanlah budaya ini.. Ingatlah Rasulullah merupakan Bapa Kasih Sayang bukan St. Valentino yang diagugkan oleh remaja pasca moden ini.."Ya Rasullullah Ya Habiballah kami rindu padamu."
Wednesday, January 19, 2011
Thursday, January 6, 2011
....???....
Sudah lama jari jemari ini tidak menari di atas keyboard untuk memastikan blog ini sentiasa diupdate. Sepantas Kilat terus dibiarkan menyepi tanpa santapan. Ruang masa yang diberikan ini, sekadar mengingatkan diri untuk terus kuat menghadapi hari mendatang. Semoga kesempatan ini terus ada dimasa mendatang. Kepala sudah pening, tetapi mata tidak mahu memejamkan kelopaknya, Mungkin kerana penangan kopi RADIX seusai balik sekolah tadi.. Rancangan Tahunan Science sudah berjaya disiapkan setelah dua hari tertangguh...Syukur Alhamdulillah...Minggu pertama persekolahan mengundang pelbagai kesibukan dengan pelbagai taklifan. Sebagai manusia kita perlu bijak mengatur masa dan merancang supaya kerja tidak menjadi cerca merba. Jiwa yang kaya akan terus sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Segala ujian yang datang walaupun pahit terpaksa ditelan. Inilah hakikat sebuah kehidupan. Ingatlah misi penting kita sebagai manusia di dunia ini.. Kita hamba kita jugalah pemimpin (khalifah).
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaku" (Surah al-Dhariyat:56)
Misi inilah yang membuatkan kita sentiasa sibuk..sibuk dan sibuk sehinggakan tiada masa untuk bergelumang dengan maksiat. Allahurabbi..
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Motivasi @ Ramadhan
JIKA KAU BERASA LELAH DAN TAK BERDAYA
DARI USAHA YANG SEPERTI SIA-SIA…
ALLAH TAHU BETAPA KUAT ENGKAU TELAH BERUSAHA
ALLAH TAHU BETAPA KUAT ENGKAU TELAH BERUSAHA
KETIKA KAU SUDAH MENANGIS SEKIAN LAMA
DAN HATIMU TERASA PEDIH…
ALLAH SUDAH MENGHITUNG AIR MATAMU
JIKA KAU FIKIR BAHAWA HIDUPMU SEDANG MENUNGGU SESUATU
DAN WAKTU TERASA BERLALU BEGITU SAHAJA…
ALLAH SEDANG MENUNGGU SERSAMA-SAMAMU
KETIKA KAU BERSA SENDIRIAN DAN
TEMAN-TEMAN TERLALU SIBUK UNTUK MENELEFON DIRIMU…
ALLAH SENTIASA BERADA DISAMPINGMU
KETIKA KAU FIKIR BAHAWA KAU SUDAH BERUSAHA SESUNGGUHNYA DAN TIDAK TAHU HENDAK BERBUAT APA LAGI…
ALLAH MEMPUNYAI JAWAPANNYA
KETIKA SEGALANYA MENJADI SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL
DAN KAU BERASA TERTEKAN…
ALLAH BERSAMAMU UNTUK MENENANGKANMU
JIKA TIBA-TIBA KAU DAPAT MELIHAT JEJAK-JEJAK HARAPAN…
SEBENARNYA ALLAH SEDANG BERBISIK KEPADA MU
KETIKA SEGALA SESUATU BERJALAN LANCAR DAN KAU BERASA
INGIN MENGUCAP SYUKUR…
ALLAH TELAHPUN MEMBERKATIMU
KETIKA SESUATU YANG INDAH TERJADI DAN
KAU DIPENUHI KETAKJUBAN…
ALLAH AKAN TERSENYUM KEPADAMU
KETIKA KAU MEMILIKI TUJUAN UNTUK DIPENUHI
DAN MIMPI UNTUK DIGENAPI.
ALLAH SUDAH MEMBUKA MATAMU DAN MEMANGGILMU DENGAN NAMAMU
ALLAH SUDAH MEMBUKA MATAMU DAN MEMANGGILMU DENGAN NAMAMU
Monday, August 9, 2010
Yang Dirindui..
Ya Allah..Ya Rabbi..,
Berkatilah kami di dalam Ramadhan-Mu,
Terimalah segala amal kami,
Permudahkanlah segala urusan kami,
Bajailah hati kami dengan Keimanan,
Suburkanlah hati kami dengan kesabaran,
Hidupkanlah malam kami dengan munajat,
Hindarkanlah kami dari segala dosa & maksiat.
Amin Ya Allah....
Salam Ramdhan....Buat semua sahabat sahabiah..walau dimana kalian berada..yang dirindui telah tiba..sambutlah ia dengan jiwa dan hati yang ria,..Selamat Beramal!!
Sunday, August 1, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Cinta Abadi: Buat Sahabat2ku
Cinta yangg hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
********************
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
******************************
Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti! kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yg murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan kepribadian yg baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun 'body languange' sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.
##############################
Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi diakhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Alah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Milik Pencipta yang dihadiahkan buat hamba-hambanya. Suci. Bersih. Kerja menyatukan itu urusanNya. Percaya pada ketentuan Ilahi, percaya pada ketetapanNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya, baik buruk sebab dan akibat. Cukuplah dengan keyakinan sepenuhnya pada Dia. Redha, bertawakal, berserah.
Cinta itu benar-benar menguji.
Cinta sebagai ujian; menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada Maha Kuasanya Allah yang mengatur segalanya, termasuk C-I-N-T-A! Percaya bahawa S-A-B-A-R itu menjanjikan suatu yang lebih indah. Kita dambakan keindahan abadi daripada yang sementara. Hakikatnya yang sementara itu walau indah di mata namun langsung tidak bermakna! Mohon pertolongan dengan S-A-B-A-R dan S-O-L-A-T; tidaklah mudah melainkan hanya orang-orang yang khusyuk.
C-I-N-T-A- itu masa depan.
Bukan mudah menjahit cinta tulus, bukan mudah, sangat bukan mudah!
Sabarlah wahai hati, kerana yang sukar itulah akan paling dihargai!
“Ya Allah, kurniakanlah untuk kami cintaiMu, cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yang dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…
Ya Allah, segala pemberianMu yg kami sayangi, jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu, dan segala apa Engkau pisahkan dari kami, sedangkan ianya amat kami sayangi, maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu, melebihi cinta kami kepada keluarga, harta benda dan meskipun air yang dingin ketika dahaga…
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu, para MalaikatMu, nabi-nabiMu, para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…
Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
++++++++++++++++++++++++++++
Cinta yang seni.
Milik Pencipta yang dihadiahkan buat hamba-hambanya. Suci. Bersih. Kerja menyatukan itu urusanNya. Percaya pada ketentuan Ilahi, percaya pada ketetapanNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya, baik buruk sebab dan akibat. Cukuplah dengan keyakinan sepenuhnya pada Dia. Redha, bertawakal, berserah.
Cinta itu benar-benar menguji.
Cinta sebagai ujian; menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada Maha Kuasanya Allah yang mengatur segalanya, termasuk C-I-N-T-A! Percaya bahawa S-A-B-A-R itu menjanjikan suatu yang lebih indah. Kita dambakan keindahan abadi daripada yang sementara. Hakikatnya yang sementara itu walau indah di mata namun langsung tidak bermakna! Mohon pertolongan dengan S-A-B-A-R dan S-O-L-A-T; tidaklah mudah melainkan hanya orang-orang yang khusyuk.
C-I-N-T-A- itu masa depan.
Cinta yang dimulakan dengan cara yang baik, pasti akan berakhir dengan jalan yang baik. Cara yang dibentuk dengan acuan syariat, pasti hasilnya cantik dan indah. Cinta yang datangnya dari benih yang baik, pastinya akan melahirkan sesuatu yang baik. Cinta yang baik menyemai sifat-sifat kebaikan dalam jiwa keturunan.
Jalan yang SUSAH itu jarang ditempuh. Namun, siapa yang berani menempuhnya pasti akan berjaya. Yang SUSAH akan menjadi SENANG. Yang SUKAR di MUDAHkan. Wujudkah jalan yang SUSAH namun tiada RANJAU BERDURI? Cinta yang indah itu sukar diperoleh, sekali dapat cerah dunia. Cinta yang indah itu, dugaannya mencabar. Perlu keberanian, kekuatan, kesabaran..
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah:45-46)
Usah membunuh C-I-N-T-A, kerana C-I-N-T-A- suatu anugerah.
Tanamlah C-I-N-T-A sebagai fitrah, jangan biar jadi F-I-T-N-A-H.Bukan mudah menjahit cinta tulus, bukan mudah, sangat bukan mudah!
Sabarlah wahai hati, kerana yang sukar itulah akan paling dihargai!
“Ya Allah, kurniakanlah untuk kami cintaiMu, cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yang dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…
Ya Allah, segala pemberianMu yg kami sayangi, jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu, dan segala apa Engkau pisahkan dari kami, sedangkan ianya amat kami sayangi, maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu, melebihi cinta kami kepada keluarga, harta benda dan meskipun air yang dingin ketika dahaga…
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu, para MalaikatMu, nabi-nabiMu, para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…
Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”
################################
Monday, July 19, 2010
travelog haji
Hatga : RM18.00
Terbitan : PTS Publications
Sebuah buku yang benar-benar menggoncang hati, menyentuh sanubari dan mengkoreksi diri agar menjadi muslim sejati. Sekaligus mengubah paradigma pemikiran mengenai Haji dan Dakwah. Buku ini wajar dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat..Walau siapa pun kita, berapa banyak sekalipun dosa yang dilakukan janganlah berputus asa mengharap ampunan Ilahi. Sesunguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Selamat membaca!!
Sunday, July 18, 2010
Tuesday, June 1, 2010
Warna Warni Karnival
Pertandingan mewarna
Jamuan rakyat
sukaneka
Booth Nisa' Club
Nisa' Bayan Baru
Halalan Toyyiba Mart
Sekretariat yang berkerja keras untuk menjayakan program ini.
(Bergambar selepas karnival tamat)
Semoga perancangan untuk menubuhkan perkampungan Islam, dipermudahkan segala urusan. Sambutan yang baik tentang karnival ini merupakan titik tolak untuk kita sama-sama membangunkan ekonomi Islam. Hancurkan puak Yahudi laknatullah dengan memboikot barangan mereka. . Apabila disoal di akhirat nanti apa yang telah kita lakukan untuk ini, sekurangnya ada amalan yang boleh dijadikan saham. Walaupun sedikit, lama-lama akan jadi bukit. BANGUNLAH, SEDARLAH dan INSAFLAH wahai UMAT MUHAMMAD S.A.W Sekalian..!!Ayuh!! Mulakan dari sekarang!!
Thursday, May 27, 2010
KARNIVAL HALALAN TOYYIBA 2010
Dirasmikan Oleh: YB TN HJ ABDUL MALIK B ABUL KASSIM
TARIKH : 28-30 MEI 2010 (JUMAAT-AHAD)
MASA : 9.00PG-12.00MLM
TEMPAT : MASJID BANDAR BARU AIR ITAM, FARLIM, PENANG.
TENTATIF PROGRAM:
HARI PERTAMA-28 MEI 2010 (JUMAAT)
9.00 pagi-12.00 malam : Pameran dan Jualan Barang-barangan
10.30 pagi : Program bermula-Kuiz
12.30 tgh hr : Tazkirah Jumaat
1.18 tgh hr : Solat Jumaat
2.00 ptg : Perasmian oleh YB Tuan Hj Abd Malik B. Abul Kassim
2.30 ptg : Pertandingan Hafazan, Azan dan Bacaan Al-Quran
5.45 ptg : Bacaan Yasin dan Tahlil
6.30 ptg : Persembahan Qasidah dan Burdah
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Tayangan Televideo Gempaq
9.30 mlm : Solat Isya (tazkirah ringkas)
12.00 Tgh mlm : Bersurai
HARI KEDUA-SABTU( 29 MEI 2010)
9.00 pg-12.00 mlm : Pameran dan jualan barang-barangan
9.00 pg : Pertandingan mewarna dan sukaneka
2.30 ptg : Pengajian kilat
5.00 ptg : Sukaneka
7.30 mlm : Solat Maghrib dan selawat beramai-ramai
8.30 mlm : Solat Isya'
9.30 mlm : Forum Perdana Hal Ehwal Islam
HARI KETIGA-AHAD (30 MEI 2010)
9.00pg-12.00 mlm : Pameran dan jualan barang-barangan
11.00 tgh hr : Penerengan tentang Produk ANNUSYRAH
12.00 tgh hr : Jamuan Kenduri Rakyat
1.30 tgh hr : Solat Zohor
2.00 ptg : Penerangan tentang e-Jenazah
4.40 ptg : Solat Asar
5.15 ptg : Penerangan Syarikat AUTO TOUCH
- Panduan dan tips penjagaan tayar
- Pemanduan yang selamat
- Tip mengesan masalah sistem penyejukan enjin
- Prosedur selepas kemalangan
7.30 mlm : Solat Maghrib dan selawat beramai-ramai
8.00 mlm : Persembahan nasyid
8.30 mlm : Solat Isya'
9.00 mlm : Penerangan ESQ
TARIKH : 28-30 MEI 2010 (JUMAAT-AHAD)
MASA : 9.00PG-12.00MLM
TEMPAT : MASJID BANDAR BARU AIR ITAM, FARLIM, PENANG.
TENTATIF PROGRAM:
HARI PERTAMA-28 MEI 2010 (JUMAAT)
9.00 pagi-12.00 malam : Pameran dan Jualan Barang-barangan
10.30 pagi : Program bermula-Kuiz
12.30 tgh hr : Tazkirah Jumaat
1.18 tgh hr : Solat Jumaat
2.00 ptg : Perasmian oleh YB Tuan Hj Abd Malik B. Abul Kassim
2.30 ptg : Pertandingan Hafazan, Azan dan Bacaan Al-Quran
5.45 ptg : Bacaan Yasin dan Tahlil
6.30 ptg : Persembahan Qasidah dan Burdah
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Tayangan Televideo Gempaq
9.30 mlm : Solat Isya (tazkirah ringkas)
12.00 Tgh mlm : Bersurai
HARI KEDUA-SABTU( 29 MEI 2010)
9.00 pg-12.00 mlm : Pameran dan jualan barang-barangan
9.00 pg : Pertandingan mewarna dan sukaneka
2.30 ptg : Pengajian kilat
5.00 ptg : Sukaneka
7.30 mlm : Solat Maghrib dan selawat beramai-ramai
8.30 mlm : Solat Isya'
9.30 mlm : Forum Perdana Hal Ehwal Islam
HARI KETIGA-AHAD (30 MEI 2010)
9.00pg-12.00 mlm : Pameran dan jualan barang-barangan
11.00 tgh hr : Penerengan tentang Produk ANNUSYRAH
12.00 tgh hr : Jamuan Kenduri Rakyat
1.30 tgh hr : Solat Zohor
2.00 ptg : Penerangan tentang e-Jenazah
4.40 ptg : Solat Asar
5.15 ptg : Penerangan Syarikat AUTO TOUCH
- Panduan dan tips penjagaan tayar
- Pemanduan yang selamat
- Tip mengesan masalah sistem penyejukan enjin
- Prosedur selepas kemalangan
7.30 mlm : Solat Maghrib dan selawat beramai-ramai
8.00 mlm : Persembahan nasyid
8.30 mlm : Solat Isya'
9.00 mlm : Penerangan ESQ
Nota; JOM PAKAT PI BERAMAI-RAMAI. MENCARI YANG HALAL ITU, FARDU BAGI UMAT ISLAM. MACAM-MACAM ADA!!!!
Monday, May 24, 2010
Nak Cantik??
MUSYARAKAH
YAKIN DIRI MEMPUNYAI KECANTIKAN TERSENDIRI
MURAKABAH
TERIMA DENGAN INSAF DAN SYUKUR KEADAAN DIRI SENDIRI
TERIMA DENGAN INSAF DAN SYUKUR KEADAAN DIRI SENDIRI
MUHASABAH
SENTIASA LIHAT KEKURANGAN DIRI DAN MEMPERBETUKANNYA
MUAKOBAH
SENTIASA DIDIK DIRI JADI WANITA SEMPURNA
MUQARRABAH
SENTIASA DEKATKAN DIRI PADA ALLAH
MUJAHADAH
BERUSAHA LAWAN NAFSU JAHAT
MUARABAH
CUBA HAKIS KEJAHATAN DALAM DIRI
Wednesday, May 19, 2010
Jom Meriahkan KAU 2010
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
21 & 22 MEI 2010
KOMPLEKS KEBUDAYAAN SHAH ALAM, SELANGOR
Wednesday, May 12, 2010
Oh Badminton..
Malaysia melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir sukan Badminton bagi merebut Piala Thomas. Sungguh, hati ini terasa juga kegembiraannya. Sukan inilah menjadi kegilaan sejak zaman remaja lagi. Pernah mewakili sekolah dalam acara perseorangan dan beregu membuatkan diri ini lebih memahami peraturan dan selok belok sukan ini. Pernah juga terfikir, jika ada perlawanan tertutup yang dianjurkan oleh Nisa' Club atau mana-mana NGO teringin sahaja mengambil bahagian. Bukan ingin menunjukkan kehebatan, tetapi ingin buktikan muslimat bukan sahaja mampu bersukan, malah mampu berada di arena antarabangsa barangkali jika pengaturan Islam diterapkan sepenuhnya. Malangnya bakat terendam yang dimilki oleh wanita solehah terpaksa dipendamkan, gara-gara sekularisme yang melanda 1 Malaysia. Semoga suatu hari nanti akan ada satu sistem bagi mengubah dan menggantikan apa yang ada sekarang. Harapnya Malaysia akan berjaya menewaskan Cina di peringkat separuh akhir yang merupakan juara bertahan 2 tahun berturut-turut. Menang bukan hanya dengan semangat 1 Malaysia tetapi yang lebih penting 1 akidah, 1 pegangan dan 1 Tuhan. Harapnya pemain yang beagama Islam sedar akan perkara ini..Monday, May 3, 2010
Marah seorang guru
Cukup 5 bulan penulis berada di institusi pendidikan. Pelbagai pahit manis yang terpaksa ditelan. Suka dan duka yang telah dimamah. Kadangkala teringat juga alam persekolahan dahulu. Zaman kenakalan di zaman remaja. Zaman telah berubah. paradigma pemikiran manusia juga berubah. Dahulu guru disanjung tinggi bukan kepalang lagi. Kini, berselisihan pun, guru yang terpaksa memberi jalan. Iskh..iskh..Kalau dahulu, sentiasa berada dikelas hadapan tidak pernah mengerti kebisingan, kedegilan dan kenakalan pelajar kelas belakang. Dahulu salah sedikit, dirotan, balik rumah ditambah lagi. Kini pula, silap kata buruk padahnya. Mahkamah jadi tempat pengadilannya.
Sekarang, method guru melepaskan geram pun sedikit berbeza. Kalau dah tidak tertahan menanggung kemarahan, meja, kerusi, papan hitam dan bukulah menjadi sasaran. Ingin dicubit, dipiat telinga, dipukul apatah lagi, mana lagi nak berani. 'Mengajar sahaja tapi jangan sentuh anak mereka'. Agaknya inilah gaya pemikiran massa ketika ini. Mungkin sebab ini jugalah para pelajar makin naik lemak, makin menjadi-jadi. Buat apa yang kita suka, jangan risau ada ayah, ibu akan jadi PEGUAMBELA. Akibat pembelaan yang tidak bertauliah inilah kita tidak fikirkan natijahnya. Kita tidak risaukan generasi remaja yang semakin parah sakitnya, antibodi mereka semakin lemah, vaksin yang ada belum cukup untuk mengatasi virus yang semakin menular.
Sayangilah anak anda, tetapi jangan 'sayang-sayang buah kepayang, lama-lama nyawa mereka mungkin melayang'. Didiklah mereka dengan didikan Islam, moga mereka mengenal Tuhan; pandai memilih kawan; bijak mengatur kehidupan. Bagi para pendidik di luar sana, didiklah anak bangsa dengan penuh kesabaran, walaupun pelbagai kerenah yang terpaksa ditelan, Ingatlah besarnya GANJARAN. Jangan asyik fikirkan gaji yang LUMAYAN, lalu lahirlah ramai 'siswazah' JALANAN. Kuatkan semangat, bulatkan tekad,.. Ayuh.. kitalah DOKTOR bagi para remaja kini. Kreatiflah dalam mencari vaksin dan imunisasi.
Sunday, May 2, 2010
Dedikasi Khas
Bulan Mei; Kata orang bulan kasih sayang.
Bulan inilah sambutan hari yang penting
seperti Hari Buruh- 1 Mei,Hari Ibu -9 Mei, Hari Guru -16 Mei.
Bulan ini juga 4 orang sahabatku menyambut hari kelahiran mereka.
1 Mei - Syuhadah (24)
2 Mei - Nor Aida (24)
4 Mei - Gee (23)
6 Mei - Ira (24)
Semoga hari-hari kalian dipenuhi barakah dan dibawah lembayung rahmat Ilahi senantiasa.
Semoga ikatan ukhwah kita semua berkekalan.
Sayang antuna.
Thursday, April 22, 2010
Epilog masa
Masa terus berlalu,
berarak ceria, namun sesekali hujan di kala senja,
aku terus melangkah dalam masa yang makin singkat cuma,
aku terus berjalan agar tak tersungkur di perjalanan,
aku terus berlari agar perjuangan tidak terhenti,
Namun,
tatkala ingin melangkah gagah,
ada dugaan datang menyinggah,
aku cuba untuk menyanggah,
tetapi kadangkala hampir rebah..
Mencari sinar di tengah gelombang,
Bagaikan berenang di lautan yang hitam.
Bagi penyambung perjuangan Junjungan,
Aku perlu kuat menghadapi rintangan.
Aku tidak boleh kalah mahupun rebah
Perlu kuat kerana aku pernah ditarbiyah,
Cekalkan hati agar iman tidak goyah,
Inilah perjalanan hidup jundullah.
Kenangan lalu sumber kekuatan,
kenangan kini sumber inspirasi,
Biarkan ia menjadi satu,
Agar diriku terus melaju.
Segalanya aku serahkan padaMu Ya Tuhan
semoga tidak tersungkur di pertengahann perjuangan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.: Pegangan Da'ie :.
Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta
(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')
'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)
(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')
'aslif nafsak wad'u ghairak (Perbaiki diri dan sampaikan pada yg lain)











